Friday, December 31, 2021

Roti Sosej Cheese Ala Corn Dog | idea sarapan ringkas

 Assalamualaikum...

Resepi penutup 2021, ingatkan tahun 2021 ni rajin sangat main masak-masak dan buat video, rupanya hanya 91 posting sahaja sepanjang 2021 haha.Malam-malam pun gigih buat posting juga sebab tak mau resepi 2021 dibawa ke tahun 2022, kira kasi habis terus.Lagipun resepi mudah sahaja sekadar isi masa lapang sepanjang cuti sekolah.

roti sosej cheese, cara buat roti gulung sosej, sosej cheese ala corn dog, idea sarapan simple,
makan panas-panas baru boleh main tarik-tarik.Kalau dah sejuk memang tak jadi dah

Roti Sosej Berkeju Ala Corn Dog
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/

Bahan-Bahan
Roti
sosej
telur (pukul sedikit)
cheese mozarella
minyak

cara-cara
  1. Potong/gunting bahagian tepi roti, kemudian canai roti hingga nipis.
  2. Masukkan bahagian tepi/kulit roti ke dalam pengisar kering/chopper dan kisar halus.Jadikan serbuk roti homemade.
  3. Didihkan air rebus/celur sekejap sosej.Angkat dan toskan.
  4. Potong sosej kepada 3 bahagian.Terpulang kreativiti.
  5. Sediakan roti yang telah siap dicanai dan letakkan sosej,biarkan kosong sedikit di bahagian tengan dan letakkan cheese.
  6. Gulung dengan kemas, sapu telur bahagian hujung roti supaua melekat kemudian sapu/celup ke dalam telur dan salut dengan serbuk roti.
  7. Goreng hingga kuning keemasan.Angkat dan hidangkan.
  8. Video tutorial boleh tonton di youtube malina lina pg





Tuesday, December 28, 2021

Resepi Lengkap Nasi Ala Kak Wok

 Assalamualaikum...

Rasa macam tak ada idea nak mengarang panjang.Resepi kita hari ini ialah nasi kak wok.Sebenarnya saya pernah kongsikan dalam blog TMK, cuma kali ni terajin siket rekod dan buat video.resepi nasi kak wok sedap dan gerenti jadi, nasi kak wook, nasi kak wok original, gulai nasi kak wok, ayam goreng nasi kak wok, sambal nasi kak wok,

Kalau buat nasi macam ni boleh makan dari lunch membawa ke malam.Senang kije sekali jer penat.Sambal belacan pulak kalau ada balance, boleh simpan dalam peti ais.

Resepi Nasi Ala Kak Wok
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
inspired by : kak rozmaliza omar

Bahan A (Nasi Putih)
Beras
Air (bergantung kepada jenis beras)
Daun Pandan

Cara
  1. Masak seperti nasi putih biasa

Bahan B (Gulai Ayam)
400g ayam (bahagian kaki,sayap, leher)
4 labu bawang besar merah (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
1 +1/2in halia (kisar)
1 +1/2in lengkuas (kisar)
3 sb rempah kari ayam
1 sb rempah kerutub
5 tangkai kacang panjang
Terung potong kecik2
Karot
200ml santan 
Garam
1 inci gula nisan
kiub ayam
2 asam keping
air
minyak

Cara-Cara
  1. Perap ayam bersama rempah kari dan rempah kerutuk.Ketepikan/perap sekejap.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi tak perlu garing sangat.
  3. Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi.Tumis sebentar dan tutup periuk untuk kecutkan ayam.
  4. Masukkan sedikit air supaya bahagian kaki ayam cepat lembut.Tutup periuk kembali hingga nampak bahagian kaki lembut sedikit.
  5. Masukkan santan (linapg guna santan kotak) kemudian tambah air (untuk kuah)
  6. Masukkan asam keping, gula nisan/nissan kerek, garam dan kiub ayam.
  7. Masukkan sayuran, terung, karot dan kacang panjang.Masak sekejap hingga sayuran lembut.
  8. Gulai Nasi kak wok dah siap.
Note:
Kuah gulai nasi kak wok sedikit cair dan tidak terlalu pekat seperti gulai ayam biasa dan tidak menggunakan rempah penumis (bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengih dan pelaga)

gulai nasi kak wok, gulai ayam nasi kak wok, resepi nasi kak wok,

Bahan C (Ayam Goreng)
350g ayam potong kecil
jus limau nipis 
garam
maggi cukuprasa
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk cili
cili merah,cili hijau, cili padi
bawang holland
minyak

Cara2nya
  1. Perasakan ayam dengan perahan jus limau nipis.TIPS supaya isi ayam juicy dan tidak kering bila siap digoreng.
  2. Kemudian perasakan dengan garam, serbuk kunyit, serbuk cili, maggi cukuprasa.
  3. Gaul rata dan perap selama 15min.
  4. Panaskan minyak (agak banyak kerana kita perlu goreng secara terendam)
  5. Masukkan ayam yang telah diperap tadi.Goreng hingga masak dan sedikit garing.
  6. Masukkan cili dan bawang holland.Kacau sebentar supaya bawang layu.Angkat dan tapiskan.
resepi nasi kak wok sedap dan gerenti jadi, nasi kak wook, nasi kak wok original, gulai nasi kak wok, ayam goreng nasi kak wok, sambal nasi kak wok,


Bahan D (sambal belacan nasi kak wok)
1 labu bawang holland (bakar)
3 ulas bawang putih (bakar)
1cm belacan (bakar)
1 biji cili merah
15 biji cili padi merah dan hijau 
50ml air asam jawa
2 biji jus limau nipis

Cara
  1. Satukan semua bahan dan kisar kasar sahaja.
  2. Seimbangkan rasa, tambah garam, gula dan perasa.
Note :Jika menggunakan limau kasturi, boleh kisar bersama kulit tapi JANGAN LUPA BUANG BIJI tau.Nanti sambal belacan rasa pahit.Atau boleh juga hiris kulit limau kasturi dan masukkan ke dalam sambal.Kalau guna limau nipis ambil jus sahaja.Jangan memandai kisar dengan kulit pulak

Tuesday, December 21, 2021

Resepi Tom Yam Ayam Ala Thai Simple Dan Sedap

 Assalamualaikum...

Hari ini saya kongsi satu resepi lauk harian ringkas iaitu tom yam ayam yang simple.Resepi tomyam ekspress campak-campak jer semua tunggu ayam empuk dah siap.Tambah jer telur dadar, siaplah hidangan serba ringkas.Kalau kat rumah saya, tomyam ni memang mendapat sambutan tak kiralah tomyam campur ke tomyam ayam ke dan yang peliknya budak sarah tu boleh pulak hirup kuah walaupun pedas2 siket.Selalunya kalau pedas siket terus kena rijek hahahaa..

resepi tom yam ayam simple, tomyam ayam sedap, cara buat tom yam ala thai, resepi ayam sedap, lauk harian mudah, resepi tom yam ayam malina lina pg,
Simple jer, saya terus masukkan sedikit sayuran.Jadilah 2in1.Lauk dan sayur hehe

Tom Yam Ayam Ala Thai
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
8 ketul ayam
8 cawan air
3 sb pes tomyam
1 sb pes cili
2 batang serai
3 hiris lengkuas
3 hiris halia
3 helai daun limau purut
1 biji tomato
2 labu bawang holland
1 sb sos ikan
Cendawan tiram
karot, bunga kobis, cili padi dan daun ketumbar
garam dan perasa (jika perlu)
jus limau nipis (jika perlu)

Cara-Cara
  1. Sediakan periuk saiz sederhana, masukkan ayam.
  2. Masukkan air (untuk kuah), pes tom yam, pes cili, serai, akar ketumbar, halia, lengkuas, sos ikan dan daun limau purut 
  3. Note: dalam video linapg masuk lambat siket daun limau purut sebab terlupa nak masukkan bersama bahan lain)
  4. Biarkan mendidih terlebih dahulu.Kemudian masukkan daun ketumbar (masukkan bahagian keras)
  5. Setelah ayam empuk, masukkan karot, bunga kobis dan cendawan tiram.Biarkan sekejap hingga sayuran lembut sedikit.
  6. Seimbangkan rasa tambah sedikit cukuprasa dan jus limau nipis.Masukkan buah tomato, bawang holland dan cili padi.Akhir sekali masukkan daun ketumbar, tutup api.Siap

Saturday, December 18, 2021

Resepi Ayam Black Pepper Berkuah Mudah dan Sedap | resepi ayam blackpepper malina lina pg

 Assalamualaikum....

Semenjak dua menjak ni terasa senyap sunyi dunia maya.IG sepi, Youtube pun krik..krik...krik je.Apa lagi blog yang suam-suam kuku ni.Agaknya ramai yang pergi bercuti atau balik kampung.Memandangkan resepi yang belum update dalam blog masih ada lagi, kita teruskan sahaja supaya cepat selesai sebelum masuk tahun baru.

Okey berbalik kepada resepi kita hari ini ialah ayam masak black pepper.Kalau setiap hari masak lauk apa, kadang buntu juga tak tahu nak reka apa dah.Ayam masak black pepper ni kalau saya buat versi goreng dan tak berkuah, budak seketoi tu tak makan pulak.Si kakak dan abang dah besar, senang cerita semua pun makan, dak sarah ni lain maceim siket.Tapi bila saya buat versi berkuah dan tak goreng macam ni dan ala-ala masak kicap kegemaran dia tu, eh berselera pulak dia makan.Hurmm kalau macam ni senang keje mama, tak payah susah nak goreng bagai dulu sebelum buat masak lada hitam.Lagi cepat siap.

resepi ayam black pepper, cara buat ayam masak black pepper, ayam blackpepper, resepi ayam masak black pepper malina lina pg, resepi ayam, idea resepi ayam berkuah,
Buat berkuah dan pekat macam ni, berselera pula makan

Ayam Masak Black Pepper
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Perap)
10-12 ketul ayam
jus limau nipis
Sedikit garam
Sedikit gula merah
3 sudu besar kicap manis
3 sb sos tiram
3 sudu besar sos black pepper
1 sk kicap mee/kicap pekat 

Bahan B (tumbuk)
1 sb lada hitam (boleh tambah/kurang)
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah

Bahan C
1 sb rata tepung jagung
1/2 cawan air

Bahan D 
minyak
cili padi
cili merah
cili hijau
tomato
air (untuk kuah)

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga garing.
  2. Masukkan bahan A (ayam yang diperap) dan gaul rata.Tutup periuk sekejap untuk kecutkan ayam.
  3. Masukkan air untuk kuah (lina pg masukkan anggaran 1 +1/2 cawan air) kacau sekejap dan tutup periuk, biarkan ayam empuk.
  4. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (bahan c) reneh sekejap hingga kuah agak pekat.
  5. Seimbangkan rasa, tambah garam/perasa (jika perlu) kemudian masukkan cili padi, cili merah, tomato dan bawang holland.Kacau sekejap hingga bawang sedikit layu.
  6. Tutup api. Ayam masak black pepper sedia dihidang.
  7. Untuk video tutorial klik butang PLAY paparan di bawah

Monday, December 13, 2021

Siakap Stim Limau Ala Thai Resepi Simple Dan Sedap Cuma Tambah 1 Bahan Rahsia Confirm Padu

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, dah mula cuti sekolah ni takdelah kalut sangat kan?Masak dan aktiviti harian pun santai sahaja.Bagi mereka yang membawa anak-anak dan keluarga bercuti, saya ucapkan selamat bercuti dan bagi mereka yang tak ke mana-mana dan tercari-cari idea dan resepi untuk hidangan keluarga tersayang, apa kata cuba buat sendiri siakap stim limau ni rasanya sedap setanding hidangan restoran Thai.

Sebelum berkongsi resepi siakap stim limau ni saya nak bercerita siket, sebelum ini dah banyak resepi yang saya cuba tapi rasanya macam ada sedikit 'lack' macam 'tak sampai' tak sama macam makan kat restoran Thai.Sedap tu sedap la tapi kureng umphhh.Rupanya ada bahan rahsia yang menjadikan kuah/sos siakap stim tu PADU...iaitu AIR JERUK BAWANG PUTIH.Bila tambah sedikit sahaja air jeruk bawang putih ni, memang sedap dia lain macam.Sebiji macam restoran Thai.Selama ini dok buat memang sedap tapi ada rasa sedikit hambar...rupanya itu rahsianya.Tips ni saya dapat dari tiktok.Resepi yang saya share kat sini ialah resepi saya sendiri, tipsnya dari tiktok...terima kasih pada tuan punya tips

resepi siakap stim limau, cara masak siakap stim limau ala thai, resepi ikan siakap, ikan siakap nak masak apa, siakap stim recipe, siakap stim mudah dan sedap, siakap stim simple,
Bila buat siakap stim macam ni memang laku keras, selain siakap stim asam jawa..ini juga kegemaran kami sekeluarga

Resepi Siakap Stim Limau Ala Thai
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A
1 ekor ikan siakap (cuci dan kelar)
Sedikit garam dan jus limau nipis
2 batang serai
Hirisan halia
akar ketumbar

Bahan B (sos)
2 sudu besar stok ayam
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar air jeruk bawang putih
1 biji cili merah/cili padi merah
7 biji cili padi hijau (terpulang citarasa)
1/2 sudu besar gula kabung Thai
10 biji bawang putih
daun ketumbar

Hiasan
Salad
Daun ketumbar
Hirisan limau nipis

Cara-Cara
  1. Ikan siakap dicuci bersih, kelar dan lap dengan tisu hingga kering.
  2. Perah jus limau nipis dan perasakan dengan sedikit garam.Ratakan jus limau dan garam ke keseluruhan ikan.
  3. Gunakan bekas tahan panas, alas bahagian bawah dengan batang serai atau chopstick.Kemudian letakkan ikan atas batang serai.Tujuan supaya ada pengaliran udara di bahagian bawah ikan dan ikan akan masak dengan sekata.
  4. Masukkan serai, akar ketumbar dan halia ke dalam bahagian perut ikan.Sisip halia di bahagian ikan yang dikelar.
  5. Kukus selama 25min (hingga masak)Pastikan air pengukus telah mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus.
  6. Sementara itu, jom kita sedikan sos untuk siakap stim limau.
  7. Satukan semua bahan B ke dalam mangkuk dan seimbangkan rasa.Kalau ikut sukatan yang lina pg berikan tak perlu tambah apa2 dah.Rasanya sudah seimbang.Tak perlu garam/aji.
  8. Setelah ikan siap dikukus, keluarkan air dari bekas ikan dan keluarkan semua bahan dalam perut ikan.
  9. Tuang sos yang disediakan tadi ke atas ikan dan sambung kukus selama 1 min sahaja.Tujuan supaya bawang putih layu sedikit dan segala sos meresap masuk ke dalam ikan.
  10. Kemudian letak hiasan daun salad, hirisan limau nipis dan daun ketumbar.Siakap Stim Limau Ala Thai sedia dihidang.Selamat Mencuba

Saturday, December 11, 2021

Cara Buat Garlic Bread Mudah Sedap Cicah Sup Cendawan

 Assalamualaikum...

Nak makan sarapan yang ringkas atau light dunner?garlic bread ni memang sesuai sangat.Mushroom soup tu terpulang la nak guna yang tin jer atau buat sendiri pun boleh.Kalau teringin nak buat sendiri boleh tengok resepi MUSHROOM SOUP versi linapg.

garlic bread, cara buat garlic bread,resepi garlic bread, garlic bread malina lina pg,
untuk roti kalau nak guna roti Perancis pun boleh, tapi saya cuma guna roti biasa jer.

Garlic Bread Simple
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1 labu bawang putih (boleh kurang/tambah)
Butter secukupnya
Daun ketumbar/parsley
Sedikit cili flakes
Roti secukupnya

Cara-Cara
  1. Potong sedikit bahagian atas bawang putih.Sapu dengan marjerin atau kalau nak guna minyak pun boleh tapi kena letak sedikit garam.
  2. Balut dengan aluminium foil dan bakar dalam air fryer (AF) suhu 180'c selama 15min.Kalau suka tektur bawang lembek boleh tambah tempoh membakar.
  3. Keluarkan bawang dari AF dan cincang/dadu 
  4. Masukkan butter secukupnya, cili flakes dan daun ketumbar.Gaul rata.
  5. Sapukan ke atas roti.Potong roti kepada 2 bahagian.
  6. Masukkan potongan roti ke dalam AF dan bakar hingga garing (suhu 160'c selama 8min) lepas 5min kena cek yan sebab takut hangus hahaa.
  7. Garlic Bread sedia dihidang bersama sup cendawan/mushroom soup.Selamat mencuba.

Friday, December 10, 2021

Resepi Singgang Sotong Mudah Dan Sedap

 Assalamualaikum...

Rasa macam buntu nak mengarang...Kita buat n3 ringkas sajalah.Resepi hari ini ialah singgang sotong, selalunya kat rumah ni kalau beli sotong asyik ulang masak serai atau sambal tumis jer.Pi mai ulang yang sama jer.Kali ni buat lain siket, kalau nak buat style asam rebus pun boleh.Lebur jer semua bahan tumbuk.Untuk versi kali ini saya tumis hingga garing terlebih dahulu.Terpulang citarasa masing-masing nak rebus atau tumis.Janji seimbang rasa masam, pedas, masin tu sedaplah dia.

sotong masak singgang, resepi sotong, singgang sotong, sotong nak masak apa, selain sambal tumis sotong masak apa sedap, pindang sotong, singgang serani,
Simple jer resepinya, kalau nak lagi sedap tambah goreng ikan masin makan dengan nasi panas..memang mantap

Resepi Sotong Masak Singgang
By Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
bahan tumbuk
2 biji cili merah
1 biji cili padi (boleh tambah jika suka lebih pedas)
1 cm halia
1 cm belacan (optional)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup (kalau tak ada gantikan dengan serbuk kunyit)


bahan lain
400g sotong
2 asam keping
1 batang serai ketuk/titik
tomato
cili padi
air
minyak
garam dan perasa

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk bersama serai hingga sedikit garing.
  2. Masukkan air , garam, perasa dan asam keping.Biarkan kuah mendidih terlebih dahulu.
  3. Pastikan kuah dah seimbang, masukkan sotong.Masak sekejap sahaja supaya sotong tidak liat.
  4. Masukkan cili padi dan buah tomato.Tutup api.Sotong masak singgang dah siap.

Thursday, December 9, 2021

Puding Roti Bakar Simple

Assalamualaikum....

Berderet pula n3 menggunakan AIR FRYER (AF) walaupun hakikatnya resepi ini dibuat jarak agak jauh.Ini gara-gara ada resepi sponsor yang potong Q n3 dalam blog.Alang-alang AF masih ada kat tepi dinding, kita guna jer.Bila dah masuk kotak, memang tak guna dah hahaa.

Kat rumah ni kalau beli roti dan tak buat apa-apa selalunya memang tak habis makan.Jenuh fikir nak habiskan roti, itu yang macam-macm idea keluar nak habiskan roti.Kali ini saya buat puding roti bakar pulak.Ilham dari baby bread pudding kak fida.Makan dengan aiskrim sebab malas nak buat kuah kastard hehe.

resepi puding roti bakar, roti nak expired nak buat apa, bengkang roti, roti bakar sedap,
Nak makan dengan aiskrim macam ni pun boleh
resepi puding roti bakar, roti nak expired nak buat apa, bengkang roti, roti bakar sedap,
Makan panas-panas gini pun boleh

Puding Roti Bakar Mudah dan Sedap

by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/

Bahan-Bahan

2 keping roti

100ml susu cair

2 biji telur

3 sb gula

2 sb tepung jagung

esen vanilla (dalam video saya tak letak)

marjerin

coklat chips, ceri, sultana (hiasan)


Cara-Cara

  1. Potong roti kepada bentuk kiub 1x1cm 
  2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, satukan telur,susu cair,gula dan tepung jagung.Kacau sebati.
  3. Sapukan bekas tahan panas/remekin/aluminium cup dengan sedikit marjerin.
  4. Masukkan roti yang telah dipotong tadi, tuang adunan yang dibancuh tadi.
  5. Tekan sedikit roti supaya susu meresap.Tabur coklat chip/ceri/sultana.
  6. Susun ke dalam air fryer dan bakar pada suhu 160'c selama 10min.Suhu dan tempoh membakar bergantung kepada AF masing-masing.
  7. Note boleh juga bakar dalam oven.
  8. Setelah puding masak, biar sejuk sedikit dan letakkan aiskrim.Jika ingin makan terus/tanpa aiskrim boleh terus hidang semasa puding masih panas.Selamat mencuba







Tuesday, December 7, 2021

Resepi Kuih Bakar Pandan Lembut Mudah Dan Sedap Tanpa Oven

 Assalamualaikum...

Al kisah terajin buat kuih bengkang pandan atau nama lain kuih bakar pandan ni sebabnya banyak sangat daun pandan dalam pasu.Kalau tak petik hurmm pakai kering gitu jer la.Walaupun tanam cuma sepasu tapi daunnya gemuk-gemuk juga.Kalau buat agar-agar santan cukup takat sehelai jer la dah wangi dah.

Kebetulan masa ini tengah rajin masak2 guna air fryer, terus terlintas dalam fikiran nak buat kuih bakar guna AF jer kalau bakar dalam oven kira dah biasa sangat, kita cuba versi lain pulak.Resepi kuih bakar pandan ni sangat sesuai bagi mereka yang tidak ada oven.Kalau suka yang versi garing-garing dan berkerak di bahagian bawah guna trick yang saya bagi ni.Bakar guna acuan kuih bakar kemboja.Bakar atas dapur gas terlebih dahulu hingga masak/hampir masak.Kemudian garingkan permukaan dengan air fryer.

Sebenarnya kuih bakar ni saya buat 2 loyang, 1/2 adunan saya bakar terus dalam AF dan 1/2 adunan lagi saya bakar atas dapur gas terlebih dahulu.Sedang elok yang dibakar dalam AF masak, saya sambung garingkan yang dibakar guna dapur gas tadi.Lebih kurang serentak la masak 2 bekas ni.Sebelum ni saya pernah masukkan kesemua adunan  dan bakar dalam AF, mak aih lama nau nak masak sebab kuih agak tebal.Saya buat lagi sekali dan dan bakar dalam 2 loyang.Alhamdulillah menjadi dengan jayanya dan tektur kuih pun sangat lembut dan sedap.Kalau mengikut citarasa saya yang hangus-hangus dan yang dibakar atas dapur gas lebih sedap dan lembut mungkin ianya dibakar api kecil dan masak secara perlahan.

resepi kuih bakar pandan, kuih bakar pandan sukatan cawan, kuih bengkang malina lina pg, kuih bakar guna air fryer, kuih bengkang sedap dan mudah, kuih tradisional,
Buat satu adunan tapi dapat 2 bekas.berbaloi-baloi

Kuih Bakar Pandan Lembut Sukatan Cawan
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
5 helai daun pandan
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 sb tepung kastard
1 sb marjerin
2 biji telur (gred b)
3/4 cawan gula
1 cawan santan pekat
1 cawan susu cair (atau air)
sedikit pewarna hijau
marjerin* (untuk sapu acuan)

Cara-Cara
  1. Gunting daun pandan ke dalam pengisar dan masukkan airKisar hingga halus dan tapiskan.Jadikan air pandan sebanyak 1 cawan.Kalau kurang boleh tambah sedikit air.
  2. Masukkan air pandan tadi ke dalam pengisar dan masukkan ke semua bahan lain (kecuali marjerin*).Kisar hingga halus
  3. Sediakan loyang saiz 6in alas dengan baking paper atau sapu sedikit minyak.Tuang separuh adunan tadi.
  4. Bakar dalam AF suhu 160'c selama 30min (hingga masak)
  5. Sementara itu sediakan acuan kuih bakar kemboja.Sapu acuan dengan marjerin/atau minyak dan panaskan acuan hingga berasap.Guna api besar.
  6. Tuang baki adunan tadi (masa ni boleh dengar desiran kuat)Kemudian tutup adunan kuih tadi dan bakar guna api kecil sahaja hingga kuih masak (anggaran 35min) bergantung kepada ketebalan acuan masing-masing
  7. Setelah kuih yang dibakar dalam AF dan masak, keluarkan dari AF dan masukkan kuih yang dibakar menggunakan acuan kuih bakar kemboja pulak.Sambung bakar hingga tahap kegaringan permukaan yang disukai.Lina pg bakar selama 10min suhu 160'C.
  8. Setelah kuih masak, biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
  9. Kuih bakar pandan sedia dinikmati.Selamat mencuba

Monday, December 6, 2021

Roti Nak Expired ? Jom Buat Roti Gula Rangup

 Assalamualaikum...

Ada roti yang nak expired?jangan buang tau...roti mahal sekarang ni hahaa.Jom kita buat satu resepi menggunakan roti yang simple je iaitu roti gula rangup.Kalau tak ada oven pun tak apa kita bakar guna air fryer sahaja.Kalau nak guna oven pun boleh.Sama jer asalkan roti tu garing

roti gula rangup, roti bakar marjerin, roti rangup, resepi roti gula, roti nak expired nak buat apa, roti rangup,
sedap tau..rangup-rangup.Kalau buat banyak, simpan dalam bekas kedap udara

Roti Gula Rangup
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
Roti
Marjerin (lina pg guna vivo golden butteri)
Gula

Cara-Cara
  1. Potong roti mengikut kreativiti (lina pg potong 4)
  2. Sapu dengan marjerin.
  3. Tekap/celup/taburkan gula.
  4. Susun dalam air fryer, JANGAN bertindan.Bakar hingga garing mengikut suhu AF masing-masing (lina pg bakar duhu 170'c selama 7min)
  5. Roti gula rangup sedia dinikmati.

Saturday, December 4, 2021

Tips Cuci Lala Untuk Hilangkan Pasir Dan Selut | Cara Simpan Lala Dalam Peti Ais

 Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu semua, kebiasaannya hujung minggu begini, kaum ibu akan ke merket (market) atau pasar untuk membeli barang-barang basah.Kalau kat rumah kami selalunya stok bahan basah dibeli untuk seminggu.Kalau kebetulan ada jual lala/kepah selalunya en.husband akan beli sebab kami memang suka makan lala/kepah ini.

Sesuatu yang kami kurang gemar bila menikmati lala atau makanan laut yang bercengkerang ialah tiba-tiba dapat seperaissss keluar selut.Alamak memang potong mood makan kan?Ok hari ini saya nak kongsikan satu tips untuk bersihkan lala dari pasir selut dan sebagainya.Tips ini sesuai untuk remis, kepah dan apa sahaja yang bercengkerang.Tips cuci lala ini saya belajar dari TikTok..terima kasih.Cara simpan lala hasil eksperimen saya sendiri.

cara cuci lala, cara hilangkan pasir dan selut lala, cuci kepah, cuci kerang, cara simpan lala, cara simpan makanan laut,


Tips Cuci Dan Simpan Lala

By Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/

https://youtu.be/7qpYkhHZ5ME

  1. Mula-mula sekali bersihkan lala dengan air paip.Basuh sampai air jernih.
  2. Masukkan air ke dalam bekas berisi lala.Kemudian guntingkan cili kering pedas.Atau boleh juga guna cili padi merah.Pastikan cili yang PEDAS.Kalau tak pedas, memang tak menjadi.
  3. Rendam selama 30min atau bila dah nampak lala terbuka/ternganga.Bila dah ternganga kepedasan tu lala dah keluarkan/muntahkan segala pasir/selut yang ada dalam cengkerang.
  4. Kemudian bolehlah cuci seperti biasa.Toskan lala.
  5. Tips terakhir cara simpan lala supaya tak mati ialah masukkan ke dalam bekas tupperware bertutup dan simpan di bahagian chiller sahaja.JANGAN masukkan ke dalam peti sejuk beku/freezer nanti lala mati dan tak terbuka bila dimasak nanti.Selamat mencuba.
  6. Video tutorial boleh klik butang PLAY paparan di bawah.


Thursday, December 2, 2021

Putu Halba Kelantan Resepi Mudah Dan Sedap | kuih musim banjir

 Assalamualaikum...

Dah masuk musim tengkujuh ni sesuai sangatlah dengan resepi kita hari ini iaitu kuih putu halba yang sinonimnya muncul pada musim banjir atau musim bah.Kuih tradisional negeri Kelantan ini mempunya pelbagai nama iaitu putu halba ubi kayu, putu halba kelantan, kuih dalam kain, ade bare dale kain (ada barang dalam kain), kuih musim bah atau kuih musim banjir.Mungkin ada lagi nama-nama gelaran yang lain di luar pengetahuan saya.

Putu halba ubi kayu sudah tentulah bahan utamanya ubi kayu.Kebiasaannya penjual akan menggunakan ubi kayu kuning kerana warna kuih akan canti setelah siap dikukus.Kenapa kuih putu halba cuma ada pada musim banjir?salah satu sebabnya ialah ubi kayu paling banyak dan mudah didapati pada musim banjir dan kuih ini dapat memanaskan badan kerana diletakkan halba dalam kuih.Musim hujan selalunya kita akan cepat rasa lapar.Bila nampak orang berjualan di tepi jalan memang akan beli.Makan panas-panas lagilah sedap.

Kuih putu halba ini saya buat dah agak lama, masa PKP lagi.Kebetulan masa tu ada stok ubi kayu, bila teringin nak makan kita buat sendiri jer la.Tapi sekarang ni dah boleh rentas negeri kalau kebetulan balik kampung memang saya pun akan beli jer hahaha..Sebenarnya sebelum ini saya pernah buat kuih putu halba ni beberapa kali tapi rasanya kurang menepati citarasa saya sebab kuihnya agak keras bila dah sejuk sedikit.Kalau tak silap saya tahun lepas saya pernah buat dan saya juga ada rekod video.Memandangkan hasilnya tidak memuaskan hati, saya tak jadi publish video tersebut, hasilnya cuma saya post ke IG dan FB sahaja.Masa tu saya kukus guna acuan, hasilnya memang cantik dan agak menarik tapi rasanya kurang sedap.Oleh kerana tidak berpuas hati saya R&D dan buat lagi hingga saya betul-betul puas hati dengan rasa dan tektur kuih.Alhamdulillah sedap dan kuih pun tetap lembut walaupun dah sejuk.

Tips penting untuk dapatkan hasil kuih putu halba yang lembut ialah, wajib perah ubi kayu hingga betul-betul kering.Pendek kata kita makan hampas sahaja dan tektur ubi kayu parut kena berderai dan ringan.Kalau masih lembab dan agak berat lagi hasilnya memang akan keras lepas kuih sejuk.

Halba pula kena rendam supaya lembut, sebelum ini saya cuma basih dan masukkan terus ke dalam adunan, mak aih bila tergigit time makan keras berdenting hahaa...Belajar dari pengalaman betul ni.

Seterusnya halia dan serai wajib masukkan dalam kuih ni kerana dua bahan ini akan elakkan kita dari sebu/kembung bila makan ubi kayu.2 bahan ini kena perah juga dan masukkan 'hampas'nya sahaja ke dalam adunan.Kemudian air perasan serai dan halia tadi jangan buang tau, kita masukkan ke dalam air pengukus..nanti wangi jer masa kukus kuih putu halba ni.

Kain untuk balut kuih (semasa kukus) kena basahkan terlebih dahulu kemudian perah.Dalam video yang saya sediakan kain tu baru dibeli jadi tak begitu serap air..

kuih putu halba, putu halba kelantan, putu halba, kuih tradisional, kuih kelantan, kuih dalam kain, kuih musim banjir, resepi putu halba, putu halba malina lina pg, kuih berasaskan ubi kayu, ubi kayu, kuih,
putu halba dimakan bersama kelapa parut...sedap tau

Resepi Kuih Putu Halba Ubi Kayu
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
500g ubi kayu siap diparut
1/2 inci halia
1 batang serai 
1/2 sudu besar halba
1 keping gula nisan 
sedikit gula
kelapa parut + garam

Cara-Cara
  1. Perah ubi kayu hingga betul-betul kering.Kemudian masukkan ke dalam mangkuk
  2. Tumbuk halia dan serai.Kemudian perah hingga betul-betul kering.Simpan air perahan halia dan serai.Kemudian masukkan serai dan halia (yang diperah tadi) ke dalam mangkuk berisi ubi kayu.
  3. Kemudian relaikan ubi kayu..pastikan tekturnya berderai.Guna tapis/sejat untuk dapatkan tektur ubi yang halus.Ketepikan sebentar.
  4. Rendam halba ke bersama air panas supaya halba lembut/kembang.Lebih kurang 15min.
  5. Sementara itu, racik/sagat gula nisan dan campur sedikit gula pasir.Ketepikan sebentar
  6. Apabila halba dah lembut, lap dengan tisu dapur hingga kering.Kemudian masukkan ke dalam bekas berisi ubi kayu tadi.Gaul sebati.
  7. Sementara itu panaskan air pengukus.JANGAN LUPA masukkan air halia dan serai yang kita perah tadi ke dalam air pengukus.
  8. Untuk membentuk kuih putu halba lina pg menggunakan mangkuk sos dan juga penutup basuh tangan aluminium (boleh juga guna penutup teko)
  9. Masukkan campuran ubi kayu tadi ke dalam mangkuk sos.Isi separuh sahaja, kemudian letakkan inti gula nisan di bahagian tengah.Kemudian letak campuran ubi hingga penuh bekas.
  10. Tutup/balut dengan tuala.Sebelum itu jangan lupa basahkan tuala bersih dan perah.Telangkupkan adunan ke dalam pengukus dan tutup dengan kain.Refer video di youtube malina lina pg
  11. Kukus selama 25min hingga masak.Guna api sederhana sahaja.
  12. Campurkan kelapa parut dengan sedikit garam dan kukus sebentar.
  13. Putu halba ubi kayu sedia dihidang bersama kelapa parut.Selamat mencuba.
  14. Untuk menonton video tutorial sila klik butang PLAY paparan berikut

Wednesday, December 1, 2021

Cara Buat Ikan Lengat Utara

 Assalamualaikum..

Pejam celik dah masuk bulan Disember....baru tersedar tahun 2021 dah hampir ke penghujung.Terus semangat update blog yang sudah terbiar hampir 3 minggu.Hari ini saya nak kongsikan satu lauk ringkas yang agak popular di utara tanah air iaitu ikan lengat.Kalau di Kelantan ada ikan rebus/ikan kukus iaitu ikan direbus dengan asam keping dan garam (juga sedikit nisan)tapi di utara ada ikan lengat iaitu iaitu rebus bersama asam jawa.Rasanya seakan sama masam-masam dan masin.Kalau goreng garing-garing, tulang pun boleh makan.

Walaupun namanya ikan lengat tapi tidak menggunakan pelengat (pengukus) cuma direbus sekejap supaya ikan masak.Bolehlah kalau dinamakan ikan rebus asam jawa.Ada satu lagi ikan yang seakan sama iaitu ikan jeruk.Ikan jeruk ialah ikan yang diletakkan asam jawa dan garam kemudian di perap (lagi lama lagi sedap)Bila nak makan cuma goreng sahaja.Ikan jeruk ini saya tak pernah buat, ini versi kakak ipar saya di Langkawi.

ikan lengat, resepi ikan lengat utara, iakan rebus asam jawa, ikan slengat, ikan jeruk, ikan lengat malina lina pg,

Ikan lengat memang pesen laguni nampak macam hangus, tapi tak hangus sebenarny.Itu salutan asam jawa...bilaa makan dengan nasi panas-panas memang berselera sungguh ni.Resepi ikan lengat ni saya ada buat video youtube juga dah lamaaaaa post di platform sana dari bulan Ogos lagi.Tapi tu la macam biasa kemalasan nak menulis.Ini pun kira pulun sebab takut tak sempat habis bahan nak update memandanglan dah hujung tahun.

Ikan Lengat Utara 
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
10 ekor ikan (guna ikan yang nipis-nipis jer)
1 genggam asam jawa 
200ml air 
2 sudu besar Garam 
Aji

Bahan Lain
Minyak
Hirisan bawang (optional)
cili (optional)
limau kasturi (optional)

Cara-Cara
  1. Bancuh asam jawa dengan air dan keluarkan biji asam jawa.
  2. Perasakan ikan dengan garam kemudian siram dengan air asam jawa.Pastikan keseluruhan ikan terperap dengan asam jawa.Boleh juga letak sedikit aji/perasa.
  3. Susun ikan dalam periuk, dan tuang baki air asam jawa.
  4. Rebus ikan sekejap sahaja (hingga ikan masak)jangan rebus terlalu lama, nanti ikan lembek dan tak cantik bila digoreng.
  5. Tips bila mata ikan nampak putih tersembul itu bermakna ikan dah masak.Terus tutup api.
  6. Ikan yang telah siap direbus kalau dibiarkan lagi lama lagi sedap.Tapi kalau nak cepat, boleh terus goreng.
  7. Panaskan minyak, dan goreng ikan hingga garing.Kena pandai kawal api jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar (nanti ikan cepat hangus)
  8. Setelah ikan garing angkat dan ketepikan.
  9. Kemudian bolehlah goreng bawang dan cili.Ini optional sahaja.Ikan lengat memang dah cukup sedap dimakan tanpa bawang dan cili.Selamat mencuba

Wednesday, November 3, 2021

Resepi Biskut Coklat Chip Rangup Dan Sedap (tak perlu perap) | brown sugar butter cookies

 Assalamualaikum...

Hari ini saya nak berkongsi satu lagi biskut kegemaran ramai iaitu brown sugar butter cookies atau biskut coklat chip.Resepi biskut chocolate chip ini sangat mudah dan tidak menggunakan mixer.Paling best setelah siap diadun, doh tak perlu disimpan atau diperap dalam peti ais.Siap adun, bentukkan kemudian terus bakar.Mudah kan?dan sangat menjimatkan masa.Kebiasaannya resepi coklat chip, setelah diadun kena simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya selama 1-2jam supaya adunan stabil dan rangup.Tips paling mudah ialah saya menggunakan vivo golden butteri sebagai bahan utama dalam pembuatan biskut coklat chip.Kaedah penyimpanan pun senang, cuma letak kat suhu bilik sahaja (tak payah simpan dalam peti ais) Bila nak buat biskut, kek dan sebagainya saya cuma ceduk dan timbang mengikut kuantiti yang diperlukan dan tak payah tunggu butter lembut kerana ia sememangnya berada dalam suhu bilik.Setelah siap diadun, adunan tak perlu perap, boleh terus bakar kerana vivo golden butteri sememangnya sangat stabil pada suhu bilik.Dan hasilnya biskut yang siap dibakar menjadi wangi, rangup dan sangat sedap.

resepi biskut chocolate chip, resepi biskut choc chip ala famous amos, resepi biskut famous amos sedap dan rangup, cara buat biskut coklat chip rangup anti gagal, biskut raya, kuih raya mudah dan sedap, biskut coklat chip sukatan cawan, kuih raya sukatan cawan, biskut raya viral,
Brown sugar butter cookies ni akan menjadi lebih sedap selepas seharian.tapi kena simpan dalam bekas kedap udara la.Rasanya berbeza makan yang baru siap dibakar dan yang selepas sehari.
resepi biskut chocolate chip, resepi biskut choc chip ala famous amos, resepi biskut famous amos sedap dan rangup, cara buat biskut coklat chip rangup anti gagal, biskut raya, kuih raya mudah dan sedap, biskut coklat chip sukatan cawan, kuih raya sukatan cawan, biskut raya viral,
Bila makan biskut coklat chip ni tergigit pulak badam cincang memang sedap tau.Buat kudap-kudap sambil menonton tv bersama keluarga adalah satu kenikmatan

resepi biskut chocolate chip, resepi biskut choc chip ala famous amos, resepi biskut famous amos sedap dan rangup, cara buat biskut coklat chip rangup anti gagal, biskut raya, kuih raya mudah dan sedap, biskut coklat chip sukatan cawan, kuih raya sukatan cawan, biskut raya viral,
Kawan- kawan boleh cuba vivo golden butteri ni memang lain dari butter yang biasa saya gunakan.Boleh cari di kedai barangan kek yang berhampiran dan ada juga dijual di shopee.
Baca maklumatan lanjut mengenai Vivo olden Butteri di post


Atau boleh juga hubungi no yang tertera

Resepi Biskut Coklat Chip Mudah dan Sedap
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
resepi provided by Vivo Fuji Oil Asia 
Bahan-Bahan
250g vivo golden butteri
200g gula perang
50g telur (1 biji gred b)
5g esen vanilla (1 sudu kecil)
320g tepung gandum - ayak
60g tepung jagung - ayak
5g baking powder (1 sudu kecil) - ayak
2g baking soda (1/2 sudu kecil) - ayak
60g coklat chip
100g badam cincang (bakar)

Cara-Cara
  1. Satukan vivo golden butteri dan gula perang.Gaul hingga sebati dan nampak 'creamy' (tak perlu kembang) Guna spatula/senduk kayu sahaja.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla, gaul sekejap.
  3. Masukkan campuran tepung (bahan yang diayak) uli/adun hingga menjadi doh.
  4. Masukkan coklat chip dan badam cincang.Gaul rata.
  5. Sediakan loyang/tray yang dialas dengan baking paper dan sapu dengan sedikit butter.
  6. Skop sedikit adunan dan letakkan ke dalam tray.Jarakkan sedikit kerana biskut akan kembang.
  7. Bakar pada suhu 160'c selama 35min api atas dan bawah hingga masak (suhu dan tempoh membakar bergantung kepada saiz, jenis oven dan ketebalan biskut)
  8. Setelah biskut masak, alihkan ke redai penyejut.Apabila biskut sejuk sepenuhnya, boleh simpan dalam  bekas kedap  udara.Selamat Mencuba
  9. Untuk menonton video tutorial, klik butang PLAY paparan di bawah 

Monday, November 1, 2021

Cara Buat Biskut Samperit Klasik Gebu Dan Cair Dalam Mulut Tips Biskut Tidak kembang/Bunga Tidak Jatuh

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, tak lama lagi Deepavali akan tiba, sudah tentu rakan-rakan yang menyambut perayaan tersebut akan membuat persiapan menyediakan pelbagai juadah enak untuk keluarga dan sahabat handai.Biskut semperit atau Dahlia sangat digemari oleh hampir semua masyarakat Malaysia tak kiralah bangsa apa sekali pun.Kitakan 1 Malaysia, makanan menyatu padukan semua.

Saya pernah diajukan pertanyaan apa beza biskut semperit dengan biskut dahlia?Kalau biskut semperit klasik dan biskut dahlia, kedua-dua biskut ini adalah sama dari segi bahannya, yang membezakan kedua biskut ini ialah rupa/bentuknya.Iaitu biskut Dahlia berbentuk kelopak bunga Dahlia, manakala biskut semperit pula bentuk panjang-panjang dan beralun di bahagian atas.Acuan yang sama digunakan untuk membuat tart nanas.Dari segi tektur pula biskut semperit klasik adalah gebu, ringan dan cair dalam mulut.Kalau biskut dahlia moden yang menggunakan tepung beras, tekturnya sedikit berbeza kerana tepung beras menjadikan biskut lebih rangup dan bukan jenis cair dalam mulut.

Bagi yang tercari-cari idea biskut untuk perayaan Deepavali, boleh cuba biskut semperit ini, resepi sangat mudah dan tidak menggunakan mixer.Cuma gaul menggunakan spatula sahaja.Saya juga berkongsi beberapa tips supaya bunga/bentuk biskut semperit tidak kembang/ tidak jatuh.Doh juga lembut dan mudah untuk ditekan.

Beberapa tips untuk mendapatkan hasil biskut yang anti gagal ialah

  1. Selepas siap mengadun, rehatkan doh dalam bekas tertutup.Tujuan supaya minyak dari marjerin/butter akan keluar dan menjadikan doh lembut dan mudah untuk ditekan/dibentuk.
  2. Selepas biskut siap dibentuk rehatkan dalam loyang secara terdedah (tak perlu tutup) saya panggil proses 'angin'kan supaya biskut akan kekal bentuk selepas dibakar.
  3. Bakar biskut menggunakan api atas dan bawah supaya biskut masak dengan sekata.Jika menggunakan api bawah sahaja, bahagian tapak akan hangus tetapi bahagian atas belum masak dengan sempurna.
resepi biskut semperit, biskut dahlia, cara buat biskut semperit dahlia, biskut semperit sukatan cawan, resepi biskut dahlia, biskut raya 2022, raya cookies, deepavali cookies, biskut raya viral, kuih raya,
Cantikkan biskut semperit ni?Warna kuning keemasan yang semula jadi.Biasanya kalau buat semperit/dahlia, saya akan masukkan setitis dua pewarna kuning untuk naikkan seri biskut.Tapi bila menggunakan vivo golden butteri, tak perlu pewarna kerana warnanya memang 'golden' begini setelah siap dibakar.

resepi biskut semperit, biskut dahlia, cara buat biskut semperit dahlia, biskut semperit sukatan cawan, resepi biskut dahlia, biskut raya 2022, raya cookies, deepavali cookies, biskut raya viral, kuih raya,
Ini sahaja bahan-bahan yang diperlukan.
resepi biskut semperit, biskut dahlia, cara buat biskut semperit dahlia, biskut semperit sukatan cawan, resepi biskut dahlia, biskut raya 2022, raya cookies, deepavali cookies, biskut raya viral, kuih raya,
Bagi sesiapa yang nak berniaga cubalah guna vivo butteri ni, rasanya memang sedap, gebu wangi dan warna biskut pun sangat menarik.
resepi biskut semperit, biskut dahlia, cara buat biskut semperit dahlia, biskut semperit sukatan cawan, resepi biskut dahlia, biskut raya 2022, raya cookies, deepavali cookies, biskut raya viral, kuih raya,
video semperit saya post ke IG, memang luar biasa sambutannya.43K views dengan like melebihi 2k.Alhamdulillah syukur

Bagi yang berminat untuk mencuba vivo golden butteri, boleh dapatkan di kedai menjual peralatan kek yang berhampiran.Atau boleh juga hubungi pihak vivo melalui FB page berikut


resepi biskut semperit, biskut dahlia, cara buat biskut semperit dahlia, biskut semperit sukatan cawan, resepi biskut dahlia, biskut raya 2022, raya cookies, deepavali cookies, biskut raya viral, kuih raya,

Resepi Semperit Klasik Mudah dan Sedap Anti Gagal
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan (120pcs)
300g vivo golden butteri
160g gula aising
2 biji kuning telur
1 sk esen vanilla
160g tepung kastard
100g tepung jagung
240g tepung gandum

Cara-Cara
  1. Ayak tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung.Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk besar, masukkan vivo golden butteri dan masukkan gula aising.Gaul menggunakan spatula sekadar bercampur sahaja.Tak perlu hingga kembang.
  3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla.Gaulkan.
  4. Masukkan tepung jagung dan tepung kastard.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum dan uli menggunakan tangan hingga menjadi doh yang lembut.
  6. Tutup adunan dengan plastik wrap dan rehatkan selama lebih kurang 10min.
  7. Sediakan loyang/tray, alas dengan baking paper dan sapu sedikit butter.
  8. Ambil sedikit doh dan masukkan ke dalam acuan semperit, lina pg menggunakan acuan bulu mata.
  9. Terap doh memanjang dan ulang proses hingga habis.Apabila siap dibentuk, biarkan selama 20min (jangan bakar terus)supaya bentuk semperit tidak jatuh/kembang.
  10. Bakar biskut pada suhu 160'c selama 25min (hingga masak) menggunakan api atas dan bawah.
  11. Untuk pastikan biskut telah masak, sentuk sedikit bahagian atas, jika sudah keras itu bermakna biskut telah masak.
  12. Biarkan biskut sejuk sedikit, barulah alihkan ke redai penyejuk.Setelah biskut betul-betul sejuk, bolehlah disimpan dalam balang kedap udara.
  13. Tonton video tutorial, klik butang PLAY paparan berikut