Resepi dan TIPS Cucur udang Rangup Mudah Dan Sedap | idea minum petang ringkas | cucur udang lina pg
Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik dah 30hb Nov 2020, esok dah melangkah masuk ke bulan Disember.Terasa begitu cepat tahun 2020 ini berakhir.Semoga covid19 juga turut berakhir.Kita sama-sama doakan semoga wabak yang mengancam nyawa ini akan berakhir dan semoga vaksin segera ditemui.
Okey hari ini saya nak kongsikan idea dan resepi untuk minum petang, iaitu cucur udang rangup.Sebenarnya daha banyak kali juga buat cucur udang ni cuma kali ini saya buat video untuk youtube.Cucur udang ni bukanlah cucur yang ada udang sekoq tergolek tu ya...kalau yang tu kena makan dengan kuah kacang.Resepi saya ni cucur udang versi jemput-jemput macam ikan bilis tu, cuma saya letak udang.Cucur simple ni sesuai bagi yang kurang rajin macam saya ni.Siap jer cucur udang, tuang sos cili boleh terus makan panas2 hahaa..Kalau buat cucur udang tergolek kena buat kuah kacang pulak.Bab tu yang kurengggg siket.Tambahan pula en.suami tak makan kacang...apa lagi kuah kacang tu.Memang membazir tenaga la kalau buat.Anak2 lebih suka sos cili.Mak pulak yang tak berapa rajin ni, sesuai sangat la cicah sos cili hihiii.
Untuk tips mendapatkan cucur yang rangup, selalunya saya akan guna air sejuk.Air sejuk ni air dari peti ais ke air sejuk dari penapis air tu.Lepas tu kali ini saya guna minyak panas untuk mendapatkan kerangupan cucur.Minyak panas tu bukan minyak urut tau...minyak masak yang dah panas (sebelum stat goreng tu ambil sesudu dua dan masukkan ke dalam bancuhan)Minyak ni kena betul2 panas tau, kalau minyak kurang panas, nanti hasilnya cucur akan serap minyak.
Cucur udang versi lina pg ni sempoi, kalau nak letak bawang ke apa2 yang sesuai pun boleh.Saya guna apa yang ada dalam peti ais jer.
simple tapi rangup sungguh baq ang.Boleh cuba untuk minum petang- Satukan karot, daun bawang dan udang (boleh juga kalau nak masukkan apa2 sayur kegemaran)
- Masukkan tepung gandum, baking powder, serbuk pati ayam dan serbuk kunyit.
- Gaul rata sambil masukkan air sedikit demi sedikit.Adunan jangan terlalu cair/pekat.Perap selama 10min.
- Panaskan minyak untuk menggoreng dan ambil anggaran 2 sudu besar minyak panas dan masukkan ke dalam adunan.Gaul dengan cepat dan terus goreng adunan tersebut.
- Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
- Cucur udang rangup sedia dinikmati.Selamat Mencuba.