Resepi Kuih Bakar Pandan Lembut Mudah Dan Sedap Tanpa Oven
Assalamualaikum...
Al kisah terajin buat kuih bengkang pandan atau nama lain kuih bakar pandan ni sebabnya banyak sangat daun pandan dalam pasu.Kalau tak petik hurmm pakai kering gitu jer la.Walaupun tanam cuma sepasu tapi daunnya gemuk-gemuk juga.Kalau buat agar-agar santan cukup takat sehelai jer la dah wangi dah.
Kebetulan masa ini tengah rajin masak2 guna air fryer, terus terlintas dalam fikiran nak buat kuih bakar guna AF jer kalau bakar dalam oven kira dah biasa sangat, kita cuba versi lain pulak.Resepi kuih bakar pandan ni sangat sesuai bagi mereka yang tidak ada oven.Kalau suka yang versi garing-garing dan berkerak di bahagian bawah guna trick yang saya bagi ni.Bakar guna acuan kuih bakar kemboja.Bakar atas dapur gas terlebih dahulu hingga masak/hampir masak.Kemudian garingkan permukaan dengan air fryer.
Sebenarnya kuih bakar ni saya buat 2 loyang, 1/2 adunan saya bakar terus dalam AF dan 1/2 adunan lagi saya bakar atas dapur gas terlebih dahulu.Sedang elok yang dibakar dalam AF masak, saya sambung garingkan yang dibakar guna dapur gas tadi.Lebih kurang serentak la masak 2 bekas ni.Sebelum ni saya pernah masukkan kesemua adunan dan bakar dalam AF, mak aih lama nau nak masak sebab kuih agak tebal.Saya buat lagi sekali dan dan bakar dalam 2 loyang.Alhamdulillah menjadi dengan jayanya dan tektur kuih pun sangat lembut dan sedap.Kalau mengikut citarasa saya yang hangus-hangus dan yang dibakar atas dapur gas lebih sedap dan lembut mungkin ianya dibakar api kecil dan masak secara perlahan.
- Gunting daun pandan ke dalam pengisar dan masukkan airKisar hingga halus dan tapiskan.Jadikan air pandan sebanyak 1 cawan.Kalau kurang boleh tambah sedikit air.
- Masukkan air pandan tadi ke dalam pengisar dan masukkan ke semua bahan lain (kecuali marjerin*).Kisar hingga halus
- Sediakan loyang saiz 6in alas dengan baking paper atau sapu sedikit minyak.Tuang separuh adunan tadi.
- Bakar dalam AF suhu 160'c selama 30min (hingga masak)
- Sementara itu sediakan acuan kuih bakar kemboja.Sapu acuan dengan marjerin/atau minyak dan panaskan acuan hingga berasap.Guna api besar.
- Tuang baki adunan tadi (masa ni boleh dengar desiran kuat)Kemudian tutup adunan kuih tadi dan bakar guna api kecil sahaja hingga kuih masak (anggaran 35min) bergantung kepada ketebalan acuan masing-masing
- Setelah kuih yang dibakar dalam AF dan masak, keluarkan dari AF dan masukkan kuih yang dibakar menggunakan acuan kuih bakar kemboja pulak.Sambung bakar hingga tahap kegaringan permukaan yang disukai.Lina pg bakar selama 10min suhu 160'C.
- Setelah kuih masak, biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
- Kuih bakar pandan sedia dinikmati.Selamat mencuba
0 comments