Resepi Kuih Seri Muka Bakar malina lina pg | serimuka pandan mudah dan sedap

By LiNa_Pg - Sunday, April 04, 2021

 Assalamualaikum...

Saya cuba untuk habiskan n3 yang tertangguh. Resepi kuih seri muka bakar ni permintaan dari follower youtube. Lama jugaklah baru saya berkesempatan untuk tunaikan. Memandangkan beliau merupakan follower tegar yang sentiasa komen dan like video² di youtube maka saya tunaikan pemintaan, lagi pun lama juga tak dapat merasa kuih serimuka versi bakar ni kalau nak beli memang tak adalah orang kat tepi² jalan melainkan tempahan khas.

Alhamdulillah hasil kuih seri muka pandam bakar ni menjadi dengan jayanya. Lapisan hijau lemak manis dan tekturnya menepati citarasa dan piawaian saya, kalau terlalu lembek nak potong pun tak cantik.

Untuk lapisan atas (bahagian hijau) saya bakar terus sahaja. Ada setengah resepi kukus terlebih dahulu kemudian bakar supaya garing sekadar untuk mendapat effect hangus di bahagian atas. Tetapi kalau bakar terus, lapisan atas lebih beraroma dan lebih sedap ala² kuih bengkang atau kuih bakar. Kiranya kuih serimuka bakar ni kombinasi kuih serimuka dan kuih bakar pandan... kan sedap tu hehee. Masa dok bakar mak aih harum satu rumah...

resepi kuih seri muka bakar malina lina pg, kuih serimuka bakar linapg,cara buat kuih seri muka pandan, kuih buka puasa, resepi kuih tradisional, serimuka, kuih talam ketan bakar,
Ini gambar dari hp sahaja..seperti sedia maklum,semua gambar (yang lama) sudah hilang sebab laptop rosak.

Resepi Kuih Seri Muka Bakar 
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (lapisan bawah)
2 cawan beras pulut
1 cawan santan cair (lina pg guna santan kotak)
1 cawan air
1 sudu besar minyak masak 
2 helai daun pandan

Bahan B (lapisan atas)
2 cawan santan pekat
4 biji telur gred b
1 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
1 cawan air pandan (7 helai daun pandan kisar)
2 sudu besar tepung kastad
garam
Perwarna hijau

Cara Cara 
  1. Pulut dicuci bersih hingga air basuhan menjadi jernih.Tips supaya kuih berasaskan pulut lambat basi.kemudian rendam selama 3jam.Kemudian toskan. 
  2. Satukan santan cair,air, garam dan minyak masak (kalau guna santan segar tidak perlu minyak masak)Kacau rata supaya garam larut.
  3. Sediakan loyang (lina pg guna loyang 8in) sapu sedikit minyak dan letak daun pandan.Kemudian masukkan beras pulut yang direndam tadi.
  4. Tuang adunan santan dan ratakan,pastikan pulut terendam dalam santan.Santan hendaklah melebihi sedikit sahaja dari paras pulut.
  5. Kukus pulut hingga masak.Anggaran 25min.
  6. Sementara itu,jom buat lapisan hijau.
  7. Satukan semua bahan b ke dalam blender, kisar halus.Kemudian tapiskan ke dalam periuk.
  8. Masak sebentar hingga naik wap.Ketepikan sebentar.
  9. Apabila pulut masak, gemburkan pulut.kemudian masukkan ke dalam loyang 8x8in alas dengan kertas baking.
  10. Tuang pulut dan tekan padat supaya pulut mampat.
  11. Tuang adunan hijau tadi ke atas pulut.Bakar suhu 180'C selama 50min atau hingga masak.
  12. Jika suka bahagian atas garing sedikit boleh tambah masa membakar.Biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum keluarkan dari loyang (anggaran 4 jam)
  13. Potong menggunakan pisau plastik untuk mendapatkan potongan yang kemas.
  14. Selamat mencuba.Untuk video tutorial klik paparan di bawah

  • Share:

You Might Also Like

0 comments