Resepi Udang Goreng Sos Tiram Chinese Style

By LiNa_Pg - Tuesday, April 27, 2021

 Assalamualaikum...

Hari ni saya nak kongsikan satu resepi yang sangat mudah dan cepat, sesuai untuk berbuka dan juga bersahur.Sebenarnya resepi udang masak sos tiram ni saya buat semasa chinese new year.Alhamdulillah resepi dan video udang goreng sos tiram ni memang challenge untuk Chinese Food di tiktok Alhamdulillah rezeki.

Bulan puasa ni macam buntu siket nak mengarang,agaknya sebab stress haha tak memang tangan handle media sosial.Tulah banyak sangat med sos..update sana update sini sampai adalah yang tercicir.

udang goreng sos tiram,udang masak sos tiram,resepi udang simple mudah dan sedap, lauk ringkas,idea bersahur simple,
nasib baiklah saya ada post ke IG,adalah jugak gambar Udang Goreng Sos Tiram.kalau tidak, terpaksalah post video jer ke blog ni

Udang Goreng Sos Tiram Chinese Style
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
15 ekor udang
serbuk pati ayam (atau sedikit garam)
serbuk kunyit
sedikit tepung jagung
minyak untuk menggoreng udang

bahan sos
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat (atau kicap mee)untuk warna lebih gelap
2-3 sudu besar air 
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gul merah/gula perang/gula pasir

bahan tumbuk
1 inci halia
5 ulas bawang putih

bahan lain 
2 sudu besar sos tiram
5 tangkai cili kering (rendam hingga lembut, potong 2-3inci)
daun bawang
karot
cili merah

Cara-Cara
  1. Udang dibersihkan perasakan dengan serbuk pati ayam, kunyit dan tepung jagung.Panaskan minyak goreng udang hingga masak.Angkat dan ketepikan.
  2. Satukan semua bahan sos ke dalam mangkuk dan kacau hingga semua larut dan sebati.Ketepikan.
  3. Tumbuk bawang putih dan halia.
  4. Keluarkan lebihan minyak menggoreng udang, tinggal sedikit untuk menumis.
  5. Tumis bahan tumbuk, cili kering, daun bawang (bahagian batang) tumis hingga garing.
  6. Masukkan sos tiram dan tumis hingga pecah minyak.Semasa menumis aroma sos tiram akan menyerlah dan menjadikan udang sos tiram lebih sedap.
  7. Masukkan udang yang telah digoreng tadi, kemudian masukkan campuran sos, karot dan daun bawang.Gaul sebati.Udang goreng sos tiram dah siap (chinese style lauknya agak kering dan bukan jenis berkuah) Selamat mencuba
  8. Untuk video tutorial sila klik paparan di bawah

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Simple2 tp sedap. Kat umah ni ada yh spesis x mkn udang, bukan apa kes mls nk ngopek kulit udang. Mama pula pesen mls nk kopek kulit udang masa siang tu

    ReplyDelete