Thursday, December 31, 2020

Resepi Kuih Lompang Gula Merah Dan Tips Kuih Berlesung Pipit | resepi kuih lompang sukatan cawan

 Assalamualaikum...

31hb Disembeer 2020, kita berada di hari terakhir tahun 2020, begitu cepat 2020 meninggalkan kita, tahun 2020 pelbagai pahit manis, semuanya pengalaman baru yang tak pernah kita bayangkan.Semoga tahun 2021 membawa sinar baharu kepada kita semua.Nampaknya azam saya untuk cuba habiskan resepi yang bersusun dalam folder tidak kesampaian.Tak terkejar juga dibuatnya.Tak apalah kita update secara slow and steady gitu.

Okey berbalik kepada kuih kita hari ini iaitu Kuih Lompang gedik-gedik..kenapa gedik-gedik?sebab  kuih ni sangat lembut dan sedap.Saya lebih suka buat kuih yang tidak menggunakan kapur makan.Jadi tekturnya lebih lembut, kalau letak air kapur lain pulak hasilnya lebih kenyal dan 'firm' sedikit tetapi lekuknya akan lebih dalammmm.Kalau tak guna air kapur, lekuk atau lesung pipitnya tetap ada kalau ikut tips yang diberi tapi lesungnya tidak begitu dalam.

Tips penting supaya kuih lompang berlekuk ialah WAJIB panaskan bekas/acuan lompang terlebih dahulu.Lepas sapu dengan minyak, kena panaskan acuan anggaran 10min macam tulah.Bukan setakat hasilnya akan berlekuk tetapi kuih lompang juga mudah tertanggal atau mudah nak dikeluarkan apabila telah masak nanti.So, jangan mengelat okey..Alang-alang nak panaskan pengukus tu, terus masukkan acuan lompang sekali.Mudah jer kan

kuih lompang, resepi kuih lompang sukatan cawan,kuih lompang gula merah, cara buat kuih lompang, kue lumpang, kuih kosui,gula merah, kuih tradisional,resepi lompang gula merah, resipi lompang sukatan cawan,kuih lompang lina pg,
Haa...nampak tak?walaupun tak guna air kapur, lesung pipit dia tetap menawan kalbu.Kuih pun lembutttt jer.

RESEPI KUIH LOMPANG GULA MERAH 
By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan (sukatan cawan metrik)
1 cawan gula merah (boleh tambah/kurang)
1-2 sudu besar gula pasir (bergantung kemanisan masing-masing)
2 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi kayu
Sedikit garam
sedikit minyak

Bahan Lain
1 cawan kelapa parut
sedikit garam

Cara-Cara
  1. Satukan air,gula merah,gula pasir,daun pandan dan sedikit garam ke dalam periuk kecil.Masak hingga gula larut.Tapiskan dan biarkan sejuk/suam-suam kuku.
  2. Sementara menunggu air gula sejuk, sapukan minyak pada acuan lompang dan panaskan sebentar anggaran 10min.
  3. Satukan air gula, tepung beras, tepung ubi ke dalam bekas dan kacau hingga sebati.Kalau nak mudah, boleh guna blender dan kisar sekejap.
  4. Tapiskan adunan, jika menggunakan kaedah blender, pastikan tiada buih2.Jika berbuih kena cedok/keluarkan buih terlebih dahulu.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan lompang(yang telah dipanaskan tadi).Tutup dengan aluminium foil untuk elakkan air menitik ke atas kuih.
  6. Kukus selama 20min (atau hingga masak)guna API BESAR.Untuk mendapatkan lekuk yang cantik.Ingat tau API BESAR, kalau api sederhana memang tak jadilah lekuk tu nanti.
  7. Setelah kuih masak, pastikan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari acuan.
  8. Tips mudah untuk keluarkan kuih dari acuan lompang ialah menggunakan lidi atau pencungkil kiki.Sisip bahagian tepi dan kuih akan keluar dengan sendirinya.Boleh refer video di youtube.
  9. Untuk kelapa parut pula, satukan kelapa parut dengan sedikit garam dan kukus selama 10min.Tips untuk mengelakkan kelapa lambat basi/masam.
  10. Cara menghidang, gaulkan kuih lompang dengan kelapa parut kemudian bolehlah dihidang.Selamat mencuba.

Wednesday, December 23, 2020

Kuih Boko Ubi Kayu Gula Merah (sukatan cawan )| tepung boko kuih tradisional kelantan | kuih boko lina pg

 Assalamualaikum...

Kuih boko pernah menjadi fenomena dah pernah viral meletup letup suatu ketika dahulu.Ramai yang mencuba dan menjadikan tepung boko ubi kayu ini sebagai sumber pendapatan sampingan dengan mengambil tempahan kecil-kecilan.Saya sendiri pun terjebak jugaklah semasa kuih ni semasa tengah viral.Siap buat video lagi hehee.Saya pernah buat 2 versi kuih boko ini iaitu kuih boko gula melaka dan kuih boko gula putih (saya guna ubi kayu kuning)jadi hasilnya kuih boko berwarna kuning.Untuk kuih boko gula melaka sebenarnya saya ada buat video (tahun lepas) tetapi sayangnya video tu ada masalah teknikal dan saya reshoot buat video guna gula gula putih.Hurmmm kiranya tahun lepas dah 2x saya buat video tepung boko ni.

Kali ini saya buat lagi resepi kuih boko gula melaka tapi resepinya saya dah improvise dan alhamdulillah sangat menepati citarasa saya.Lembut lemak-lemak dan manisnya sesedap rasa.Kalau nak tahu asal usul nama 'BOKO' boleh baca di posting kat SINI saya pernah menulis serba sedikit info mengenai kuih boko, apa perbezaan dan persamaan dengan kuih talam ubi kayu.Kuih sama nama jer lain atau memang kuih yang berlainan.Kalau nak tahu kenalah baca hehe..

Sekarang ni dah masuk musim tengkujuh, insyaaAllah bekalan ubi kayu memang banyak.Kalau ada yang teringin merasa kuih boko, bolehlah mencuba dan sekiranya ada yang nak buat meniaga dipersilakan....tak perlu emel/DM/PM untuk minta saya halalkan resepi ini.Cuma nak minta siketttt jer 'Jangan lupa titipkan doa semoga kami sekeluarga diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki'...Boleh kan?

Resepi tepung boko ubi kayu saya menggunakan sukatan cawan, rasanya lebih mudah bagi mereka yang tiada penimbang.Lagipun kuih-kuih tradisional ni selalunya sukatan dia lebih mudah, guna jer cawan yang sama, insyaaAllah menjadilah tu.

resepi kuih boko, tepung boko sukatan cawan, kuih boko mudah dan sedap, kuih tradisional, kuih kelantan,kuih melayu, kuih tepong boko sedap, youtube malina lina pg, kuih boko lina pg,
yang ni masa masih panas-panas, dia lembek-lembek siket tapi ya ampunnnn sedap sangat

resepi kuih boko, tepung boko sukatan cawan, kuih boko mudah dan sedap, kuih tradisional, kuih kelantan,kuih melayu, kuih tepong boko sedap, youtube malina lina pg, kuih boko lina pg,
yang ni pulak kuh yang dah sejuk...terpulang selera nak makan masa panas-panas atau kuih yang telah disejukkan...Kalau saya dua-dua pun suka...

Okey sebelum saya kongsikan resepi kuih boko, saya nak buat sedikit pencerahan.Sebenarnya dah banyak ulang benda yang sama.Tapi setiap kali saya buat resepi yang menggunakan ubi kayu parut mesti ramai yang bertanya ubi kayu kena perah ke tak?Kalau korang follow youtube lina pg dan menonton semua video, insyaaAllah tak akan terlepas tips yang diberikan.
Untuk ubi kayu yang diparut kena perah atau tidak?Untuk saya jawapannya TIDAK (tidak perlu perah)kenapa saya tak perah buang air lepas parut/sagat ubi.KERANA ubi kayu yang saya gunakan tidak berair.Jadi nak perah buat apa....Ada yang kata nanti pahitlah kalau tak perah.Ubi kayu akan rasa pahit kalau guna ubi yang dah masuk angin atau ubi kayu yang dah lama.
Konsep dia macam ni, Kalau lepas parut ubi kayu nampak berair, korang perahlah..sebab ubi kayu yang digunakan tak sama.Selalunya kalau ubi kayu kuning tidak berair.Okey harap korang jelas ya.

Kuih Boko Ubi Kayu Gula Merah Sukatan Cawan
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Lapisan Bawah (ubi)
2 cawan ubi kayu parut (anggaran 500g)
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
3 cawan air
2 helai daun pandan
2 sudu besar tepung ubi
sedikit garam

Lapisan Atas (Santan)
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi kayu
sehelai daun pandan
sedikit garam

Cara-Cara
  1. Satukan gula merah, gula pasir, daun pandan, garam dan air ke dalam periuk.Kemudian masak hingga gula larut.Tapis dan ketepikan sebentar hingga air gula sejuk/suam-suam kuku.
  2. Masukkan air gula yang telah suam ke dalam pengisar, masukkan ubi kayu parut dan juga tepung ubi.Kisar halus.
  3. Sediakan bekas yang sesuai.Lina pg guna cup kecil yang telah disapukan minyak.
  4. Tuang adunan ubi kayu hingga separuh bekas sahaja.Kemudian tutup dengan penutup bekas/cup (boleh juga kalau nak guna aluminium foil)
  5. Kukus hingga masak (bergantung kepada saiz bekas) boleh refer ke video youtube untuk tempoh mengukus.
  6. Setelah kuih masak, biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum diletakkan topping (lapisan santan)
  7. Untuk lapisan santan pula, satukan semua bahan dan kacau hingga semua larut dan sebati.
  8. Buka api kecil dan kacau hingga adunan nampak likat.Pastikan sentiasa dikacau supaya adunan tidak bergentel dan hasilnya adunan nampak licin.Tutup api dan tuang ke atas lapisan ubi tadi.
  9. Kuih boko sedia dinikmati.Selamat mencuba.

Tuesday, December 22, 2020

Resepi Ayam Geprek Mudah Dan Sedap | Apa Perbezaan Ayam Geprek, Ayam Penyet Dan Ayam Gepuk?

 Assalamualaikum...

Sejuk nyaman berangin jer pagi ni terasa macam dok di Cameron Highland pulak...walaupun tahun 2020 ni kami cuma melancong dalam ruma ajer hahaaa....Bagi kawan-kawan yang bercuti atau pergi melancong selamat bercuti dan hati-hati memandu, paling penting jaga kesihatan dan patuhi SOP.

Kalau sebelum ni saya pernah kongsikan resepi ayam penyet,kali ini saya nak kongsikan pula resepi ayam geprek.Kalau di Indonesia ada 3 serangkai resepi ayam yang terkenal iaitu Ayam Penyet, Ayam geprek dan ayak gepuk.Pada awalnya ayam gepuk agak terkenal berbanding yang lain, kemudiannya ayam penyet mengambil takhta dan ada juga yang menggemari ayam gepuk.Paling femes ialah Ayam gepuk Pak Gembus.Apa perbezaan ketiga-tiga resepi ayam ni?

Saya mulakan dengan dengan ayam penyet sebab resepi saya dah pernah buat.

1)Ayam Penyet.

Ayamnya direbus dalam bumbu/rempah khas dan selalunya bewarna kekuningan sebab diletakkan sedikit kunyit.Kemudian ayam digoreng hingga garing.Tempoh menggoreng sekejap sahaja kerana ayamnya sudah direbus hingga masak.Manakala sambal ayam penyet semua bahan digoreng terlebih dahulu, kemudian kisar/tumbuk/ulek dan akhirnya digoreng sekali lagi.Ada sedikit terasi/belacan dimasukkan ke dalam sambal.Cara menghidang, ayam di hempuk/tumbuk sedikit dan diletakkan sambal.Makan bersama nasi putih, telur masin, tempe goreng.

2) Ayam Geprek

Ayam yang digunakan tidak bertulang (boneless) disalut dengan tepung goreng dan digoreng hingga garing.Resepinya lebih mudah dan simple.Untuk sambal pulak kalau yang ori sambal mentah sahaja iaitu kesemua bahan sambal diulek/tumbuk sambil dimasukkan garam dan gula/perasa.kemudian siram dengan minyak panas.Tapi untuk resepi yang saya sediakan saya guna kaedah goreng kesemua bahan (cili dan sebagainya)kerana takut perut tak tahan nanti sakit perut. Cara menghidang, sama seperti ayam penyet, ayamnya juga di 'geprek'ditumbuk.Perbezaannya ayam geprek ditumbuk bersama sambal hingga hancur agak lunyai hinggakan kita tak perlu guna sudu garfu untuk mencubit ayam (tapi yang lina pg buat, ayam dipukul manja-manja jer sebab nanti tak cantik nak posing kalau hayam dah lunyai hahhaha)

3) Ayam Gepuk

Ayam gepuk hampir sama dengan ayam penyet iaitu ayamnya direbus bersama rempah/bumbu khas hingga masak.Sedikit perbezaan ialah ayamnya diketuk/hempuk terlebih dahulu selepas direbus.Kemudian barulah digoreng.Dah siap goreng tak payah nak ketuk/hempuk2 lagi dah.

