Grill Chicken With Mushroom Sauce Resepi Mudah Dan Sangat Sedap
By LiNa_Pg - Friday, December 28, 2018
Assalamualaikum....
Lama betul tak buat Grill Chicken ni Makan pula bersama sos cendawan atau sos blackpepper pun sedap jugak.Resepi ni dah lama saya buat sekitar 2014 lagi.Paling saya suka bila saya dapat emel dari follower saya menyatakan beliau menggunakan resepi ni untuk berniaga...Alhamdulillah mendapat sambutan katanya.Ada juga yang email bagitau beliau dan isterinya berniaga menggunakan Resepi Lamb Chop saya....Alhamdulillah tumpang happy kerana perkongsian ini memberi rezeki kepada orang lain.Kalau resepi kek tu tak payah citer la punya ramai dah yang buat berniaga terutama kawan2 FB sinun..Tapi biasanya online jer la.Kalau Lamb Chop atau Chicken Chop ni agak rare siket sebab buka kedai/restoran...Saya doakan perniagaan mereka terus mendapat sambutan.Jangan lupa tolong doakan saya dimurahkan rezeki jugak tau...amin...
Okey berbalik kepada n3 hari ni..Ayam Panggang bersama sos carbonara.Ekceli resepi mengelat jer ni...Kalau makan guna black pepper tu cam biasa sangat kan..Bila makan dengan sos mushroom ni sedap jugak..mesra kanak2 sebab tak pedas.Pedas manja pada ayam jer sebab letak sedikit lada hitam.Kalau nak tengok resepi asal yang saya post tahun 2014, boleh tengok SINI.Saya tak ada guna resepi sesiapa pun..Dah 4 tahun dah...Kalau anak kecil dah masuk tadika dah hehee...Cuma kali ni saya guna rosemary pulak...sedap jugak..Kalau nak guna oregano pun boleh.Kalau tak ada stok oregano/rosemary memadai hanya letak lada hitam.Kalau tak ada lada hitam, kena p beli hahahaa...
Sebelum tu...Resepi Ayam Panggang Bersama Mushroom Sos ni saya ada buat video tutorial jugak tau...Boleh singgah ke youtube.Publish kelmarin.Kalau nak tengok bahan2 boleh tengok kat n3 2014..Link kat atas tu ya..Dah bagi dah.
GRILL CHICKEN CHOP WITH MUSHROOM SAUCE
By : Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
https://www.youtube.com/watch?v=_WyGM4rAA3g
Bahan-Bahan (Ayam Grill)
1 ekor ayam (potong 4)
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
sedikit serbuk lada hitam kasar+oregano / rosemary
Sedikit olive oil/minyak masak
Cara-cara
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1-2 ulas bawang putih (cincang halus)
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan)
1/2 kiub ayam (LiNa Pg guna balance dari untuk perap ayam tadi)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak + butter
Cara-Cara

Resepi cukup simple tapi menyelerakan...
By : Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
https://www.youtube.com/watch?v=_WyGM4rAA3g
Bahan-Bahan (Ayam Grill)
1 ekor ayam (potong 4)
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
sedikit serbuk lada hitam kasar+oregano / rosemary
Sedikit olive oil/minyak masak
Cara-cara
- Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel. Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam (Kali ini LiNa Pg kelar sebab ayam agak besar)
- Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan rosemary.Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
- Akhir sekali gaulkan ayam dengan bahan tumbuk. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.(LiNa Pg terlupa nak letak minyak masa perap, so tuang sedikit minyak masa nak grill/panggang pun boleh jugak.Perap ayam selama 2jam (LiNa Pg suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam...memang best
- Panaskan grill pan, sapu sedikit minyak, kemudian panggang ayam hingga masak.Guna api kecil sahaja supaya ayam dipanggang masak sekata.
Ayam Panggang enak dimakan bersama kentang goreng atau wedges dan sedikit sayuran
RESEPI MUSHROOM SOS By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1-2 ulas bawang putih (cincang halus)
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan)
1/2 kiub ayam (LiNa Pg guna balance dari untuk perap ayam tadi)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak + butter
Cara-Cara
- Panaskan sedikit minyak dan butter, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit garing.
- Masukkan sos carbonara.Tambah air. Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat.Sesuaikan rasa.Tutup api
- Sos Cendawan dah siap dihidang bersama Ayam Panggang