Assalamualaikum...
Teringin nak merasa kek karamel yg tebal dan mabeles camni..sila PM/email ya...eksklusif untuk kastemer saya sahaja.InsyaaAllah sedap dan puas hati.
Alhamdulillah rezeki hari Jumaat tempahan kek karamel nan satu.Salah satu produk laku kencang ni dalam senarai produk saya.Alhamdulillah syukur...Nak rasa?Meh order hihi..
Alhamdulillah...
Rezeki hari ni, dari petang kemarin membawa ke malam td hingga pagi ni baru dapat siapkan sepenuhnya 2 biji kek yg memerlukan kesabaran yang tggi ni.Biasanya kek yg memerlukan dekorasi mengambil masa yg lama untuk disiapkan ditambah pula dengan saya yg amatur ni lagilah lambat nk siap.Jika berlainan tuan punya, mungkin terpaksa tolak salah satu dari kek2 ni.Tapi memandangkan tempahan dari regular kastemer untuk kedua2 kek ni saya buat jugaklah.Alhamdulillah dah siap sepenuhnya.Sat lagi boleh rest sekejap sebelum mula memasak makan tengahari...
Kali ini tempahan RVC untuk hantaran kawen yg bertemakan pink..Jadi saya bg sedikit sentuhan pink dan letak serdak kek..Kalau tadak serdak cam bukan RVC lak hihi...Okey la tu deco sesedap mata memandang..Kalau teringin nak menempah boleh PM/email saya.
Alhamdulillah...
Rezeki pagi ni, tempahan kek buah kukus mini packed, kali ni dipos ke Melaka pulak.Syukur atas rezeki dariMu.3 biji kek buah saiz kecil(400g) ditempah oleh org yg sma.Kastemer br saya ni.Dari mggu lepas lagi dia bank in duit disebabkan order ari Khamis jd saya cuma buat mlm td dan pos pagi ini.Biasa saya tak buat postage hari kahmis/Jumaat sbb takut kek akan tersadao di PPL.Takut lak kan jadi apa2.Untuk keselamatan lalu lintas (hihiii) saya cuma pos kek hari Isnin-Rabu sbb confident kek akan sampai ke tangan tuan empunya sebelum wk end.
Terima kasih sudi menempah.Oh!kek buah kecil ada xtra sebiji.Sapa cepat dia dapat.
Tempahan kek saya stop sat hingga hujung mggu ni.Nk order untuk nx wk, boleh jer...Mggu ni bz sket sbb ada tempahan kek hantaran dan kek2 lain jugak...
yg sebiji atas kotak pos tu xtra, sapa cepat dia dapat..
pas kukus...harum semerbak bau kek buah kukus ni..
Kek Buah kukus..hasil post mortem dari kastemer..rupanya silent reader blog saya hehe..
Assalamualaikum...
Ikan Bawal Emas Masam Manis ni saya buat bersama dengan Ikan Bilis tu, posting tggu giliran jer hihi..Macam biasa la resepi mudah2 ajer yg saya kongsikan.Walaupun mudah tp rasanya sedap licin ngan kuah2 tu (kuah byk sebenarnya tp tuang pas snap pic hihi).Okey jom kite semak resepi.Malas nak bebel.
Buat ikut stok yg ada kat umah jer..ikan pun post tergolek sekoq camtu jer..tadak daun salad bagai..esbok pun dah kosong dah
RESEPI IKAN BAWAL EMAS MASAM MANIS
By : LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal
1/2 labu bawang besar (blend)
3 ulas bawang merah (blend)
2 ulas bawang putih (blend)
3 sudu besar cili giling
1/2 labu bawang besar (dadu)
2 biji epal hijau granny smith (dadu)
Buah tomato (LiNa Pg gn tomato ceri)
Daun kucai (xletak pun xpe)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar sos tomato
Minyak
Air
Cara-Cara:
Ikan dicuci bersih, perasakan dengan garam kunyit.Goreng hingga masak.Ketepikan
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar (dadu) hingga sedikit layu.
