Assalamualaikum...
Puding Laici Dangdut ni memang menjadi kegemaran kami sekeluarga dah tak tahu berapa kali repeat dah, sampa ada yang tak update kat blog pun.First time saya buat Puding Laici ni pada tahun 2010 terus jatuh cinta.Rasanya yang manis2 buah cukup memikat selera.Lagipun Puding Laici ni 'tidak berat' hanya jus laici+susu cair jer..sungguh nyaman meluncur anak tekak di kala cuaca panas membahang.Kali ni saya repeat lagi sebab nak siapkan video untuk youtube.Kat Youtube sana saya dah upload beberapa hari lepas.So, kalau tak mahu ketinggalan video terbaru pastikan anda melanggan channel LiNa Pg okey..Jangan risau ianya percuma hehee...Kenapa upload kat youtube dulu bukan update dalam blog terlebih dahulu?Sebabnya uploading kat youtube mengambil masa yang lamaaaaaa..biasanya lepas siap editing video saya terus upload.Biasanya tengah malam la line laju siket.Esok dah siap upload saya terus publish...gitulah kesahnya.Okey berbalik pada Puding kita hari ni, saya sengaja buat dalam bekas kecil2 untuk bagi idea kepada yang nak buat doorgift atau jamuan open house.Senang nak handle..amek 1 cup sorang.Kalau nak buat dalam bekas besar pun boleh.Tapi nak makan kena scope dan masukkan ke dalam mangkuk/piring.Camtu gaya makan...Puding ni memang tak boleh dipotong cantik2 sangat sebab ianya lembuttttttt..masuk mulut terus ngaib tak payah kunyah..haaa gitu kekdahnya hehee
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Asal kak Ummi/Kak Hanieliza
https://www.youtube.com/watch?v=qAxHir-vwqE
Bahan:-
10 gm agar-agar serbuk
2 liter air
2 cawan gula (LiNa Pg guna 1 cawan jer)
2 tin laici (asingkan air dan buah)
1 tin susu cair
Cara-Cara:-
Masak agar-agar bersama gula hingga gula hancur Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
Kemudian sejukkan dalam fridge.
Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.
Nota kecil LiNa Pg
Puding ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.
1 comments
Refreshing ni, Lina. Tengah cuaca panas2 elok kalau makan puding laici hee..hee...boleh cooling sikit.
ReplyDelete