Resepi German Cookies Gebu Dan Sedap | biskut raya paling senang dan mudah nak buat

By LiNa_Pg - Monday, January 17, 2022

 Assalamualaikum..

Hai semua hari ini saya nak kongsikan satu resepi biskut raya yang sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan.Cara penyediaan pun ringkas sahaja, cuma gaul guna spatula atau senduk sahaja.Sesuai sangat bagi mereka yang tiada peralatan 'baking' di rumah.Resepi biskut 'German Cookies' ini tidak menggunakan telur, bahannya cuma tepung, butter dan gula.3 bahan sahaja, mudah kan?Kalau nak warnakan boleh letak sedikit pewarna itupun sekadar optional sahaja supaya nampak menarik dan ceria.

Bagi mereka yang ambil tempahan biskut raya, boleh cuba German Cookies ni insyaaAllah sedap tau.Beli jer satu bekas vivo golden butteri, boleh buat biskut banyak-banyak.resepi german cookies, resepi german butter cookies, biskut raya mudah dan sedap, biskut raya 2022, kuih raya simple, biskut raya tanpa telur,

Ceria kan..warna warni gitu.Rasa biskut ni lemak-lemak,gebu mcam makan butter cookies.

resepi german cookies, resepi german butter cookies, biskut raya mudah dan sedap, biskut raya 2022, kuih raya simple, biskut raya tanpa telur,
Ini sahaja bahan yang diperlukan

resepi german cookies, resepi german butter cookies, biskut raya mudah dan sedap, biskut raya 2022, kuih raya simple, biskut raya tanpa telur,
Nak cuba vivo golden butteri?Boleh cari di kedai menjual barangan kek yang berdekatan.Berbaloi tau harga berpatutan, kualiti dan rasa setanding butter tulen.Cara penyimpanan pun senang, letak jer pada suhu bilik.Tak payah masukkan dalam peti ais.Jimat ruangan chiller peti ais

Resepi German Butter Cookies
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
125g vivo golden butteri
125 g tepung kentang (ayak)
80g tepung gandum (atau tepung superfine) (ayak)
40g gula aising (ayak)
Pewarna kegemaran (jika suka)

Cara-Cara
  1. Masukkan vivo golden butteri ke dalam mangkuk, kemudian masukkan gula aising.Gaul sekadar sebati sahaja.tak perlu kembang.
  2. Kemudian masukkan tepung kentang dan tepung gandum.Gaul sebati.
  3. Tutup bekas, dan simpan adunan ke dalam peti ais (bahagian chiller) selama 30min.
  4. Sementara itu sediakan loyang, alas dengan baking paper.
  5. Keluarkan adunan dari peti ais, bahagikan kepada 3 bahagian.Warnakan mengikut warna kegemaran masing-masing.
  6. Sebatikan adunan dengan warna tadi.
  7. Guna sudu metri sukatan 1/2 sudu besar untuk membentuk bebola (tips supaya dapat saiz yang seragam)
  8. Bulatkan doh dan tekan leper sedikit.Susun ke dalam tray/loyang.
  9. Celup garfu ke dalam air (Tips supaya adunan tidak melekat) tekan garfu pada doh untuk membentuk corak atas biskut.
  10. Bakar pada suhu 160'c selama 30min (hingga masak) guna api atas dan bawah.Note suhu dan tempoh membakar bergantung kepada jenis dan kapasiti oven masing-masing.
  11. Setelah biskut siap dibakar alihkan ke redai penyejuk.Setelah biskut sejuk sepenuhnya, simpan dalam bekas kedap udara.selamat mencuba

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Wah! Bahan-bahannya simple dan mudah untuk didapati. Nak cubalah nanti. Tengah mood buat kuih raya juga ni. Tambahan pula, anak-anak rajin membaking. Hehehehe.

    ReplyDelete