Okey sekarang jom kita semak resepi ayam geprek.Saya ada buat video tutorial juga di youtube sana.Nanti korang boleh refer ke youtube untuk lebih mudah faham.

ayam geprek,resep ayam geprek, apa perbezaan ayam penyet vs ayam gepuk dan ayam geprek, cara membuat ayam geprek, ayam gepuk pak gembus,
Ayam Geprek ni lebih mudah dan cepat siap.Kalau yang tak ke mana-mana tu bolehlah cuba resepi ni.Makan panas-panas memang sedap

RESEPI AYAM GEPREK MUDAH DAN SEDAP
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Perapan)
4 keping whole leg tanpa tulang
2 biji limai kasturi (ambil jusnya)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
2 sudu besar penuh tepung goreng ayam
2 biji telur
Serbuk pati ayam (atau garam)
sedikit air sejuk (peti ais)

Bahan B (Ayam)
1 cawan tepung goreng ayam
1/2 cawan tepung beras
minyak

Bahan C (Sambal)
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
7 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji tomato
kiub ikan bilis (atau garam dan gula/perasa)
minyak untuk menumis

Cara-Cara
  1. Bahan A.Ayam dicuci bersih.Perahkan jus limau kasturi dan ratakan keseluruhan ayam, serbuk pati ayam (atau sedikit garam),bawang putih, tepung goreng ayam dan telur.Masukkan juga sedikit air sejuk.Gaul sebati semua bahan ni dan perap selama 30min.
  2. Bahan B. Satukan tepung goreng ayam dan tepung beras.Kalau nak guna kesemua tepung goreng ayam pun boleh, tetapi mengikut citarasa lina pg, kalau guna kesemua tepung goreng ayam akan rasa terlebih masin siket.
  3. Ayam yang diperap tadi disalut dengan campuran tepung goreng ayam.Pastikan keseluruhan ayam bersalut dengan tepung.Ulang 2x proses salut tepung (rujuk video di youtube)
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.Kemudian 'geprek/pukul' ayam untuk pecah-pecahkan isi ayam.
  5. Bahan C.Untuk sambal, panaskan minyak dan goreng cili, bawang dan tomato hingga sedikit layu.
  6. Tumbuk/blend kasar kesemua bahan yang digoreng tadi.
  7. Goreng semula bahan tumbuk dan perasakan dengan kiub ikan bilis atau boleh juga dimasukkan garam dan perasa/gula.
  8. Untuk menghidang letakkan sambal ke atas ayam yang telah tumbuk/pecah-pecahkan tadi.Selamat mencuba

Friday, December 18, 2020

Resepi Bihun Singapore Mudah Dan Sedap | bihun goreng putih resepi simple untuk beginner

 Assalamualaikum....

Salam Jumaat buat semua, hari ini merupakan hari terakhir seisi persekolahan tahun 2020, sedar tak sedar dah nak habis tahun 2020 ni.Semoga tahun hadapan memberi sinar baru buat kita semua dan covid19 akan berlalu pergi.

Berbalik kepada resepi kita hari ini iaitu bihun singapore atau juga dikenali sebagai bihun putih.Tapi kalau di Penang ni bihun putih ni sangat sinonim dengan nama gelaran bihun besday hehee...Unik kan nama dia.Sebenarkan kalau kat sini, bila ada sambutan hari jadi,bihun singaporelah yang menjadi pilihan.Bukan apa selalunya majlis harijadi akan dibuat di sebelah petang antara pukul 3-5pm.Jadi menu paling sesuai ialah bihun.

Kalau sebelum ni, kat rumah saya agak 'kurang laku' dengan bihun putih ni.Pernah beberapa kali saya buat, anak-anak makan tapi mereka tambah kicap pulak supaya bihun tu nampak gelap hahaaa...Adoi dari elok-elok bihun tu putih suci terus berkicap jadinya.Tapi itu dululah masa mereka masih kecil.Bila dah besar ni tekak dah boleh terima.

Resepi bihun putih ni saya buat khas untuk beginner,sesuai bagi mereka yang baru nak mencuba.Kalau yang dah terrer tu, bolehlah abaikan.Kerana resepi sangat simple dan tidak menggunakan garam.Biasanya resepi yang saya kongsikan memang mudah dan senang jer.Bukan apa, senang untuk anak-anak sendiri refer resepi mama dia hehee..Anak-anak saya tak kira lelaki atau perempuan, sama jer semua kena masuk dapur.Semua kena tahu masak.Asal lepas tekak sendiri pun okeylah.Tapi mama pandai ambil kesempatan,bila anak dah pandai masak, mama pulak main order...abang long nanti goreng bihun, abang long goreng maggi hahaa.Apa lagi anak-anak buka youtube mama la sebelum mula ke dapur.Satu benda yang saya kongsikan, anak-anak saya tidak akan sesekali bertanya resepi kepada saya (walaupun mama dia tercongok jer kat ruang tamu) mereka akan tengok youtube dan buat sampai selesai.

Untuk resepi meehoon singapore ni saya sediakan video tutorial di youtube juga.Macam biasalah dah berbulan post ke sana.Hari ni baru sampai 'turn' untuk masuk blog.

resepi bihun simple,bihun goreng singapore,bihun putih, meehon goreng, cara buat bihun goreng,bihun goreng birthday,bihun goreng daging,cara buat bihun goreng yang mudah dan sedap,meehoon, mee hon,
Mana pi tak tahu lauk2 semua.Tertimbus kat bawah gamaknya hahaa.kalau bihun singapore kat Penang ni, daging adalah bahan wajib dan udang tu sunat jer.Nak letak ka tak mau terpulang selera.Untuk bihun putih kali ini saya cuma guna isi ayam, sedikit daging dan fish cake.

RESEPI BIHUN SINGAPORE MUDAH DAN SEDAP
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1 bungkus bihun (400g)-rendam dalam air biasa 20-30min
1 labu bawang besar (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 sudu besar udang kering (kisar)
Isi ayam dan sedikit daging
Fish cake secukupnya (lina pg guna 2 keping)
2-3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair (atau sos ikan)
serbuk lada hitam kasar
2 kiub ikan bilis
Sawi
Karot
cili merah dan cili hijau
kucai
Air secukupnya
Minyak


Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan isi ayam dan daging.Kacau sebentar kemudian masukkan 1 cawan air.Masukkan fish cake dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan sos tiram, kicap cair, lada hitam dan kiub ikan bilis.
  4. Masukkan sayuran keras (karot dan batang sawi) dan masukkan 1/2 cawan air.Biarkan karot dan batang sawi lembut.
  5. Masukkan bihun yang telah dilembutkan dan kacau sebati dengan tumisan.Boleh tambah sedikit air (jika perlu)lina pg tambah anggaran 1/2 cawan sahaja.
  6. Sambil kacau bihun, terus masukkan sawi (bahagian daun).Gaul rata hingga bihun lembut dan sawi sedikit layu.
  7. Kemudian masuk serbuk lada sulah (lina pg guna ajishio), akhir sekali masukkan kucai, cili merah dan cili hijau.Gaul rata.Kemudian tutup api.Bihun goreng singapore dah siap.

Wednesday, December 16, 2020

Resepi Kuih Talam Gula Merah Paling Sedap Dan Mudah | kuih talam tanpa air kapur | lina pg

 Assalamualaikum...
Wah hampir setiap hari update blog, sekalung tahniah untuk diri sendiri la hahaa...Kalau di youtube lina pg dikenali sebagai youtuber kuih (pepandai jer depa bagi gelaran)agaknya sebab resepi kuih mendominasi youtube channel lina pg.Sebenarnya ada juga resepi lain seperti lauk, nasi dan juga lain lain.Agaknya kuih muih tradisional lebih banyak.Sebenarnya saya ingin memartabatkan kuih-kuih lama yang semakin dilupakan takut pula hilang terus ditelan zaman, kalau tak ada yang kongsikan resepi.Tapi itulah kuih tradisional ni tinggi betul daulatnya, silap siket memang tak menjadi.Pesanan saya kalau pertama kali nak mencuba jangan sesekali mendurhakan resepi.Ikut betul-betul, kalau tidak hasilnya cuma 'PENAT' sahaja.