Masukkan bahan kisar dan cili giling.Tumis hingga garing dan pecah minyak.
Satukan semua sos (sos cili, sos tomato, sos tiram, dan sos ikan),masukkan sedikit air.Bancuh dulu.Kemudian tuangkan ke dalam tumisan
Masukkan buah epal dan tomato.Kacau sebentar.Sesuaikan rasa.Tambah garam, gula/perasa jika perlu(LiNa Pg xmasukkan garam dalam sos sebab sos ikan dan sos tiram dah masin).
Tuangkan sos ke atas ikan yg telah digoreng tadi.Taburkan daun kucai
Assalamualaikum..
Hari ni baru berkesempatan update resepi kat blog.Asyik tayang kek jualan jer kan hihi...Itu rezeki namanya.Bila banyak order, saya agak bizi untuk update blog.Masak pun simple2 jer janji boleh makan.Tayangan arini pun resepi simple dimple tp sangat sedap kat tekak kami sekeluarga..Resepi sambal ikan bilis dan kentang ni pernah saya kongsikan di dapur kecil saya diMyR sana lamaaaaa dulu..sekitar 2009.Dah berjaman gak tu..Kalau menggunakan kentang russet yg besar tu lagi sedap dan puas makan.Kali ni saya hanya gunakan kentang holland jer tu pun yg hampir monopouse dah hihii...lama bertapa dalam peti ais...kecik2 comey jer..kesnya tak sempat nk shopping brg2 basah pas blik dari KL hujung mggu lepas..Masak n makan jer lah apa yg ada..Janji kenyang..Ok back to the track..Jom kite semak resepi.
Kucar kacir jer gambar ikan bilis dan kentang, snap cincai jer sebab kalut nk makan dah..cuaca lak gelap..Janji hado gambar dah la kan hihi..
Alhamdulillah...
Nampaknya kek buah kukus saiz kecil mendapat sambutan hangat.Kali ni dapat order by pos pulak.Kebetulan ada yg menempah saiz besar..So boleh lah selit sekali yg saiz kecil.8 biji saiz kecil ~400 dan juga sebiji saiz besar 9in rezeki untuk hari ini.
Kek buah yg besar tu ke Perlis, kotak medium ke KL dan kotak kecil ke Ipoh.Selebihnya adalah self pick up.Sudah ada yg repeat order kek buah saiz kecil ni ..Terima kasih semua sudi menempah..Alhamdulillah syukur atas rezeki dariMu Ya Allah
Siap packing.
Hasilnya pas kukus...semuanya sempurna..
*************************************
Antara testimoni yg sempat saya capture
Kastemer biasa beli yg saiz besar,pastu order mini packed n repeat order selasa lepas.Terima kasih banyak2 Ayu...
Kawan saya yg ni lak BUKAN peminat kek buah, saja2 beli sbb nak try...cuak gak kan bila bukan peminat kek buah order...rupanya dia suka rasa kek buah kukus ni...Terima kasih azie..
Yg ni order by pos...Alhamdulillah respon baik yg diterima...
Terima kasih semua atas komen..
Akhirnya terjebak gak dengan Jeruk ni.Orang lain dah lama buat, ada yg buat duit dan jadi isu sbb harga mahai dan mcam2 hal juga ngan jeruk ni.Kalau Jeruk Mangga (Pelam) Asam Boi tu cliche sangat....saya ambil jalan pintas hanya gunakan epal hijau Granny Smith...senang mesti ada jual kat pasaraya.Rasanya yg masam2 dan crunchy tu membuatkan jeruk ni sedap..
Resepinya cukup mudah iaitu Epal Granny smith, Asam Boi, serbuk asam boi dan sedikit cili padi.Gaulkan semuanya.Simpan dalam bekas sejukkan dan baru dimakan.Yg dalam gambar ni saya terus snap selepas digaul.Bukan apa takut abes pulak hihi...Snap siap2 sebelum makan tu..setel..ada gak gambar kan
Assalamualaikum...
