Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 14 kita berpuasa, berbaki 2 minggu sahaja lagi kita akan menyambut hari lebaran.Bagaimana dengan persiapan menyambut raya?dah ready ke semua?Bagi kami semuanya serba sederhana.Pakaian pun masih belum complete.Pening juga kepala nak cari baju online, dah ada yang berkenan saiz pulak tak ada.Agaknya sekarang ni semua pakat beli online dah kot.
Okeylah untuk resepi hari ini saya nak kongsikan resepi puding roti tetapi versi yang mudah sangat.Roti tu tak payah blend pun.Kita potong-potong sahaja dan masuk ke dalam adunan agar-agar.Mudah , simple yang penting sangat sedap.Sebenarnya saya pernah buat puding roti versi ini cuma warna putih, kali ini saya buat warna pink kerana menggunakan sirap.Almaklumlah bulan puasa ni stok sirap banyak dalam peti ais.Cantik pulak bila buat warna pink dan anak-anak suka sangat makan agar-agar yang ni.
- Potong roti kepada beberapa bahagian.Kemudian susun ke dalam loyang hingga memenuhi dasar loyang sahaja (saiz loyang 7x7in).Baki roti tadi kita akan masukkan ke dalam adunan agar-agar.
- Dalam periuk satukan serbuk agar-agar, gula pasir, susu cair, santan, air, daun pandan, sirap, pewarna merah jambu dan sedikit garam.Masak hingga mendidih.Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul.
- Setelah mendidih, tutup api dan keluarkan daun pandan.Masukkan baki roti roti tadi dan tekan-tekan roti supaya roti dapat meresap adunan agar-agar.
- Tuang adunan ke dalam loyang berisi susunan roti tadi.Biarkan agar-agar sejuk sedikit dan masukkan ke dalam peti ais selama 3-4 jam.Setelah sejuk bolehlah potong dan hidangkan.Selamat mencuba!

