Thursday, January 31, 2013

Lamb Chop With Black Pepper Gravy

Assalamualaikum...
Semenjak dua menjak ni, tekak seisi keluaga suka sangat makan Western Food...Selalunya stok bahan mentah untuk western ni saya beli kat Giant...Haish buleh rambang mata dibuatnya bila tengok suma fresh...Lamb Chop ni dah banyak kali juga buat.Tapi kadang2 tak sempat nak amek gambo.Terdetik gak dalam hati..rugi pulak tak snap picas sebab resepi ni tadak lagi dalam rujukan TMK.Takpe nanti2 mesti buat dan buat lagi..Untuk keselamatan (hahaha keselamatan tuuu) bila Lamb Chop dah siap, saya snap jerr enpon sebelum bagi anak2 makan..buat apa..kang licin rugilah wei tak amek gambo kah2...
 kentang putar juga menggunakan gravy yg sama untuk lamb Chop...senang kije
sekeping lagi hihi
RESEPI LAMB CHOP WITH BLACK PEPPER GRAVY
By : lina pg

Bahan - Bahan:
  • 5 keping daging kambing
  • 1/2 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
  • 3 ulas bawang merah(tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1cm halia(tumbuk)
  • Lada hitam, rosemery,tyme,oregano dan mixed herb
  • Sedikit olive oil

Cara-cara

  1. Bersih daging kambing dan toskan (Sila Klik Petua Hilangkan Hamis kambing)
  2. Ketuk2 sket bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.(Lina pg guna meat Tenderlizer yg cam hammer tu)
  3. Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan herba (lada hitam, rosemery,oregano,tyme dan mixed herba)
  4. Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
  5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
  6. Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
  7. Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
  8. Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus
SOS BLACK PEPPER
Bahan-Bahan:
  • 1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
  • 4 sb (rata) tepung gandum
  • 1 kiub ayam
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
  • 4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
  • 2 sb lada hitam ditumbuk kasar
  • 3 cawan air (atau lebih)
  • 2 sb mentega
Cara-Cara:
  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
  5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
  6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.
Note:
Lina pg tak gunakan sos tomato kerana sos lada hitam sudah memberi impact masam yang sedap.Saya pernah cuba resepi yang menggunakan sos tomato...rasanya agak spoil.Taste masing2  la kan.

14 comments:

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said... Balas

Sedap sedap! Akak buat love lapar even after breakfast..hehe!

Lamb chop satu set please! ;)

Qashmere said... Balas

Nampak memang sedap..Thanks share resipi ye sis..boleh cuba nanti...

faa.rosli said... Balas

meleleh air liur ni..hihihi

lina_pg said... Balas

@♥LOVE2COOK MALAYSIA♥
Hi Love missed you....lapar ek...meh akak hidangkan sepinggan buat Love hihi

lina_pg said... Balas

@Qashmere
memang sedap taw..dah byk kali akak wat...cubalah...
welcome dear

lina_pg said... Balas

@faa.rosli

Nah..nah amek tisu buat lap hihi

Marsita yahya said... Balas

Gravy tu nampak sedap, kambing pun sedap..sedap3x semua sedap:)

Zaliedana said... Balas

Menu wajib klo da beli lamb..Salu tuh sy wat utk hb jer,sy kureng cikit ngan embek nih,klo dia mmg tok sah ckp ler,huhu..Sdp lak tgk lamb air tgn akk nih..

Gee® said... Balas

nyam3x...

lina_pg said... Balas

@Marsita yahya

hehehe..suma pun sedap

lina_pg said... Balas

@Zaliedana
kat umah akak la ni..asal pi Giant jerr jumpa lamb menarik mesti beli...Lamb Chop dah jadi menu setiap mggu.Seb baik budak2 kat umah ni pandai makan.Maisarah tok sah citer la...selera dia lain sket

lina_pg said... Balas

@Gee®

:)

Mamasya said... Balas

Aslmkum Lina
nampak sedapnya.dah beberapa kali teringin nak buat lamb chop tp asyik bertangguh....
tq kongsi tips kurangkan bau hamis..

FnF Simple Life said... Balas

wah3x... western lagik... menu sihat dan sgt lazat... sedapnye kak ;)

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...