Resepi Tom Yam Putih Tanpa Pes | tomyam kelapa mudah dan sedap malina lina pg

By LiNa_Pg - Sunday, June 13, 2021

 Assalamualaikum...

Hai semu...buat pecutan update blog sebelum sekolah (PdPR) bermula.Resepi masih ada lagi yang belum update ke dapur nan satu ni.Bila dah mula sekolah walaupun di rumah, tetap kelam kabut jugak.

Okey hari ni saya kongsikan resepi tomyam kegemaran kami semua.Anak-anak saya penggemar tomyam, apa sahaja jenis tomyam memang laku keras kat rumah ni.Selalunya kalau buat tomyam saya akan masukkan sedikit santan.Baru ada rasa lemak-lemak dan potong siket rasa pedas tu.Jadi semua pun boleh makan.Tahu sajalah tekak budak maisarah sorang tu perghhh memang cerewet sesangat.Kalau tomyam ni pedas siket pun dia makan.Bila dah kerap sangat buat tomyam, habislah pes kat rumah, pes tomyam selalunya saya beli kat Kelantan atau pun kalau jenjalan ke Perlis saya akan beli di Padang Besar.Dah lama tak balik kampung, pes pun dah habis.Lepas tu masa bulan puasa aritu tengok TokRi masak tomyam guna kelapa (tanpa pes)kita pun cuba jugaklah mak aih sedap betul.Dalam program Pung Pang tu resepi tom yam tak jelas sangat...sebab dia lebih kepada sembang santan macam tu.So, kita agak-agak sahajalah bahan apa nak guna.Kalau masakan thai ni macam tak boleh lari dari sos ikan, ketumbar,itu bahan wajib lah.Dannn kalau masak tomyam ni halia, lengkuas dan serai kira bahan wajib juga.Kalau tak masuk bahan tu, marah nanti orang thai hehe.

Resepi tomyam putih tanpa pes ni saya ada buat video juga di youtube sana.Yang ni dah lupa kali ke berapa dah buat.Banyak kali ulang jugaklah.Sedap tau rasa pedas-pedas masam dan 'sup'yang lite.Kalau tak ada lauk lain cukup sekadar telur dadar jer lauk sampingan.Itupun memang ngam sungguh la.

resepi tomyam putih, cara buat tomyam tanpa pes, tomyam tanpa perencah, tomyam kelapa, resepi tom yam, resepi tomyam, tom yum recipe, tomyam kelapa malina lina pg,

resepi tomyam putih, cara buat tomyam tanpa pes, tomyam tanpa perencah, tomyam kelapa, resepi tom yam, resepi tomyam, tom yum recipe, tomyam kelapa malina lina pg,
Konon nak posing dalam kelapa la..tapi tak jelas pulak segala kandungan dalam tempurung tu

Resepi Tomyam putih tanpa pes

by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/

Bahan-Bahan

Air kelapa (dari 1 biji kelapa)

2 pokok ketumbar

3 batang serai (ketuk)

3 hiris lengkuas

3 hiris halia

5-6 helai daun limau purut

5-6 biji cili padi (ketuk)

3 sb sos ikan

3 biji limau nipis (ambil jus)

2 kiub ayam

2 ketul dada ayam

200g cendawan tiram

5 ekor udang

3 ekor sotong

2 biji bawang holland

2 biji tomato

garam dan perasa

Air secukupnya (untuk kuah)


Cara

  1. Sediakan periuk, masukkan air kelapa dan tambah air secukupnya untuk kuah (anggaran setengah periuk)
  2. Masukkan akar ketumbar,serai, halia, lengkuas,daun limau purut,cili padi,jus limau nipis,sos ikan,kiub ayam dan dada ayam.Biarkan sebentar hingga dada/isi ayam masak.
  3. Masukkan cendawan tiram dan daun ketumbar (guna bahagian bawah yang agak keras)Masukkan garam dan perasa.
  4. Setelah kuah mendidih dan kuah sesedap rasa.Barulah masukkan seafood.Iaitu udang dan sotong.
  5. Masukkan tomato dan bawang holland.Masak sekejap sahaja hingga udang bertukar warna.Tutup api dan taburkan daun ketumbar.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments