Jus Mangga Susu Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Wednesday, April 28, 2021

 Assalamualaikum...

Hari ini saya nak share resepi minuman berbuka yang simple dan sangat cepat disediakan.Kalau nak berbuka puasa 5min lagi pun masih sempat nak buat jus mangga ni.Sekarang ni memang tengah musim buah mangga, kalau tengok kat tepi jalan pun memang banyak sangat orang jual buah mangga ni.Nak beli harum manis dari Perlis nuu kadang asyik kena tipu jer, beli harga mahai sekali dapat buah masam dan tak elok.Lebih baik beli yang biasa jer kat tepi jalan.Lagi puas hati.Tiber membeli pulak pasal harum manis hahaha..

Okeylah tanpa buang masa , jom kita semak resepi simple ni

jus buah mangga, jus mangga susu, mango smoothie,mango milkshake, jus mangga untuk jualan, cara buah jus mangga mudah dan sedap,jus mangga susu malina lina pg,
Letak aiskrim dan potongan mangga kat atas tu bertambah-tambah padu...Cuba tau memang sedap

Jus Mangga Susu Untuk Berbuka Puasa
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1 biji buah mangga
250ml susu segar
2 sb susu pekat manis
1/2 cawan ais
Ais krim (jika suka)
Daun pudina (untuk hiasan)


Cara-Cara
  1. Kupas buah mangga dan dadu kecil (tinggal sedikit potongan buah mangga untuk hiasan)
  2. Satukan buah mangga,susu pekat, susu segar dan ais.Kisar hingga halus.
  3. Tuang ke dalam gelas.Skopkan ais krim dan letak potongan buah dan daun pudina.
  4. Jus buah mangga sedia dinikmati.Untuk video tutorial sila klik paparan di bawah

  • Share:

You Might Also Like

0 comments