Kuih Buah Melaka | Resepi Kuih Onde Onde Sedap Lembut Tidak Liat Dan Petua Supaya Kuih Tidak Cepat Basi
By LiNa_Pg - Wednesday, January 30, 2019
Assalamualaikum...
Kuih Buah Melaka atau Kuih Onde Onde?Korang panggil nama apa?Banyak betul tau nama kuih tradisional yang satu ni.Ada setengah negeri panggil kuih ni dengan nama Kuih Kelepon atau Kelepong (betul ke tak spelling ni tak tahulah) Kalau di Kelantan orang lama panggil Buah Mulong..lagi klasik Buoh Kekoh Chaa...(Kekoh=Gigit, Chaa = terpercik) Kuih ni bila digigit gula melaka/nisan tu akan merecik/terpercik/meletop dalam mulut hahahaa...Begitulah nama kuih ni diberi oleh orang lama...Tapi rasanya dah tak ada kot yang guna nama tu...
Pastinya ramai yang sudah tau cara penyediaan kuih Buah Melaka ni.Saya ni agak cerewet siket kalau kuih2 lama macam ni.Saya tidak suka kuih Onde Onde yang terlalu liat...suka yang tekturnya bila digigit terasa lembut.Paham tak...Kadang tu bila gigit sangat elastik/kenyal memang akan potong selera.Gula nisan pula ada yang masih berketul tak cair pun dalam tu..alahai camana nak 'kekoh chaa' kan...sebab masih seketul macam tu jer kan hehee...Jom follow cara LiNa Pg sediakan kuih buah melaka ni.Bagi yang dah tau, sila abaikan..Bagi yang nak ambil tahu...Jom followwwww...Resepi kali ini saya sediakn video tutorial jugak.Boleh tengok di youtube LiNa Pg okey..Link saya sertakan bersama resepi di bawah

Kuih Onde Onde Trafic Light nama dia hahaa....warna warni...anak3 tengok pun tertarik..Kalau korang tak suka pewarna just guna jus pandan atau biarkan plain sahaja.Tak jadi masalah.Alaa..kita bukan tuang sebotol pun just calit siket bagi ceria...Nak guna apa pun berpada pada okey..
Okey berikut tips yang LiNa Pg nak share dengan korang
- TEPUNG.Campuran tepung pulut dan sedikit Tepung Gandum menghasilkan tektur kuih Buah Melaka yang lembut, tidak terlalu liat dan sedap bila dikunyah.Berbanding penggunaan tepung pulut sahaja, kuih Onde-Onde yang dihasilkan agak liat dan chew.
- AIR SUAM. Biasanya kita menggunakan air biasa untuk bancuh adunan, cuba guna air suam pula dan tambah sedikit garam dalam bancuhan air tersebut.InsyaaAllah kuih lagi sedap terasa sedikit lemak pada doh.Dan kuih kekal lembut walaupun dah lama.
- API SEDERHANA.Semasa merebus kuih, guna api sederhana sahaja supaya kuih masak dengan sempurna dan gula nisa/gula melaka sempat mencair semasa proses merebus. Kalau guna api besar, kuih masak secara mengejut dan gula melaka tidak sempat mencair.
- CUCI DOH SELEPAS MEREBUS. Selalunya telah kuih siap direbus, kita terus golek/salut dengan kelapa parut kan?Silap siket tu.Lepas rebus, angkat dan masukkan ke dalam air biasa.Biarkan kuih sejuk terlebih dahulu.Kemudian toskan.Semasa proses merendam air sejuk ni...sebenarnya boleh cuci sekali residue tepung/kanji yang masih melekat pada kuih.Perasan tak, bila rebus kuih, air rebusan akan menjadi keruh.Air yang keruh/kanji dari tepung juga menyumbang kepada faktor kuih cepat basi.Jadi, dengan mencuci dan lalukan dengan aliran air.Ianya bersih dari segala kotoran.Selepas tu bolehlah golek/salut dengan kelapa parut.
- KELAPA PARUT.Yang ni rasanya ramai dah tahu.Sebelum guna kelapa parut, letak sedikit garam dan kukus sebentar.Kalau nak masuk dalam microwave pun boleh.
- InsyaaAllah kalau korang ikut petua/tips ini kuih Buah Melaka |Onde Onde korang lambat basi.Kalau buat pagi..petang masih elok dan lembut.Tapi pastikan simpan dalam bekas kedap udara.Kalau tak habis makan simpan dalam peti ais.InsyaaAllah tak masam pun.Bila nak makan just stim sekejap atau masukkan dalam microwave.
Sebenarnya Petua/tips ni benda basic sahaja, bila kita menitik beratkan kebersihan, makanan yang kita sediakan akan tahan lama/tidak cepat basi.Cuma kadang2 kita terlepas pandang.Betul tak?Bila korang baca tips yang saya berikan ni mesti ada yang realise kannnn?Betul tak?Baik ngaku cepat hehee...
RESEPI KUIHBUAH MELAKA
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1+1/2 cawan air suam
2 keping gula nisan/gula melaka (potong kecil)
2 cawan kelapa parut
Sedikit garam
1 helai daun panda
Pewarna kegemaran
Cara Cara
- Satukan tepung pulut dan tepung gandum.Masukkan air sedikit demi sedikit.Uli hingga licin dan tak melekat kat tangan
- Cubit doh sebesar guli, leperkan masukkan inti (potongan gula melaka) tutup kemas dengan doh, gentel bulat.Buat hingga habes
- Didihkan air masukkan daun pandan.Rebus bebola doh hingga masak, guna api sederhana sahaja.Setelah masak, angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.Biarkan sejuk seketika.Kemudian toskan.
- Salut dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam.
- Untuk video tutorial, boleh klik butang Play paparan di bawah