Assalamualaikum...
Hari ni hari kedua umat Islam berpuasa...kemarin cuaca di bumi Pulau Pinang sangat nyama...seharian hujan turun...bila petang sket baru berhenti..sesuailah untuk orang yg nk keluar mencari juadah berbuka..Tp kami cuma dok kat umah jer masak jer yg simple...Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua....
Okey n3 hari ni bukanlah juadah berbuka kemarin, ns ni saya buat makan2 pada hari Jumaat lepas.sangat sesuai kalau nk buat juadah raya atau pun juadah berbuka.Sangat sedap pada tekak kami sekeluarga.Resepi ni saya gabungkan Timur Tengah dan juga tekak asia..maklumlah tekak melayu msti ada masakan melayu walaupun makan nasi arab heheheee.Kalau yg dibeli tu telan ajerlah apa yg terhidang...Resepi ni hasil olahan nasi pilau arab sebab saya mengguna resepi stok ayam yg sama..cuma cara masak nasi berlainan sket..Jom kite semak resepi...sangat berbaloi
Bahan-Bahan A (Untuk Stok Ayam)
Cara-Cara:
Bahan-Bahan B (Untuk Nasi)

Set Nasi Mandy..Ayam Panggang, Kerutuk Kambing dan juga acar epal.Resepi Kerutuk Kambing dan ayam panggang menyusul kemudian.
RESEPI NASI ARAB MANDY
- 1 ekor ayam potong 12 (cuci bersih)
- 1 sb Ketumbar Biji
- 1 sb Lada Hitam Biji
- 1 sb Jintan Manis Biji
- 1 sb Jintan Putih Biji
- 1 labu bawang putih (cuci bersih dan ketuk-xperlu kupas kulit)
- 2 inci halia (ketuk)
- 2 labu bawang besar (belah empat)
- 3 helai Daun Bay
- Rempah 4 sekawan (Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis, Pelaga, Bunga Lawang)
- 7 cawan air (atau secukupnya)
- 1 sk garam
Cara-Cara:
- Satukan semua bahan A ke dalam periuk, masak hingga ayam empuk.
- Angkat ayam ke dalam bekas lain.
- Tapiskan stock ayam ke dalam bekas berasingan.Buangkan segala rempah rebusan tadi (Hanya air rebusan rebusan sahaja digunakan untuk masak nasi)Ayam akan dipanggang kemudian
Bahan-Bahan B (Untuk Nasi)
- 6 cawan beras basmati (cuci bersih dan rendam selama 1 jam)kemudian toskan
- 7 cawan air rebusan ayam (kalau air rebusan tak cukup, tambah air biasa)
- 1/2 cawan susu cair
- 50g butter/minyak untuk menumis
- Rempah 4 sekawan
- 2 helai Daun Pandan simpul
- 1 Kiub ayam
- 1/2 sk serbuk kunyit.
- Pewarna kuning
- Sedikit daun pudina
Cara-Cara:
- Panaskan periuk, cairkan butter.Tumis rempah 4 beradik dan daun pandan hingga wangi.
- Masukkan air rebusan, susu cair, kiub ayam dan serbuk kunyit
- Masukkan beras basmati.Kacau sekata.Tunggu hingga nasi kering (kacau sekali sekala)
- Bila nasi kering, titiskan pewarna kuning di beberapa tempat.
- Kecilka api, tunggu hingga nasi masak sepenuhnya.
- Setelah nasi masak, gemburkan nasi menggunakan garfu sambil masukkan daun pudina (daun pudina akan membangkitkan aroma nasi.
- Dah siap..Boleh dihidang
Nasi Mandy yg dah masak...sebelum digemburkan