Alhamdulillah rezeki kek buah pulak arini.Sebiji saiz besar 9in di pos ke Ipoh dan 4 biji saiz kecil 400g.Alhamdulillah..nmpaknya kek buah saiz kecil mendapat sambutan hangat.Mulanya ada yg merisik untuk order saiz kecil..kalau satu malas juga saya nak buat..memandangkan ada yg nak saiz besar..saya selitkan sekali yg saiz kecil.Terjual semuanya..syukur..Kalau ada yg nak merasa kek buah boleh lah roger..untuk saiz kecil saya tak pernah pos lagi..InsyaaAllah boleh diusahakan..
Kalau nak rasa2 boleh cuba saiz kecil..nnt saya collect order baru buat..
4 jam bersauna...hasilnya pas kukus..Alhamdulillah hasilnya tidak pernah mengecewakan..Saiz besar loyang 9in (~1.6kg) Kecil ~400g.InsyaaAllah sedap..
Ahamdulillah rezeki kemarin punya order.Kek Karamel nan satu..jadilah walaupun sebiji hihihii...
Hari ni bz kena siapkan order kek buah...sapa nk selit cepat2 order...
Teringin nak merasa...meh la order.InsyaaAllah sedap.Self pick up jer ni..takleh pos
Assalamualaikum...
Hari ni saya nak kongsikan satu resepi yang sangattttt mudah tapi rasa yg mantap.Lately saya tengok kat grop masakan ada buat ayam karamel tp dimakan bersama nasi ayam.Sy dah semak resepi tu cam agak leceh sbb banyak step..nk kena buat karamel (gula hangus lak) saya suka sesuatu yg simple tapi rasa yang mantap.Bila gugel rupanya dah lama resepi ni wujud di myR.Sticky Caramel Chicken Wings ni sedap diratah begitu saja juga enak dimakan bersama nasi putih.Si kecil saya ratah camtu jer...seronok tengok dia ulang2 makan...sedap la tu kat tekak dia hehe
3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (LiNa Pg kupas kulit dan tumbuk kasar)
1 sudu besar halia dicincang (LiNa Pg gn 3 hiris-tumbuk kasar)
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan (60ml) madu
1 sudu besar sos tiram (LiNa Pg tmbh, rcp asal xde)
2 helai daun pandan simpul (LiNa Pg tambah-rcp asal xde)
Cara-Cara
Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang putih dan halia yg telah ditumbuk kasar hingga naik bau.
Masukkan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
Masukkan semua sos, madu dan daun pandan simpul.Kacau sekejap.Kemudian tutup kuali.
Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat
Enak dimakan begitu saja haha...cam iklan lak hihi
Alhamdulillah...
Rezeki di pagi Ahad, Tempahan Indulgence Cheese Chocolate Moist Cake.Kek ditempah oleh sahabat saya.
Simple deco jer..kek seberat 2.8kg.InsyaaAllah akan berpuas hati dengan rasa dan harga..Kek ni tak akan jumpa di mana2 kedai..walaupun nama agak serupa..Resepi olahan dan suai padan homemade..insyaaAllah terbaik untuk kastemer..
Hasil post mortem kek indulgence - Ehsan tuan punya my bff aniza
Assalamualaikum...
Bersiaran di pagi Sabtu, saja buat tayangan iklan hehe...Tempahan kek karamel dan juga kek buah.Order dari kastemer baru.Kek karamel tu nampak kureng berseri sebab ketiadaan kaler pink (my paberet kaler) buakn sbb kedekut warna atau kehabisan stok tp ini adalah req dari kastemer yg mahukan warna kuning dan juga coklat (kaler lite2 jer katenya) tp...hurmmm kaler koko tu kelihatan cam pepel lak..Harap kastemer ni berpuas hati...
Tergoda tak?meh la order.Kek buah boleh dipos ya..kek karamel xdapek nak nolong sbb xleh pos
sebelum diterbalikkan...saiz 9in..insyaaAllah akan berpuas hati.
Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari ni dapat buat n3 masak2.Kesiankan asyik tayang kek jualan jer hihi...Itu namanya iklan percuma kat blog hihi...Gerang Asam ni saya buat untuk dinner semalam...masak lewat sbb pg dah sarapan ngan nasi lemak, tengahari tu saya buat nasi goreng jer untuk anak2 saya skip lunch sbb dah kenyang makan nasi lemak.So dinner malam tadi lauk Gerang Asam, Ayam Goreng dan kailan goreng.Alhamdulillah kenyang.
Ekceli tengahari kemarin saya baik punya santai depan tv sbb tak kalut masak pun (kan buat nasi goreng jer sap..sap soi jer tu kikiii)Pastu tengok program Dapur Panas, chef masak Gerang Asam...dah tengok sekerat jalan pulak tu humm agak2 ajerlah apa bahan yg chef masuk dalam tu.Pastu gugel2 sket makan terhasil la Gerang Asam versi tekak saya.Sebenarnya Gerang Asam ni adik beradik Asam Pedas gak..bahan2 lebih kurang sama jer.Cuma yg ni tak letak daun kesum dan bunga kantan.Biasanya Gerang Asam dibuat menggunakan isi ikan, dalam esbok tinggal kepala ikan siakap jer..hantam saja lah labu janji sedap.Jom kte semak resepi
Sedap..kuah pekat camni mmg suka lah..
RESEPI GERANG ASAM KEPALA IKAN SIAKAP
By: LiNa Pg
Bahan-Bahan:
Seketul kepala ikan siakap (isi ikan pun boleh)
1 labu bawang merah (blend)
20 ulas bawang merah (blend)
2 hiris lengkuas (blend)
1 cm halia (blend)
1cm kunyit (blend)
Sedikit belacan (blend)
3 batang serai (blend)
1 batang serai (ketuk)
5 helai daun limau purut (carik-carik)
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar pes asam jawa adabi (bancuh dgn 1 mangkuk air)
Kacang bendi
Tomato (belah 4)
1 kiub ikan bilis
Garam dan gula/perasa
Minyak
Air
Cara-Cara:
Kepala ikan dicuci bersih.Ketepikan
Tumiskan bahan2 kisar bersama cili giling hingga naik bau.Masukkan serai yg diketuk.Tumis hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan air asam jawa.Kacau sebentar.Tambahkan air,masukkan daun limau purut, kiub ikan bilis garam dan gula.Renehkan hingga kuah agak pekat.
Masukkan kepala ikan, bendi dan tomato.Biarkan hingga ikan masak.
Sesuiakan rasa (kena ada rasa masam2, masin, sedikit manis dan pedas)Tutup api.Dah siap
Alhamdulillah menu camni mmg dapat sambutan hangat kat umah..
Assalamualaikum...
Hari ni wta iklan jer..Alhamdulillah rezeki.Dapat tempahan Marble Cheesecake dan juga kek buah.Kali ni kek buah di pos ke Ulu Kinta Perak lak...Kalau teringin nak merasa silalah order.Marble Cis kek xleh pos ya.Kek Buah jer bleh pos hihi
Suka tul ngan kejadian cis kek tu..mulus jer..suke2
Kek Buah pos ke Perak lak..yg sebiji belakang tu xtra..sapa cepat dia dapat..
Assalamualaikum...
Al kisahnya saya dapat parcel kiriman seorang rakan alam maya.Beliau mengirimkan Rencah Mee Bandung Mak Pon dan juga Kopi 434.Menurut orang Muar/Johor kopi dan rencah mak pon ni sangat terkenal dengan kelazatannya.Alhamdulillah rezeki saya dapat merasa.Terima kasih banyak2 Kak Lin sbb sudi mengirimkan kepada kami di sini.Semoga Allah saja yg dapat membalasnya.