Resepi kuih talam ada 2 jenis iaitu talam pandan dan kuih talam gula merah.Untuk tepung, ada setengah resepi menggunakan tepung beras ,ada juga yang menggunakan tepung gandum dan ada yang menggunakan campuran 2 jenis tepung iaitu tepung beras dan tepung gandum.Penggunaan tepung yang berbeza menghasilkan tektur kuih yang berbeza.Terpulang selera masing-masing.

kuih talam, kuih talam gula merah, kuih talam tepung gandum, kuih talam tepung beras, resepi kuih talam sukatan cawan, kuih talam tanpa air kapur, kuih tradisional, kuih muih melayu,
Kalau kuih talam, saya suka makan bahagian koko tu sebab tu bahagian santan sengaja buat nipis siket hehe

Resepi Kuih Talam Gula Merah Tanpa Air Kapur
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan
garam

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut.Tapiskan dan biarkan sejuk seketika.
Bahan B (Lapisan bawah)
Air gula yang dimasak tadi
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar (penuh) tepung ubi kayu
1 cawan santan sederhana cair

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan ke dalam pengisar, kemudian kisar halus.
  2. Tapiskan ke dalam loyang 8x8in yang dialas dengan kertas baking.
  3. Kukus selama 30min (hingga masak)
Bahan C (lapisan atas)
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
1 helai daun pandan
sedikit garam

Cara-cara
  1. Satukan semua bahan ke dalam periuk kecil.Kacau sebati terlebih dahulu supaya tiada ketulan.
  2. Kemudian masak hingga naik wap sahaja.Ketepikan sebentar sementara menunggu lapisan bawah masak.
  3. Setelah lapisan bawah masak, cakar-cakar/kelar sedikit supaya lapisan santan dapat melekat dengan kemas.
  4. Kemudian tuang lapisan atas.Tutup dengan aluminium foil supaya air tidak menitik ke atas kuih.
  5. Kukus selama 30min (hingga masak)
  6. Setelah kuih masak, biarkan kuih betul betul sejuk sebelum dipotong.Selamat mencuba.

Tuesday, December 15, 2020

Ada roti nak expired | Jom Buat | cucur roti yang rangup di luar lembut di dalam | cucur roti lina pg

 Assalamualaikum...

Ada roti yang nak expired tapi tak habis makan, jangan buang sebab belum xpired kan?Jom kita olah menjadi cucur roti, confirm sekelip mata jer habis licin.Cucur roti ni sangat simple tapi sedap.Percaya tak, saya cuma makan macam tu saja tak perlu cicah dengan sos cili dan rata-rata yang dah mencuba cucur roti ni bagi feed back mereka juga makan tanpa cicah sebarang sos...Alhamdulillah ramai yang mencuba dan sukakan cucur roti ni.

Okeylah hari ni takmo celoteh panjang, resepi cucur jer pun hehee.Jom kita semak resepi

cucur roti, roti nak expired nak buat apa,cekodok roti, cucur rangup dan lembut,resepi jemput jemput,jemput2 roti, cekodok simple dan sedap,cucur roti lina pg,
Nampak tak garing garing dan rangup di bahagian luar, tapi lembut berongga di bahagian dalam.Kena cuba tau.Nak guna udang, sosej pun boleh.Lina pg guna jejari ketam.

CUCUR ROTI RANGUP DAN LEMBUT
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
5 keping roti 
1/2 cawan air
daun bawang/daun kucai
2 biji cili merah (dadu/cincang)
3 jejari ketam (potong/dadu) boleh guna isi udang/sosej
1 biji telur
serbuk pati ayam (atau sedikit garam)
1/2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar tepung gandum
Minyak

Cara-Cara
  1. Carik-carikkan atau gunting kepada saiz yang lebih kecil.Siram dengan air.Gaul rata dan biarkan selama 5min supaya roti kembang.
  2. Masukkan daun bawang, cili merah,jejari ketam,telur,serbuk penaik dan serbuk pati ayam.Gaul biar bercampur terlebih dahulu.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul sebati.Adunan tidak terlalu pekat atau cair.Rehatkan adunan selama 10min.
  4. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasa.Angkat dan toskan.Selamat mencuba.Untuk video tutorial sila ke youtube malina lina pg

Monday, December 14, 2020

Sotong Masak Lemak Putih Mudah dan Sedap

 Assalamualaikum...

Bertemu kembali, wah rajin betul ni update blog.Kita marathon kalau ada masa untuk update.Okey hari ini saya nak share resepi lauk pauk harian pulak.Kalau biasanya sotong dibuat sambal tumis atau goreng kunyit jer selalunya kan?apa kata tukar selera buat masak lemak pulak.Memang sedap dan resepi pun sangat simple.Kalau di bahagian pantai timur selalunya resepi macam ni ada dimasukkan kulit rambai atau buah gajus.Di klate dipanggil buah 'tterey' (atau ketereh)manakala di Terengganu kalau tak silap saya dipanggil buah jambu kolok/golok.Resepi sebegini menjadi sangat authentic sebab semakin dilupakan,mungkin faktor kesukaran mendapat buah-buahan yang semakin pupus.Tambahan pulak kedua-dua jenis buah ni bermusim dan selalu dipandang sepi.Secara jujurnya saya sendiri sudah lama tak makan buah rambai dan gajus tu.Kalau biji gajus selalu la hahaa..

Resepi Sotong masak lemak putih ni saya ada sediakan video tutorial nanti boleh tonton di youtube.Tanpa buang masa,jom kita semak bahan-bahan dan cara membuat lauk simple ni.

resepi sotong,sotong nak masak apa,sotong masak lemak,masak lemak putih,resepi sotong mudah dan sedap,resepi lauk harian yang mudah,
Untuk sotong masak lemak putih ni saya buang kulit sotong.Ini optional jer, kalau tak buang pun tak apa,cuma kuahnya nanti akan kemerahan tak putih suci macam ni.Kalau sotong masak serai saya suka kuah merah-merah dan tak buang bahagian kulit sotong.Apa pun terpulang citarasa.Sendiri yang nak makan hehe

Sotong Masak Lemak Putih
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
400g Sotong
1/2 cm halia (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
4 ulas bawang merah (tumbuk)
2 batang serai (ketuk/titik)
2 cawan air
200ml santan
cili padi hijau dan merah
2 biji tomato belah 4
1 labu bawang holland (belah 4)
garam dan perasa/serbuk pati ayam

Cara-cara
  1. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk,masukkan anggaran 1 cawan air dan juga serai.Renehkan sekejap untuk hilangkan pijar bawang.
  2. Setelah mendidih, masukkan santan dan tambah air secukupnya untuk kuah (lina pg tambah air anggaran 1 cawan).
  3. Masukkan garam dan perasa/serbuk pati ayam.Biarkan kuah mendidih terlebih dahulu sebab sotong tidak boleh dimasak terlalu lama nanti akan liat.
  4. Masukkan sotong, hirisan bawang holland dan tomato.Akhir sekali masukkan cili padi.Tutup api dan masak lemak sotong sedia dihidang.Selamat mencuba.
https://youtu.be/gTGFVkNxPaI

Sunday, December 13, 2020

Agar-Agar Milo Mudah Dan Sedap

 Assalamualaikum...

