Resepi Ayam Tandoori Mudah Dan Sedap | Tandoori Chicken Recipe

By LiNa_Pg - Thursday, April 01, 2021

 Assalamualaikum....

Sejak PKP tahun lepas sangat jarang kami keluar makan makan, kalau tak ada urusan penting memang duduk kat rumah ajer.Salah satu tempat yang agak kerap kami JJCM ialah Kapitan, kalau ke sana selalunya kami akan makan nasi beriani atau tandori nan.Sebab teringin lama, kita buat sendiri jer la tak susah sangat pun.Resepi tandori ni saya buat masa PKPB hujung tahun lepas.Masa ni memang tak boleg rentas daerah.Kat Penang ni tahu sajalah jalan siket tak sampai 3km dah masuk mukim lain,tak pasal2 kena saman lak.Tapi sekarang ni dah boleh rentas daerah, kalau teringin nak makan apa2 boleh jer keluar makan makan.

Almaklumlah blog sentiasa 'basi' resepi tahun 2020 baru hegeh2 nak update hahaa...adoi apa nak jadi dengan puan blog ni.Gambar kelabu asap sebab saya skrinshoot dari IG jer ni..seperti sedia maklum gambar hilang yer....Dah la banyak lagi resepi2 yang belum sempat update.Tak tahulah sempat habis ke tidak dengan puasa ni.Resepi untuk ramadan dah ready beberapa video dengan resepi2 lama yang tertangguh untuk tulis kat sini pun banyakkkkkk lagi.Korang doakan semoga saya sentiasa rajin update.

Ayam tandori ni kami makan dengan roti nan.Tapi nan tu saya beli kat Tesco jer..balik reheat kejap.Bolehlah nak makan, nak buat sendiri roti nan cam malas pulak...ada yang boleh tunjuk2 kita guna shortcut jer.Kalau tak ada jual, baru buat aagitchew..

Ayam tandori saya bakar guna pan grill jer kalau nak guna oven/air fryer pun boleh
Resepi Ayam Tandoori
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Perap)
  • 2 keping whole leg
  • Jus lemon (lina pg guna sebelah lemon)
  • Serbuk pati ayam
  • Garam
Cara-Cara
  1. Ayam dikelar supaya cepat masak.
  2. Perasakan dengan garam,serbuk pati ayam dan jus lemon.
  3. Perap selama 10 min.Sementara itu kita siapkan bahan B
Bahan B
  • 1 inci halia (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar yogurt (plain)
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • Serbuk pati ayam
  • Jus lemon
Cara-Cara
  1. Satukan kesemua bahan B dan gaul rata.Boleh juga tambah sedikit pewarna merah atau sirap supaya warna ayam tandoori lebih menarik.
  2. Lumurkan pes ke atas ayam dan perap selama 20min.
  3. Bakar ayam hingga masak.Lina pg bakar menggunakan pan gril sahaja, boleh juga bakar guna oven atau air fryer.Sementara tunggu ayam masak kita buat mint chutney atau chutney pudina
Bahan C
  • 3 biji cili hijau
  • 1/2 cawan daun ketumbar
  • 1 cawan daun pudina
  • 3 sudu besar yogurt
  • 2 ulas bawang putih
  • Jus lemon
  • Garam dan gula
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan kisar hingga halus.Seimbangkan rasa.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments