Assalamualaikum...
Lama tak bersiaran, agak kebizian sket minggu ni..Banyak tempahan yang masuk, Alhamdulillah rezeki kurniaan Allah s.w.t..Okey takmo bebel panjang lebar, sebab masih ada Buttter Cake lagi dalam oben huhu..
Hampir abes sepapan telur aku kerjakan gara-gara Butter Cake.Bukan apa mencuba dan mencari yang paling senang dan sedap.Resepi2 yang telah saya cuba akan saya selitkan kat sini.Disebabkan dah banyak eksperimen, dan abes coklat emulco dan oren emulco ku huhu..
gambar tak cantik yea..enpon only harap mak long..
VARIASI KEK MENTEGA/BUTTER CAKE
MARBLE TRIO
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram mentega berkualiti tinggi (anchor, s. c. s )
280 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar penuh susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60 gram sebiji)
250 gram gula halas @ kastor
1 camca besar ovallate (pemantap kek)
30 gram gliserin (LiNa Pg gantikan ngan susu cair)
20 gram air (LiNa Pg gntikan ngan susu cair)
1 camca teh butter vanilla (atau esen vanilla biasa)
Sedikit pewarna makanan merah jambu (LiNa Pg gn stoberi emulco)
Sedikit pewarna makanan ungu-violet (LiNa Pg gn orange emulco)
1 camca teh coklat emulco
Badam cincang secukupnya (LiNa Pg xletak)
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin 4 segi 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak atau guna tin bulat 9 inci. Ketpikan.
Putar mentega hingga putih, gunakan kelajuan sederhana laju. Perlahan kan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, putar hingga rata. Ketepikan.
Dalam mangkuk yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga pekat dan gebu seperti adunan kueh boulu.
Perlahankan kelajuaan dan masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, masukkan gliserin, air dan butter vanilla, putar lagi hingga rata.
Bagi adunan pada 3 bahagian, 1 + warna pink, kacau rata. 1 + warna ungu-violet, kacau rata dan 1 lagi dengan coklat emulco, kacau rata. Sudukan berselang seli setiap warna secara bertindih dalam tin kek tadi, hingga habis, kemudian lorekkan dengan chop stick 3 - 4 kali. Tabur badam cincang rata2 atas adunan kek tadi. Nanti marble akan menjadi semasa proses memasak.
Bakar 50 minit hingga 1 jam, ikut oven masing, jika kek masih belum masak, tutup permukaan tin tadi dengan aluminium foil atau tudung periuk, sambung bakar lagi sekejap. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak.
CATATAN MAT GEBU :- Untuk warna tu anda boleh ikut kreativiti masing2, dan boleh juga diletak perisa, contohnya pink - strawberry, ungu - blueberry, coklat - coklat+vanilla. Dan jika anda bakar guna tin jenis non-stick kaler hitam, turunkan suhu kepada 160C, ini kerana tin warna hitam, kadar serapan haba dia lebih cepat berbanding tin aluminium biasa...Ok selamat mencuba untuk semua....