So,week end lepas saya buat projek mi bandung..nak claim sebagai Mi Bandung Muar takut salah pulak sbb saya tak pernah makan Mi Bandung Muar yg asli.Menurut org Muar mi Bandung diorang tak letak sebarang agen pemasam seperti asam jawa, sos tomato atau tomato puri..Saya cuba kekalkan keaslian tu..
Buat pun ikut arahan pada belakang paket tu jer..Cuma sesuaikan rasa..Maybe air rebusan daging saya banyak sbb kena tambah 1 ketul kiub ayam itu jer..
Masa buat Mee Bandung ni saya jemput adik2 saya datang makan sekali...
Kaedah masak, saya rebus daging yg ada tulang hingga empuk.Masukkan rencah sesuaikan rasa.Saya ambil sedikit kuah dan pecahkan telur (satu persatu biarkan telur masak)
Celurkan udang...masukkan dalam kuah.Celurkan sayur sawi...Siap untuk dihidang
Camnilah hasilnya...Snap ngan hp jer ni..saya main snap jer sbb mi kembang lak..kalau mi ni biasa2 jer saya mmg tak buat posting sbb gambar tak berapa cun..Memandangkan mi ni akan menjadi sejarah sbb buat pertama kali masak Mi Bandung..saya simpan sebagai kenangan dan penghargaan kepada tuan pemberi rencah ni..
Kopi 434 rasanya lain dari yg lain sebelum ni saya pernah minum kopi kapal api..Tp kopi 434 ni rasanya agak mild dan aroma cam sweet gitew....saya bagi 5*
Alhamdulillah...
Rezeki di pagi Isnin, 2 biji kek karot untuk hari ni.Sebiji dipos ke Petaling Jaya (yg ni plain saja without topping Cream Cheese Frosting)Harap kek ni sampai dalam keadaan selamat.Pestaim post kek karot.
Sebijik lagi yg ada deco sket2 tu tempahan dari regular kastemer saya...peminat kek karot neh.Requestnya cukup mudah, hanya nak tulis hepi besday jer..deco pun xmo.Tp memandangkan kek besday saya buat jugaklah deco simple2.Alhamdulillah kek karot ni menepati citarasa mereka
Pg ni cuaca xberapa ok..gambar pun ntah pape jer..
Alhamdulillah...
Rezeki pembuka tirai bulan Nov, dimulakan dengan tempahan kek bertingket2 ni kek indulgence.Alhamdulillah makan 2 ari gak nk siapkan kek ni sbb nk kena tggu set dulu baru boleh proceed next level.Kastemer ni hanya menempah kek sekali setahun dengan saya iaitu pada tarikh yg sama.Kek besday hihi...maybe for someone special.Terima kasih sebab sudi menempah.Semoga kek ni akan membuatkan beliau terus mengorder ngan saya lagi di tahun depan.
Kalau teringin nak merasa kek ni boleh lah menempah.InsyaaAllah rasanya lain dari lain sebab menggunakan kek coklat moist sebagai basic kek dan bukan kek span biasa.Dilapisi cream cheese yg enak dan juga mousse coklat...boleh bayangkan tak keenakan bila suma tu digabungkan...Anda takkan dapat di kedai bakery ataupun kedai tersohor kerana ianya adalah resepo olahan saya sndri..
Nak merasa?kenalah order..insyaaAllah sedap.
Saya bukanlah org yg berseni.Deco pun seadanya saja..Takat nk tulis n letak bunga2 tu boleh la..kek ni ada keisitimewaan tersendri dr segi rasa...Sy tak nak la saratkan lagi pemandangan kek ni..sekadar sedap mata memandang haha (ayat kaber line)
Saiz ~10in after deco.Berat ~2.8kg.InsyaaAllah akan berpuas hati dengan saiz kek, berat dan harga.Setiap kek yg dihasilkan sudah diniatkan kepada tuan yg hak..bukan buat untuk simpan stok.Semuanya Freshly bake
Kek telah selamat di pick up oleh tuan punya awal pg tadi...Terima kasih sudi menempah