Assalamualaikum...
Kembali bersiaran setelah beberapa hari hilang dari radar hahaa.Biasalah kan, bila seisi persekolah dah bermula memang agak bizi sedikitlah nak uruskan anak anak.Alhamdulillah pagi ni diberi kesempatan update blog.Okey hari ni saya nak kongsikan resepi Kuih Bengkang Ubi Kayu.Kalau kat Penang panggil Bengkang.Kalau dalam bahasa standard Bingka Ubi Kayu.Kalau bahasa Klate 'Bekeng Ubi Kayu'.Bekeng tu ada 2 maksud satu ialah 'KUIH BAKAR/BINGKA' satu lagi ialah sifat peribadi manusia iatu garang/bengis/bekeng.Haaa...tak pepasal kan pagi ni belajar bahasa plak kan?Takpe ilmu juga tu kan.Sebelum ni saya pernah buat Kuih Bingka Ubi.Dah lama juga sekitar 2013 lagi.Boleh refer ke n3 nya DI SINI .
Kali ni saya buat sedikit olahan dan buat video tutorial.So, senanglah korang nak faham.Video dah beberapa hari upload kat utube channel sinun.Korang kena subscribe la baru tak terlepas video terbaru.Hari ni pun dah publish satu lagi video baru.Nak tahu resepi apa kena tgk kat utube sana.
Resepi Kuih Bengkang Ubi Kayu ni sangat mudah sebenarnya.Main campur jer semua bahan.Kali ni saya dah perah air ubi kayu tu, sebab kali ini ubi kurang berair...so lagi mudahlah keje.Just campur jer semua bahan.Kalau rajin blend.Saya cuma blend gula dan santan.Kalau tak mau kotorkan blender, gaul jer semua.Jadi jugak xde hal.
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
https://www.youtube.com/watch?v=lcKfD4kiPR8
Bahan-Bahan:
4 cawan ubi kayu kuning yg telah diparut/sagat (~800g)
1 cawan gula pasir
2 biji telur
2 cawan santan pekat
1 sudu besar majerin
sedikit garam
sedikit pewarna kuning.
Cara-cara
- Ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan. kemudian sagat ubi dgn sagat kelapa.
- Satukan santan, gula, telur,majerin,garam dan pewarna ke dalam blender.Kemudian kisar.
- Tuangkan ke dalam ubi kayu yang telah diparut tadi.Gaul rata.
- Tuang adunan ke dalam loyang 8x8in yg telah disapu dgn minyal/butter.
- Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2.LiNa Pg bakar suhu 160'C selama 1jam.Setelah masak, guna api atas sahaja selama 10min untuk mendapatkan kerak yang cantik.
- Setelah masak, biarkan Kuih Bingka sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.Untuk mendapatkan potongan yang kemas, gunalah pisau plastik.Selamat Mencuba.
- Untuk video tutorial, boleh klik link di bawah.
1 comments
Ke silap cnp td.. mcm cnp yg ni pula.. sedap nampak tu
ReplyDelete