Menu Western lagik...cuti2 sekolah ni ikutkan ajer selera anak2...mama ngan abah pun suka gak...tapi kesian lak si kecil masih tak pandai makan menu yang macam ni...Maisarah cuma makan fries jer.Sian lak, seb baik dah suapkan dia ngan mi goreng..Kenyang la jugak.
Selalunya Chicken Chop yang pesen goreng tu kan?Tapi bila tanya 'ahli majlis' suma kata nk yang bakar/grill.Tambah lak my laling tu lagilah tak mau kalau bergoreng.Masih berusaha untuk menguruskan badan dan menjaga kesihatan.Ok senang citer...grill ajer sumanya.Resepi ni lebih kurang cam Lamb Chop tu jugak, tp saya tak gunakan herba omputih.Jer simple marinate jer...Tapi tetap sedap
Ops..kalau korang tak reti nk debone sendiri, silalah buat muka paling manis dan berkata 'abang boleh tolong buat tulang untuk wat chicken chop'...hah..kompom abang yang jual ayam kata..BOLEH..bukan boleh blah yea hehe..
Kali wat dua carbo...mashed potato dan frech fries...dak sarah keje dok kutip fries tu jer la..sayur mayur hanya mak bapak ajer yg makan...
RESEPI GRILL CHICKEN CHOP
By : Malina lina pg linapg.blogspot.com
Bahan - Bahan:
4 keping whole leg (debone)
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (LiNa Pg gn kicap mee)
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
Lada hitam, lada sulah
Sedikit olive oil
Cara-cara
Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel
LiNa Pg cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.
Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah
Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
Perap daging paling kurang selama 1 jam.LiNa Pg suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus
MASHED POTATO
By Malina lina pg
Bahan-Bahan:
3 biji kentang besar (~1kg) LiNa Pg guna kentang Russet
2 sudu besar mentega
1/4 cawan susu segar
Serbuk Lada hitam kasar (jika suka)
Cara-cara :
Kupaskan kentang dan dadu kecil (supaya cepat embuk dan mempercepat proses lenyek)
Rebus kentang sehingga empuk (lina pg masukkan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang)
Bila empuk, toskan air.Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas
Masukkan susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaul rata.
Sesuaikan rasa (tambah garam (jika tak cukup masin, lada sulah dan lada hitam)
SOS BLACK PEPPER
By Malina lina pg
Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih)
Sedikit oregano
2 sb mentega
Cara-Cara:
Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
Masukkan air.Kacau sebati (LiNa Pg guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.Masukkan oregano.Renehkan sebentar
Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih)
Sedikit oregano
2 sb mentega
Cara-Cara:
Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
Masukkan air.Kacau sebati (LiNa Pg guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.Masukkan oregano.Renehkan sebentar
Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.
37 comments:
Teringin nak buat chicken chop, tapi belum berkesempatan...
@Eyma Balkish
Senang jer nak buat..tp kalau tak ramai..bleh pi makan kat kedai hihi
sedapnyer kak...bestnya kalau konsisten berdiet nih...fiza sekarang dah x berapa nak diet semua bedal....ni berat dah naik 1 kg pulak huhuhu...fiza pun x pernah try lg buat grilled chicken chop ni...selalunya buat pesen grg tpg ja,,....nampak sedap la kak....=)..fiza ambik yer resepi...he he he
hai.. salam kenal.. =)
1230
done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
Samalah dengan kami Lina... sayur mayur mak bapak aje yang nak makan... entah bila anak-anak nak makan.
Sedap sangat nampak chicken chop tu Lina...nyum nyum!
extremely delicious!!laparnya tengok...
sedapnya chicken chop, pernah mkn yg grill tapi kat kdai, len kali buat nk cuba grill pulak, rasanya ank2 ok je kalo ayam, msk la panggang ke kukus ( ada ke ore kukus heheh )ke goreng ke semuajalan, janji ayam hehe
Menarik.. Mudah.. Nak cuba nanti... TQ lina..
Assalamualaikum, cmna cara nk debone ayam ya? Kebanyakan tauke ayam xnak wat la sbb katanya lambat...
akak, mksud sb tu ape? contoh "2 sb sos tiram". sy xphm. huhu
@Amir Ema
sy soh tokey ayam buatkan..tak peranh de'bone' sendri
@NURUL CAHAYA
2sb=2 sudu besar
salam semua..kalau nak cepat lagi boleh try D'apple Frozen Chicken Chop.Dalam 1 pek ada peha ayam seketul, tepung goreng, sos lada hitam dan kentang goreng. Ayam dia 6 minit je goreng.
saiful, 0193437769
www.facebook.com/dapplekotadamansara
marvelousssss sis...memang menjadi...sy try bt utk annivesary smlm...hubby ckp...sedapppppppppppp.... :)
http://imanvitahouse.blogspot.com
sedappnyerr..nak cuba buat :)
Tpung tu nk ltak byk mne
sdp...tq
nak cuba ni...semua pun nak cuba bila tengok rsepi blog ni.
cuma kena cari rsepi mushroom sos sbb anak2 tak makan pedas...
7 Peranan Suami Dalam Penyusuan Susu Ibu Mampu Elak Isteri Stress | Diari Mama
Memg sedap......terbaik........Bru buat tdi
tq atas resepi yg sedap nih... mesti cuba :-)
tq kak,mmg sedap,bru pas msak td haha
Sedapnye.....dh teringin plak nk mkn....
Thank you very much ! Ahh,,jadi molekk ^^ .
Terrrbaek ~
Alhamdulillah. Tkasih kak coz share resepi. Sy dah buat. Memang sedap. Hari ni nak buat lagi. En suami dan anak2 suka....tkasih kak
Tak pernah letak oregano masak sos ni, sedap ek, boleh cuba lepas ni
Sudu besar
Sy suka makan grilled chicken chop.
Jadi boleh bikin sdri pasni.
Tq dear sharing....hugsss
http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com
Ct2 sabtu ni seronok gak bt menu western kan..
wat Weekend . Alhamdulillah... menjadi... tq for sharing...
4 sudu besar . Tepungnya dratakn. Jgn menggunung
Hihihi
Hihihi
Menjadi baaa...tq2
Sedap ni.. Boleh try.. :-)
Sedap ni.. Boleh try.. :-)
Dah try.. best! 😘
Ooo letak olive oil supaya ayam jadi juicy ya.. mesti sedap ni nak-nak makan ramai. Grilled insyaAllah lagi sihat hidangannya :)
Post a Comment