Hujung ni rancak jer tengok kawan2 fb dan IG masing masing post keluar bercuti, berjalan-jalan dan ada yang balik kampung seolah dah bercuti sekolah.Saya sendiri pun confuse dan mula cuti sekolah ke?agaknya masing-masing dah bosan lama sangat terperap kat rumah, alang-alang PKPB dah tamat, bolehlah ambil peluang jalan-jalan kan?Memandangkan saya tak ke mana-mana, kita pun ambil peluang untuk update blog, kalau hari minggu sibuk pulak dengan budak yang ada kelas online.Hari Jumaat ni mama dia yang lega banyak sebab dah cuti sekolah hahaa...

Okeylah hari ni buat n3 simple sahaja iaitu agar-agar milo.Resepi ni sangat sesuai untuk cuti sekolah nanti.Resepi mudah dan bahan pun samgat senang didapati.Dan yang pasti anak2 akan sukakan agar-agar ni.Tak sempat nak beku betul-betul punyalah mesti ada yang buka tutup peti ais sebab nak cek agar-agar hihi..Kalau nak selamat lebih baik buat malam hari dan makan keesokan harinya..Risau jugaklah kang tanggal lak pintu peti ais asyik buka tutup jer hihi..

agar agar milo, puding milo, resepi agar-agar milo,resepi agar agar sukatan cawan,puding milo,milo pudding,agar-agar recipe,
Kena cuba tau memang sedap sangat.Anak-anak dengan milo berpisah tiada.Ramai juga yang tanya kalau ganti dengan serbuk koko boleh tak?Soalan susulannya pulak ialah 'kalau guna serbuk koko nak letak banyak mana?'Kamu ni dah kenapa?kan nama dia agar-agar milo.Kalau guna serbuk koko dah kena tukar surat beranak jadi agar-agar coklat pulak haha...Kita dah bagi resepi mudah, kebanyakan rumah yang ada anak kecil bawah 12 tahun mesti ada milo.kalau serbuk koko bukan semua orang ada simpan kat rumah.Follow jer resepi kan senang...Nampak tak bila kita nak tukar bahan, ianya akan menyusahkan diri sendiri sebab sukatan tak akan sama.Pendek cerita ikut jer resepi.hestek done membebel

AGAR-AGAR MILO MUDAH DAN SEDAP
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan (cawan kopi/teh biasa -bukan cawan metrik)
10g agar-agar serbuk
1 cawan milo (90g)
1 cawan susu pekat manis (250g)
1 cawan susu cair (200ml)
4 cawan air (800ml)
Sedikit garam

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan ke dalam periuk.Kacau terlebih dahulu supaya tiada milo yang berketul.
  2. Buka api dan terus mengacau hingga adunan mendidih.Tutup api.
  3. Sediakan loyang 7x7 in dan tapiskan adunan ke dalam loyang.
  4. Biarkan agar-agar sejuk dan mengeras.Potong mengikut kreativiti.
  5. Untuk video tutorial sila klik butang PLAY paparan di bawah

Friday, December 11, 2020

Telur Masak Asam Simple Mudah dan Sedap | lina pg

 Assalamualaikum...

Salam Jumaat buat semua.Dah ada idea nak masak apa untuk hari ni?Jom saya kongsikan satu resepi yang sangat mudah iaitu Telur Masak Asam.Telur masak asam ni sepupu sepapat dengan Rasam Telur jugaklah tapi ianya lebih mudah sebab tak guna sebarang rempah ratus.Rasanya pedas dan masam2 membuka selera tambahan pulak kalau makan bersama ikan masin goreng garing2 memang ngam teruk la.Resepi ni saya pernah post dalam blog ni tak ingat tahun bila tapi untuk lauk bersahur.Kali ni saya buat video tutorial di youtube.Alhamdulillah walaupun resepi simple tapi mendapat sambutan yang menggalakkan sebab ramai penonton yang memberi feedback belum ada resepi sebegini di youtube.Okey jom kita semak resepi telur masak asam style lina pg

telur masak asam, resepi telur, lauk pauk ringkas, telur nak masak apa,telur mudah dan sedap,
Simple jer tapi cukup menyelerakan

Telur Masak Asam
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
4 biji telur
5 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
5 biji cili kering (potong anggaran 2cm)
2 kiub ikan bilis
air asam jawa secukupnya
air (untuk kuah)
hirisan cili padi
tomato belah 4
minyak untuk menumis
garam dan perasa/gula (jika perlu)

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis cili kering, bawang putih dan bawang merah hingga garing.
  2. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya untuk kuah.Masukkan kiub ikan bilis.Biarkan kuah mendidih terlebih dahulu.Seimbangkan rasa.Tambah garam dan perasa (jika perlu)Lina pg tidak menggunakan garam untuk video ini kerana kiub ikan bilis dan cukup masin.
  3. Masukkan telur satu persatu.Kemudian masukkan buah tomato.Tutup periuk dan biarkan telur masak/set.
  4. Akhir sekali tabur hirisan cili padi (jika lebih suka pedas).Tutup api dan telur masak asam sedia dihidang.Selamat mencuba.
  5. Untuk video tutorial klik paparan di bawah atau tekan link berikut https://youtu.be/7LG4eQTjub0

Wednesday, December 9, 2020

Resepi Cucur Nasi Sedap Dan Lembut Sampai Ke Petang

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, nampaknya semangat menulis dan update blog berkobar-kobar ni.Bukan apa, banyak lagi bahan yang menunggu turn untuk dipost ke sini.Tak nak la bahan tahun 2020 dibawa ke tahun hadapan.Melampau sangat tu.Saya cuba sedaya upaya untuk habiskan semua resepi yang dah disiarkan di youtube.Itu belum lagi resepi yang dah di post ke IG (resepi bertulisan yang tak ada video)Korang doakan semoga saya terus rajin menulis ok.Buat video dan edit video tu macam rajin siket la sebab setiap minggu ada jer video baru untuk post ke youtube.Bab menulis ni jer dia kurengggg rajin.

