resepi kuih qasidah utara sukatan cawan by malina lina pg

By LiNa_Pg - Saturday, April 16, 2022

 Assalamualaikum...

Kalau bulan puasa memang agak sinonim dengan kuih qasidah, nak buatnya pun sangat mudah, cuma perlu rajin kacau jer sampai likat.Kuih qasidah ni ada 2 jenis satu ialah kuih qasidah kelantan/terengganu yang berwarna kuning dan ada bentuknya.Kuih qasidah kelantan dan terengganu ada bentuk yang cantik seperti bunga ros dan sebagainya.Manakala kuih qasidah utara agak sempoi tiada bentuk cuma dimasukkan ke dalam loyang dan potong untuk dihidangkan.Warnanya pula ialah putih suci atau sedikit warna cream gitu.

Resepi qasidah utara ni sendiri ada pelbagai variasi.Ada yang sangat plain sekadar gandum, sedikit gula dan air.Ada juga sesetengah resepi kuih qasidah utara yang menggunakan sedikit minyak sapi untuk naikkan rasa lemak-lemak manis.Ada juga yang menggunakan campuran santan (tak begitu pekat) dan juga air.Agaknya resepi-resepi ini mengikut warisan nenek moyang ataupun mengikut kawasan tertentu.Jadi janganlah bergaduh jika setiap resepi tidak sama, asalkan ianya sedap dan menepati selera masing-masing.Resepi kuih qasidah utara yang saya akan kongsikan hari ini ialah yang ada penggunaan sedikit santan.Ia menepati selera saya.Kalau yang hanya guna air terasa sangat kosong pada selera saya.Terpulang citarasa masing-masing.Kita raikan perbezaan ya.Kita buat dia, bolehlah olah/adjust mengikut selera sendiri.Kalau dari kecil dok makan kuih qasidah yang guna air semata, apa salahnya kita tukar/guna resepi yang ada santan atau pun yang guna sedikit minyak sapi pulak.Barulah kita tahu perbezaan setiap resepi tu.Betul tak?Okey jom kita semak resepi kuih qasidah yang sangat mudah dan sedap.

resepi kuih qasidah utara, kuih qasidah, cara buat kuih qasidah, kuih muih melayu, kuih warisan, kuih tradisional, resepi kuih qasidah malina lina pg,
kuih qasidah ni sangat lembut, masuk dalam mulut mcam hilang gitu jer.Mula-mula ingatkan anak-anak tak suka kuih ni sebab ada bawang, rupanya pakat makan dengan bawang tu sekali.Sedikit tips, untuk kuih qasidah ni kalau boleh bawang tu hiris nipis-nipis tau (macam dalam gambar tu)lina pg guna bawang merah Thai cepat jer garing masa goreng tu dan bawang tu saya tak campur apa-apa pun, memang bawang semata jer
resepi kuih qasidah utara, kuih qasidah, cara buat kuih qasidah, kuih muih melayu, kuih warisan, kuih tradisional, resepi kuih qasidah malina lina pg,
kuih saya potong semasa masih suam-suam lagi.Tapi Alhamdulillah kuih tak sememeh pun.Tektur pun lembut dan sangat sedap

Resepi Kuih Qasidah Utara Mudah Dan Sedap 
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com
Bahan A
7 ulas bawang merah (hiris nipis)
1/2 cawan minyak masak

Bahan B
 1 cawan tepung gandum
1 cawan santan cair
2 cawan air
1/2 cawan gula (boleh tambah/kurang)
1 helai daun pandan (simpul)
sedikit garam

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak masak, goreng bawang hingga garing.Tutup api angkat dan toskan.Ketepikan bawang goreng.
  2. Sediakan loyang 7x7 in (boleh guna saiz 6inci jika mahu kuih lebih tebal).Sapukan loyang dengan minyak goreng bawang tadi.Ketepikan 
  3. Dalam periuk/pan yang sesuai.Masukkan tepung gandum, santan, gula, garam,daun pandan dan air.Kacau hingga sebati/tepung tidak berketul-ketul terlebih dahulu sebelum buka api.
  4. Buka api kecil dan kacau hingga agak pekat.Setelah nampak pekat sedikit, masukkan sedikit minyak (dari gorengan bawang tadi)Tips supaya kuih cantik berkilat.Ops jangan lupa keluarkan daun pandan tau.Teruskan kacau hingga adunan nampak meletup-letup dan berkilat.Tutup api.
  5. Tuang kuih ke dalam loyang yang disedikan tadi.Taburkan bawang goreng dan renjiskan sedikit minyak goreng bawang.Tekan-tekan supaya bawang melekat pada kuih.
  6. Biarkan kuih sejuk, batulah potong dan hidangkan.Selamat mencuba.Untuk video tutorial, klik butang PLAY paparan di bawah atau tonton terus di YouTube Malina Lina Pg

  • Share:

You Might Also Like

0 comments