Kentang Putar@Whipped Potato

By LiNa_Pg - Friday, February 01, 2013

Assalamualaikum...
Kali ni sengaja saya wat n3 berasingan Kentang Putar ngan Lamb Chop.Bukan apa senang kalau kawan2 kat luar sana nak wat 'carian'.Masa n3 Ayam grill tuh saya boh sekali ngan resepi kentang ni nampak panjang berjela lak n3 haish sampai naik semak huhu.Kentang Putar ni memula rasa ada ala-ala kentang putar KFC, tapi anak2 kata mama punya lagi sedap la...yea ke?ke saja amek ati mama...hmm..anak2 suma pun sedap...Kalau nak tengok gandingan kentang putar ni bleh klik SINI  dan SINUN hehe

ekceli tak putar pun,main lenyek sekuat hati
 lina pg guna kentang Russet yg sebesar tapak tangan isi kaler putih dan senang untuk dilenyek
Ni dia bawang kuning...sedap rasa manis...
RESEPI KENTANG PUTAR@WHIPPED POTATO
Bahan-bahan

  • 2 biji kentang besar (~750g)
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/4 cawan susu segar 
  • Serbuk Lada hitam kasar (jika suka)

Cara-cara :

  1. Kupaskan kentang dan dadu kecil (anggaran 1cm-supaya cepat embuk dan mempercepat proses lenyek)Rebus kentang sehingga empuk (lina pg masukkan 1 sudu kecil garam semasa merebus kentang) 
  2. Bila empuk, toskan air.Terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas 
  3. Masukkan susu segar dan mentega. Gaul rata. 
  4. Sesuaikan rasa (tambah garam (jika tak cukup masin, lada sulah dan lada hitam) 
SOS KENTANG PUTAR
Bahan-Bahan:
  • 1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
  • 4 sb (rata) tepung gandum
  • 1 kiub ayam
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
  • 4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
  • 2 sb lada hitam ditumbuk kasar
  • 3 cawan air (atau lebih)
  • 2 sb mentega
Cara-Cara:
  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
  5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
  6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.
Note:
Lina pg tak gunakan sos tomato kerana sos lada hitam sudah memberi impact masam yang sedap.Saya pernah cuba resepi yang menggunakan sos tomato...rasanya agak spoil.Taste masing2  la kan.

  • Share:

You Might Also Like

11 comments

  1. ooo...gitu buatnya...sngt2 mmbantu...:)

    ReplyDelete
  2. nampak sedap sangat n kalo ikut kata anak akak tu, sedap lg kentang akak, faa rasa pon mcm tu even just tgk je kentang akak yg gojess ni pon da taw yg akak punya lg sedap dr kfc...hehehe

    ReplyDelete
  3. bleh dterai nti...mesti lg sedap dr kfc pnya..:)

    ReplyDelete
  4. @faa.rosli
    insyaAllah sedap....budak2 mmg camtu suma sedap...la ni dah pandai compare2 pulak

    ReplyDelete
  5. @Qasey Honey
    Cubelah QH..home made selalunya kena lah ngan taste sendiri kan...

    ReplyDelete
  6. he he hehh kuat tenaga Lina ye... main lenyek je...kita pun sama gak kalau buat kentang lenyek@putar kihkihkihhh.... bawang holland ke tu yang kulit kuning Lina?

    ReplyDelete
  7. @Amie
    haha..kali ni cantik sket lenyekan sebab hubby tulun lenyek,Kalau saya lenyek mesti ada ketoi2 lagi hahaha

    Betu la tu bawang kuning=bwg holland,tp dalam picas tu xbape nk comey dah..tinggal belen2 jer

    ReplyDelete
  8. Salam kak lina.. nmpk smooth kentang putar akak. tun suka mkn, xjumpa lg resepi yg betul2 sedap. len kali nk try resepi ni pulak.

    ReplyDelete
  9. salam kak lina. resepi ni boleh makan berapa orang?

    ReplyDelete
  10. Sis lina. Saya da try.. Sedap both sos and kentang putar.. Blh challenge kfc.. Tp saya mkn dgn meatball sbb teringin nk mkn mcm kt ikea tp jauh dr umah.. At last guna resepi ni.. Meatball marina goreng je.. Thumbs up.. Tqvm

    ReplyDelete