Okey berbalik kepada tajuk post hari ini iaitu cucur nasi, hurmmm kadang kadang bila masak nasi, ada jer lebihan nasi tapi siket sangat.Nak goreng tak cukup, tak buat apam ke apa, macam malas pulak kan?Apa kata buat cucur nasi pulak.Buat cucur atau cekodok ni senang sangat.Masuk dalam blender, kisar jer campur2 dengan gandum dan bahan lain bagi meriah siket.Lepas tu goreng.Makan panas panas memang sedap sangat tau.Cicah sos cili lawan dengan teh O atau kopi O memang terangkat.

cucur nasi, resepi cucur sedap, resepi cucur nasi sedap dan lembut sampai ke petang, cucur simple dan sedap, idea minum petang, nasi lebih nak buat apa,

Nampak tak terserlah kelembutannya cucur nasi ni.Bahan pun simple sangat.Rugi kalau korang tak cuba.Psst kalau teringin nak buat, tak payah tunggu nasi lebih.Karang nak masak nasi untuk lunch korang lebihkan siket hehee..Pastu petang ambil la 1 cawan untuk buat cucur.Kan senang camtu hehe..

CUCUR NASI SEDAP DAN LEMBUT

by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/

Bahan-Bahan

1 cawan nasi

3/4 cawan air (untuk kisar nasi)

1 cawan tepung gandum

1 cawan daun bawang/daun kucai

1 keping fish cake (dadu kecil)boleh gua udang/apa2 jer

2 biji cili merah (dadu/cincang)

1 biji telur

1 sudu besar serbuk pati ayam (atau sedikit garam)

1/2 sudu kecil serbuk penaik

Minyak


Cara-Cara

  1. Masukkan nasi dan air ke dalam blender.Kisar halus.Tuang ke dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan daun bawang, fish cake, cili merah dan telur.Gaul sebati terlebih dahulu.
  3. Kemudian masukkan tepung (masuk siket jer dulu),serbuk pati ayam dan serbuk penaik.
  4. Gaul rata, kemudian tambah lebihan tepung gandum sedikit demi sedikit.Adunan tidak terlalu cair atau pekat.Rehatkan adunan selama 10min.
  5. Panaskan minyak dan goreng cucur hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.Cucur nasi sedia dinikmati.Selamat mencuba

Tuesday, December 8, 2020

Kuih Sagu Bronok Mudah Dan Sedap | tak perlu kukus | kuih sagu mutiara lina pg

 Assalamualaikum...

Suka makan kuih sagu tak?alaaa yang warna merah tu gaul dengan kelapa parut.Kuih ni memang sedap tapi yang leceh tu kena kacau lepas tu kena kukus pulak.Kalau tidak sagu tak jernih.Kalau ada putih2 tu rasa macam 'fail' buat kuih ni.

Okey kali ni saya nak share trick buat kuih sagu kelapa parut tanpa kukus dan tak perlu lenguh tangan untuk kacau lama-lama.Hasilnya pulak sagu jernih dan cantik.Bukan sahaja cantik tapi tidak terlalu lembek.Pendek kata boleh potong cantik2.

Teknik untuk menghasilkan sagu yang jernih ialah dengan merebus sagu dalam air yang banyak.Kemudian kita balas lebihan sagu.Kaedah ni sama seperti nak buat kuih sagu gula melaka.Tapi kalau sagu gula melaka, sagunya rasa kosong sebab tu kena makan bersama gula melaka.Selepas sagu direbus sekejap (sagu direbus hingga hampir masak tapi tidak masak sepenuhnya)Kemudian bilas.Barulan kita sambung masak dan kacau bersama gula dan sirap.Mudah kan?sebab sagu dah hampir masak (masa kita rebus tadi)proses kacau tu mengambil masa yang singkat DAN lebihan kanji pun kita bilas, hasilnya sagu tidak melekat di periuk.Menarik kan?Kalau ada yang kurang jelas tak mengapa, saya sediakan video tutorial supaya lebih mudah faham.Saya suka teknik ni sebab tak payah nak kotorkan pengukus.Cuma guna satu periuk sahaja tak perlu kacau lama.

Cantik kan?Potongan pun kemas.Kuih tak terlalu lembek.Tapi kalau suka tektur yang lembek2 siket, boleh lebihkan air.Itu jer.Sangat simple

KUIH SAGU KELAPA PARUT
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A
2 liter air (lebih pun tak apa)
2 cawan sagu 

Cara-Cara
  1. Didihkan air terlebih dahulu, kemudian masukkan sagu.
  2. Kacau sekali sekala dan biarkan sagu kembang 80% (masih ada putih-putih di bahagian tengah)
  3. Tutup api dan tuangkan sagu ke dalam penapis.Bilas dengan air paip (untuk buang lebihan kanji)
  4. Toskan.Ketepikan
Bahan B
2+1/2 cawan air panas 
1 cawan gula pasir (boleh lebihkan gula jika suka manis)
2 helai daun pandan
1 sudu besar sirap ros
Sagu yang telah direbus (hasil dari bahan A)
2 sudu besar rata tepung (bancuh dengan air)
Kelapa parut + garam

Cara-Cara
  1. Satukan air panas, gula, sirap dan daun pandan.Biarkan gula larut terlebih.
  2. Kemudian masukkan sagu dan kacau hingga sagu jernih.Jika sagu belum jernih tapi air hampir kering boleh tambah anggaran 1/2 cawan air panas.
  3. Apabila sagu jernih,masukkan bancuhan tepung jagung.Ini rahsia supaya kuih sagu dapat dipoting dengan kemas dan cantik.Kalau nak hidangkan kuih sagu dalam mangkuk/cup kecil tak perlu guna tepung jagung.
  4. Kemudian tuang sagu ke dalam loyang.Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong dah hidang bersama kelapa parut.
Note: Kukus kelapa parut dengan sedikit garam supaya lambat masam/basi.Tips potongan kuih yang kemas ialah potong menggunakan pisau plastik.

Friday, December 4, 2020

Kuih Lapis Ubi Kayu Paling Sedap Dan Mudah | resepi kuih talam ubi kayu lina pg

 Assalamualaikum....

Sedar tak sedar dah pun hari Jumaat.Sekarang ni sejak sekolah online, hari pun tak berapa nak ingat hehee...Memandangkan kita dah berada di bukan Disember, saya cuba buat n3 sebanyak mungkin takut tak sempat habis segala mak nenek resepi yang ada dalam folder dan list resepi yang menunggu giliran untuk di post ke dalam blog ni.

Sekarang ni dah mula musim banjir di sesetengah tempat, semoga korang semua bersabar yea.Kalau kat Penang ni selalu banjir kilat yang ni tak kira musim, asal hujan lebat..Sekarang pun cuaca sejuk nyaman walaupun tak hujan.Sedang eloklah resepi yang saya nak kongsikan kali ini, bahan utamanya memang banyak pada musim hujan iaitu ubi kayu.Sesuai benarlah dengan keadaan cuaca sekarang ni.Walaupun hakikatnya resepi kuih lapis ubi kayu ni dah lamaaaaa dibuat.Owh ye resepi dan video tutorial saya ada upload di youtube juga tau.Untuk lebih mudah faham, korang boleh refer ke youtube sinun.

