Resepi Susu Pisang Kurma Sedap Dan Mudah Sesuai Untuk Bersahur Dan Berbuka Puasa
Assalamualaikum...
Selamat menyambut ramadan mubarak buat semua pengunjung Teratak Mutiara Kasih.Semoga tahun ini memberi seribu keberkatan buat kita semua.Minta maaf sangat sangat sebab kelmarin tak sempat nak update sebarang resepi dalam blog.Biasalah orang banyak dapur ni dia kelam kabut tak tahu nak cekau yang mana satu.Nak post video kat youtube, nak update IG lagi nak edit video tiktok la...selesai semua yang tu kalut nak masak kat dapur hakiki pulak.Langsung terlupa dapur maya yang satu ni.Kalau korang nak idea fresh boleh follow IG saya @malina_lina_pg atau subscribe youtube Malina lina pg.Cumanya kalau fb saya agak kurang aktif adalah sekali sekala saya share video youtube ke sana.Lepas tu hilang dari radar hihihii
Okey berbalik kepada tajuk n3 hari ini iaitu susu pisang kurma memang sangat sesuai dijadikan minuman untuk berbuka atau bersahur.Bukan sahaja mudah tapi mengenyangkan dan juga berkhasiat.Kalau untuk berbuka boleh masukkan ketulan ais.Tetapi kalau nak minum semasa bersahur,tak perlu letak ais dan boleh masukkan sedikit air sebab jus ni agak pekat kalau tak ada ais.
Satu lagi jus susu kurma ni saya tak masukkan gula tambahan atau madu sebab bagi saya manis dari kurma dan pisang sudah memadai.Kalau korang suka lebih manis boleh letakkan sedikit gula.
- Potong pisang supaya mudah dikisar.
- Kurma dibuang biji.Kalau kurma jenis keras kena rendam sekejap dengan air panas supaya lembut dan mudah dikisar.Lina pg tak rendam cuma basuh dan buang biji sahaja.
- Masukkan pisang,kurma,ais ke dalam pengisar.Tuang susu segar.Kisar hingga halus.
- Tuang ke dalam gelas.Susu pisang kurma sedia dinikmati.
2 comments
Sedapnya! Minum segelas pun boleh kenyang ni Lina.
ReplyDeleteSelamat berpuasa Lina and family.
singgah jap..memang sedap susu pisang ni..
ReplyDelete