Resepi Biskut Coklat Chip Rangup Dan Sedap (tak perlu perap) | brown sugar butter cookies
Assalamualaikum...
Hari ini saya nak berkongsi satu lagi biskut kegemaran ramai iaitu brown sugar butter cookies atau biskut coklat chip.Resepi biskut chocolate chip ini sangat mudah dan tidak menggunakan mixer.Paling best setelah siap diadun, doh tak perlu disimpan atau diperap dalam peti ais.Siap adun, bentukkan kemudian terus bakar.Mudah kan?dan sangat menjimatkan masa.Kebiasaannya resepi coklat chip, setelah diadun kena simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya selama 1-2jam supaya adunan stabil dan rangup.Tips paling mudah ialah saya menggunakan vivo golden butteri sebagai bahan utama dalam pembuatan biskut coklat chip.Kaedah penyimpanan pun senang, cuma letak kat suhu bilik sahaja (tak payah simpan dalam peti ais) Bila nak buat biskut, kek dan sebagainya saya cuma ceduk dan timbang mengikut kuantiti yang diperlukan dan tak payah tunggu butter lembut kerana ia sememangnya berada dalam suhu bilik.Setelah siap diadun, adunan tak perlu perap, boleh terus bakar kerana vivo golden butteri sememangnya sangat stabil pada suhu bilik.Dan hasilnya biskut yang siap dibakar menjadi wangi, rangup dan sangat sedap.
Brown sugar butter cookies ni akan menjadi lebih sedap selepas seharian.tapi kena simpan dalam bekas kedap udara la.Rasanya berbeza makan yang baru siap dibakar dan yang selepas sehari.- Satukan vivo golden butteri dan gula perang.Gaul hingga sebati dan nampak 'creamy' (tak perlu kembang) Guna spatula/senduk kayu sahaja.
- Masukkan telur dan esen vanilla, gaul sekejap.
- Masukkan campuran tepung (bahan yang diayak) uli/adun hingga menjadi doh.
- Masukkan coklat chip dan badam cincang.Gaul rata.
- Sediakan loyang/tray yang dialas dengan baking paper dan sapu dengan sedikit butter.
- Skop sedikit adunan dan letakkan ke dalam tray.Jarakkan sedikit kerana biskut akan kembang.
- Bakar pada suhu 160'c selama 35min api atas dan bawah hingga masak (suhu dan tempoh membakar bergantung kepada saiz, jenis oven dan ketebalan biskut)
- Setelah biskut masak, alihkan ke redai penyejut.Apabila biskut sejuk sepenuhnya, boleh simpan dalam bekas kedap udara.Selamat Mencuba
- Untuk menonton video tutorial, klik butang PLAY paparan di bawah