Kuih lapis ubi kayu ni ada juga yang memanggilnya dengan nama kuih talam ubi kayu dan ada juga yang panggil kuih ubi kayu traffic light.Yang paling rare ialah kuih TV3 hahaa.Satu lagi kuih yang seakan sama ialah talam ubi kanda dinda.Sebenarnya ada sedikit perbezaan talam kanda dinda dengan kuih lapis ni.Kuih talam ubi kanda ada dimasukkan sagu bersama dengan ubi kayu.Manakala kuih lapis ubi kayu ni hanya menggunakan ubi kayu semata.

KUIH LAPIS UBI KAYU | KUIH TALAM UBI KAYU

by Malina Lina Pg  http://linapg.blogspot.com/

bahan-bahan

1 kg ubi kayu parut

1 cawan gula pasir

300ml santan

sedikit garam

esen vanila

pewarna kegemaran 

bahan lain

100g kelapa parut

garam


Cara-Cara

  1. Dalam mangkuk besar, satukan ubi kayu parut, gula, garam,esen vanila dan santan.Gaul rata dan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  2. Letak pewarna (mengikit warna kegemaran masing-masing)lina pg guna warna hijau, merah dan kuning.
  3. Sediakan loyang 8x8in yang disapu dengan sedikit minyak (supaya senang nak keluarkan kuih apabila masak)
  4. Tuang adunan hijau dan kukus selama 10min.Pastikan air pengukus telah mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus.
  5. Setelah lapisan hijau masak, tuang lapisan kuning dan kukus lagi selama 10min.
  6. Akhir sekali tuang lapisan merah dan kukus selama 30min (supaya kuih masak dengan sempurna)
  7. Setelah kuih masak, biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
  8. Sementara itu satukan kelapa parut dan sedikit garam.Kemudian kukus sebentar.Tips supaya kelapa parut lambat masam.
  9. Setelah kuih sejuk, potong kuih menggunakan pisau plastik supaya hasil potongan kemas.
  10. Gaul kuih dengan kelapa parut dan sedia dinikmati.Selamat mencuba.Untuk video tutorial, klik butang PLAY paparan di bawah.

Monday, November 30, 2020

Resepi dan TIPS Cucur udang Rangup Mudah Dan Sedap | idea minum petang ringkas | cucur udang lina pg

 Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah 30hb Nov 2020, esok dah melangkah masuk ke bulan Disember.Terasa begitu cepat tahun 2020 ini berakhir.Semoga covid19 juga turut berakhir.Kita sama-sama doakan semoga wabak yang mengancam nyawa ini akan berakhir dan semoga vaksin segera ditemui.

Okey hari ini saya nak kongsikan idea dan resepi untuk minum petang, iaitu cucur udang rangup.Sebenarnya daha banyak kali juga buat cucur udang ni cuma kali ini saya buat video untuk youtube.Cucur udang ni bukanlah cucur yang ada udang sekoq tergolek tu ya...kalau yang tu kena makan dengan kuah kacang.Resepi saya ni cucur udang versi jemput-jemput macam ikan bilis tu, cuma saya letak udang.Cucur simple ni sesuai bagi yang kurang rajin macam saya ni.Siap jer cucur udang, tuang sos cili boleh terus makan panas2 hahaa..Kalau buat cucur udang tergolek kena buat kuah kacang pulak.Bab tu yang kurengggg siket.Tambahan pula en.suami tak makan kacang...apa lagi kuah kacang tu.Memang membazir tenaga la kalau buat.Anak2 lebih suka sos cili.Mak pulak yang tak berapa rajin ni, sesuai sangat la cicah sos cili hihiii.

Untuk tips mendapatkan cucur yang rangup, selalunya saya akan guna air sejuk.Air sejuk ni air dari peti ais ke air sejuk dari penapis air tu.Lepas tu kali ini saya guna minyak panas untuk mendapatkan kerangupan cucur.Minyak panas tu bukan minyak urut tau...minyak masak yang dah panas (sebelum stat goreng tu ambil sesudu dua dan masukkan ke dalam bancuhan)Minyak ni kena betul2 panas tau, kalau minyak kurang panas, nanti hasilnya cucur akan serap minyak.

Cucur udang versi lina pg ni sempoi, kalau nak letak bawang ke apa2 yang sesuai pun boleh.Saya guna apa yang ada dalam peti ais jer.

simple tapi rangup sungguh baq ang.Boleh cuba untuk minum petang

RESEPI CUCUR UDANG RANGUP DAN SEDAP
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
bahan bahan
1+1/4 cawan tepung gandum
1 cawan karot sagat (lebih kurang 1 batang karot)
1 cawan daun bawang (lebih kurang 3 pokok)
1/2 cawan udang (kerat2) anggaran 10 ekor
1/2 sudu kecil baking powder
serbuk pati ayam atau garam
sedikit serbuk kunyit
Air sejuk (anggaran 200ml)
2 sudu besar minyak panas (masak masak yang panas)
minyak untuk menggoreng

Cara-Cara
  1. Satukan karot, daun bawang dan udang (boleh juga kalau nak masukkan apa2 sayur kegemaran)
  2. Masukkan tepung gandum, baking powder, serbuk pati ayam dan serbuk kunyit.
  3. Gaul rata sambil masukkan air sedikit demi sedikit.Adunan jangan terlalu cair/pekat.Perap selama 10min.
  4. Panaskan minyak untuk menggoreng dan ambil anggaran 2 sudu besar minyak panas dan masukkan ke dalam adunan.Gaul dengan cepat dan terus goreng adunan tersebut.
  5. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
  6. Cucur udang rangup sedia dinikmati.Selamat Mencuba.

Wednesday, November 25, 2020

Tips & Petua Cara Simpan Daun Kesum Kekal Segar, Beraroma Dan Tidak Kecut

 Assalamualaikum...

Hari ini saya nak kongsikan tips atau petua cara simpan daun kesum pula.Cara ini sangat praktikel, menjimatkan belanja, tidak membazir dan memudahkan kerja-kerja memasak.

Selalunya kalau beli daun kesum, nak guna tu siket sangat, yang selebihnya akan kecut atau menjadi kuning.Bila nak buat masak pun dah tak tergamak nak guna.Hilang selera tengok daun kuning2 atau dah kecut semuanya.

Cara menyimpan daun kesum ni saya gunapakai kaedah dari cara simpan bunga kantan.Caranya hampir sama, cuma kita sesuaikan dengan daun kesum pulak iaitu:

Sebelum simpan daun kesum pastikan daun kesum dicuci bersih terlebih dahulu.Kerana kita akan guna terus setelah disimpan.Tak perlu difrost.

