Resepi Ikan Masak Asam malina lina pg

By LiNa_Pg - Friday, April 23, 2021

 Assalamualaikum...

Kembali bersiarana di pagi Jumaat yang mulia.Hari ni hujan turun mencurah-curah...Alhamdulillah sejukkkk jer.Okey hari ini nak share idea lauk untuk berbuka dan sesuai jugaklah untuk bersahur iaitu Ikan Masak Asam.Ikan masak asam ni rasanya seakan ikan masak cuka juga iaitu kombinasi masam,manis dan masin.Cuma agen pemasam ialah asam jawa.Ikan masak asam ni rasa masamnya tidaklah setajam cuka.Bagi mereka yang alah atau jenis perut tidak tahan dengan cuka, resepi ini adalah alternatifnya..sedap tau rasa pedas2 manja, masam manis bergabung sesuai sangatlah dengan lidah kita yang agak payau semasa berpuasa.Sebenarnya resepi ini saya buat dah la (bukan semasa bulan puasa) tapi macam biasalah lama betul tunggu Q untuk dibuat n3 dalam blog yang semakin sendu ni.

Ikan masak asam, resepi ikan masak asam,ikan masak asam utara style,lauk bersahur,resepi ikan mudah dan sedap,
Untuk ikan boleh guna apa-apa ikan seperti tenggiri, bawal,ikan merah dan sebagainya.Dalam gambar ni lina pg guna ikan jenahak

Resepi Ikan Masak Asam Mudah dan Sedap
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
4 keping ikan jenahak (ikan kembung pun boleh)
5 ulas bawang merah hiris
2 ulas bawang putih hiris
1/2 cm halia hiris
cili padi hiris (terpulang)
2 sudu besar sos tiram (atau secukupnya)
2 sudu kecil asam jawa (atau secukup masam)
1+1/2 cawan air (untuk kuah)
minyak
garam dan kunyit
sedikit gula

Hiasan
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato (belah)
cili padi

Cara-Cara
  1. Ikan dibersihkan dan perasakan dengan garam kunyit.Goreng hingga masak.Angkat dan ketepikan sebentar.
  2. Keluarkan lebihan minyak, tinggalkan sedikit sekadar untuk menumis.Kemudian tumis hirisan bawang merah, bawang putih,halia dan hirisan cili padi.Tumis hingga terbit bau dan sedikit layu sahaja.
  3. Kemudian masukkan asam jawa,sedikit gula,sos tiram.Kacau sebati hingga nampak pecah minyak.Masukkan air untuk kuah.
  4. Biarkan kuah mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng tadi.
  5. Masukkan bahan hiasan iaitu bawang merah,bawang putih dan cili padi (yang tidak dipotong)Biarkan sebentar.Bila semua dah mesra akhir sekali masukkan buah tomato dan tutup api.
  6. Ikan masak asam sedia untuk dihidang.Selamat mencuba.
Note lina pg:
Berbeza dengan ikan masak cuka, ikan masak asam tidak menggunakan biji sawi sebagai salah satu bahan tumisan.Tapi terpulang citarasa masing-masing jika suka boleh dimasukkan semasa menumis.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments