Cara Buat Ikan Lengat Utara

By LiNa_Pg - Wednesday, December 01, 2021

 Assalamualaikum..

Pejam celik dah masuk bulan Disember....baru tersedar tahun 2021 dah hampir ke penghujung.Terus semangat update blog yang sudah terbiar hampir 3 minggu.Hari ini saya nak kongsikan satu lauk ringkas yang agak popular di utara tanah air iaitu ikan lengat.Kalau di Kelantan ada ikan rebus/ikan kukus iaitu ikan direbus dengan asam keping dan garam (juga sedikit nisan)tapi di utara ada ikan lengat iaitu iaitu rebus bersama asam jawa.Rasanya seakan sama masam-masam dan masin.Kalau goreng garing-garing, tulang pun boleh makan.

Walaupun namanya ikan lengat tapi tidak menggunakan pelengat (pengukus) cuma direbus sekejap supaya ikan masak.Bolehlah kalau dinamakan ikan rebus asam jawa.Ada satu lagi ikan yang seakan sama iaitu ikan jeruk.Ikan jeruk ialah ikan yang diletakkan asam jawa dan garam kemudian di perap (lagi lama lagi sedap)Bila nak makan cuma goreng sahaja.Ikan jeruk ini saya tak pernah buat, ini versi kakak ipar saya di Langkawi.

ikan lengat, resepi ikan lengat utara, iakan rebus asam jawa, ikan slengat, ikan jeruk, ikan lengat malina lina pg,

Ikan lengat memang pesen laguni nampak macam hangus, tapi tak hangus sebenarny.Itu salutan asam jawa...bilaa makan dengan nasi panas-panas memang berselera sungguh ni.Resepi ikan lengat ni saya ada buat video youtube juga dah lamaaaaa post di platform sana dari bulan Ogos lagi.Tapi tu la macam biasa kemalasan nak menulis.Ini pun kira pulun sebab takut tak sempat habis bahan nak update memandanglan dah hujung tahun.

Ikan Lengat Utara 
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
10 ekor ikan (guna ikan yang nipis-nipis jer)
1 genggam asam jawa 
200ml air 
2 sudu besar Garam 
Aji

Bahan Lain
Minyak
Hirisan bawang (optional)
cili (optional)
limau kasturi (optional)

Cara-Cara
  1. Bancuh asam jawa dengan air dan keluarkan biji asam jawa.
  2. Perasakan ikan dengan garam kemudian siram dengan air asam jawa.Pastikan keseluruhan ikan terperap dengan asam jawa.Boleh juga letak sedikit aji/perasa.
  3. Susun ikan dalam periuk, dan tuang baki air asam jawa.
  4. Rebus ikan sekejap sahaja (hingga ikan masak)jangan rebus terlalu lama, nanti ikan lembek dan tak cantik bila digoreng.
  5. Tips bila mata ikan nampak putih tersembul itu bermakna ikan dah masak.Terus tutup api.
  6. Ikan yang telah siap direbus kalau dibiarkan lagi lama lagi sedap.Tapi kalau nak cepat, boleh terus goreng.
  7. Panaskan minyak, dan goreng ikan hingga garing.Kena pandai kawal api jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar (nanti ikan cepat hangus)
  8. Setelah ikan garing angkat dan ketepikan.
  9. Kemudian bolehlah goreng bawang dan cili.Ini optional sahaja.Ikan lengat memang dah cukup sedap dimakan tanpa bawang dan cili.Selamat mencuba

  • Share:

You Might Also Like

0 comments