Harap-harap tak adalah yang sangka ini aiskrim 1 Malaysia pulak ya...Kalau tidak nayaaaa anak2 makan aiskrim perisa bunga kantan dan daun kesum...hahaaa...Sila bagi peringatan kat anak masing2 yea


TIPS dan Cara simpan daun kesum supaya kekal segar dan beraroma

by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/

  1. Ambil sedikit daun kesum, anggaran 2-3 tangkai (saya ambil sekali dengan batang yang lembut (bukan daun semata)bahagian batang yang keras tu tak ambil.
  2. Gulung/simpul daun kesum menjadi anggaran sebesar ibu jari (agak2 boleh sumbat/masukkan ke dalam plastik aiskrim)
  3. Masukkan ke dalam plastik asikrim.Cara paling senang, tolak guna chopstik.Supaya gumpalan daun kesum tadi boleh sampai ke hujung plastik.
  4. Buat beberapa gulungan/gumpalan terpulang sebanyak mana kita nak guna untuk sekali masak.Lina Pg buat 3-4 gulung/gumpalan untuk satu plastik.
  5. Isikan air bertapis/air mineral/air coway ke dalam plastik berisi daun kesum.Air mesti menenggelamkan daun kesum (supa aia kekal segar - hijau).
  6. Ikat dengan kemas,macam ikat aiskrim 1 malaysia.Simpan dalam peti sejuk beku.
  7. Apabila hendak digunakan untuk memasak, ambil sekadar perlu.Iaitu satu plastik sahaja.Gunting bahagian hujung plastik dan terus masuk ke dalam masakan.
  8. Selamat Mencuba.Untuk video boleh refer ke video cara simpan bunga kantan.Teknik sama cuma perlu gulung daun kesum sahaja.

Monday, November 23, 2020

Resepi Lengkap Nasi Daging Utara Dan Rahsia Air Asam Kerisik Yang Lebih Padu

Assalamualaikum...

Kalau belah utara ni nasi daging sangat terkenal dan menjadi hidangan istimewa berbanding dengan nasi beriani atau nasi tomato.Nasi daging yang simple dimakan bersama air asam tak kisahlah air asam biasa atau air asam berkerisik.Di sesetengah tempat nasi daging dihidangkan juga bersama sup daging sebagai pelengkap hidangan.Kalau saya sendiri bila masak nasi daging lebih suka digandingkan bersama dalca ayam.Dalca versi saya ni seakan gulai daging bersama sayuran.

Resepi nasi daging sudah banyak kali juga saya kongsikan dalam blog ni, cuma kali ini saya sediakan video tutorial (masa raya haji hari tu) tuuuuuu dia haih lama sungguh tunggu giliran posting dalam blog.Okeylah jom kita terus semak resepi


Nasi daging lebih simple berbanding nasi lain...hidanga sampingan cuma air asam sahaja.Sup tu lebihan air rebusan untuk masak nasi.

NASI DAGING UTARA
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (rebus daging)
400g daging
2 helai daun bay
Air secukupnya (air kena banyak untuk masak nasi)

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan rebus hingga daging empuk.
  2. Asingkan air rebusan dan daging.Hiris nipis daging yang direbus tadi.
Bahan B (nasi)
3 cawan beras basmati (cuci bersih, rendam 30min dan toskan)
3 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar tomato puri
1 kiub ayam
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
1 labu bawang besar
2 helai daun pandan
2 sudu besar rempah kurma/rempah sup (serbuk)
Sedikit minyak

Cara-Cara
  1. Bancuh rempah kurma bersama sedikit air rebusan daging (yang lain bukan dari 3 cawan tu yea) atau air biasa.Jadikan pes pekat.
  2. Nasi daging ni lina pg masak guna rice cooker sahaja.Panaskan rice cooker dan masukkan minyak masak bersama minyak sapi.
  3. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis,bawang besar, daun pandan, bawang putih dan halia.Tumis hingga terbit bau (tak perlu garing)
  4. Masukkan pes rempah kurma dan tomato puri.Tumis hingga pecah daging.
  5. Masukkan hirisan daging dan kacau sebentar.
  6. Masukkan air rebusan daging, kiub ayam dan masukkan beras.Kacau sebati.Kemudian tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak.
  7. Setelah nasi masak KEEP WARM.Gemburkan nasi menggunaka garfu supaya nasi tidak patah.
  8. Nasi Daging dan siap.
AIR ASAM KERISK
by Malina lina pg
Bahan Bahan
1 sudu besar kerisik
1 inci belacan
1 cawan air asam jawa
10 biji cili padi (hiris)
2 labu bawang holland (hiris)
2 biji tomato (buang biji)
Garam dan perasa/cukuprasa
Air rebusan daging

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan seimbangkan rasa.Air asam kerisik siap.

SUP DAGING SIMPLE
by Malina lina pg
Bahan-Bahan
Baki air rebusan daging
sup bunjut
Garam 
1/2 kiub ayam

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan reneh sekejap.Kalau nak masukkan kentang, karot dan lain2 bahan untuk sup pun boleh.
  2. Sup daging simple dah siap
Untuk menonton video tutorial NASI DAGING UTARA, sila klik paparan di bawah

Thursday, November 19, 2020

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Mudah Dan Sedap

 Assalamualaikum...

Bulan November ni macam rajin siket update blog hehe...agaknya sebab tak kelam kabut nak pick up anak balik sekolah.Walaupun tak perlu ke mana-mana tapi sibuk jugak dengan tugasan/kerja sekolah dak sarah tu (dengan kelas online dan kena selesaikan tugasan) tak pasal-pasal mama dia pun 'sekolah' sekali la.Ye la kan cikgu2 cuma dapat pantau dan bantu dari jauh, jadi mak ayah la kenalah campur tangan.Kita cubalah bantu yang mana mampu.Begitulah kena sesuaikan diri dengan keadaan normal baru yang tak berapa nak normal ni.

Okeylah berbalik kepada tajuk n3 kita hari ini iaitu DAGING MASAK MERAH.Psstt kalau nak tahu daging ni saya masak dan buat video pada bulan Julai lagi.Mak aih lama betul berbulan tunggu turn nak update kat sini.

Resepi Daging merah ni sangat simple jer.Ada setengah resepi menggunakan sos labu untuk mewarnakan daging tu.Tapi saya buat versi paling simple dan bahan pun mudah didapati iaitu hanya menggunakan sirap.Kalau nak guna peawarna merah pun boleh juga.

Bahan simple jer tapi rasanya tetap mabeles.Wajib cuba tau.

DAGING MASAK MERAH ALA THAI
By Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
200g daging
Air secukupnya
Sirap/pewarna merah
3 ulas bawang putih (cincang)
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
Air rebusan daging
Hirisan bawang hollang
Cili merah dan cili padi
Minyak masak

Cara
  1. Daging direbus bersama air dan sirap hingga empuk.Kemudian hiris nipis.Simpan air rebusan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih cincang hingga garing kemudian masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato.Kacau sebentar.Kemudian masukkan daging yang telah direbus dan dihiris nipis.Masukkan air rebusan daging dan tutup periuk/kuali.Biarkan mereneh seketika.
  4. Seimbangkan rasa, tambah garam dan perasa (jika perlu)Untuk resepi ini Lina Pg tidak menggunakan garam (memadai dengan sos tiram sahaja)
  5. Akhir sekali masukkan hirisan bawang holland, cili merah dan cili padi.Boleh juga masukkan daun bawang (jika ada).
  6. Selamat mencuba.Untuk video tutorial sila klil butang PLAY paparan di bawah



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...