Thursday, April 30, 2020

Sambal Kicap Johor Yang Power Dan Tips Sambal Tahan Lama& Lebih Sedap Terangkat

Assalamualaikum...
Hari ni saya nak kongsikan resepi sambal kicap johor yang sesuai dimakan bersama pisang goreng, tauhu begedil, soto, bihun sup dan sebagainya.Kiranya serbagunalah sambal kicap ni.
Saya ada buat sedikit olahan supaya sambal kicap lebih padu dan rasa pedas seimbang lemak2 manis iaitu menggunakan gula melaka atau nisan kerek.Selalunya sambal kicap menggunakan gula putih atau gula pasir.Gula pasir memberikan rasa manis yang tajam berbeza dengan gula melaka atau gula nisan ni memberi rasa manis yang lemak.
Okey jom kita terus sahaja kepada resepi sambal kicap.
TIPS Sambal Kicap Lebih Padu
  1. Guna gula melaka menggantikan gula putih
  2. Patahkan cili supaya tidak meletup semasa digoreng
  3. Perahan jus limau kasturi untuk seimbangkan pedas manis dan sedikit masam, barulah sedap sambal kicap.
  4. Masukkan sedikit bawang goreng supaya sambal kicap lebih pekat dan memberi rasa manis semulajadi.
  5. Semasa kisar semua bahan,masukkan sedikit minyak gorengan bawang putih+cili padi.Minyak akan bertindak sebagai pengawet semula jadi dan sambal akan tahan lebih lama.


RESEPI SAMBAL KICAP
By Malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
25-30 biji cili padi
5 ulas bawang putih
2 sb bawang goreng
2 biji limau kasturi
1 sb gula melaka (racik halus)
Kicap manis secukupnya
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara Cara
  1. Panaskan minyak goreng cili padi dan bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam blender.
  3. Masukkan gula melaka, bawang goreng, perahan jus limau kasturi, garam, kicap dan sedikit minyak gorengan bawang+cili tadi.
  4. Kisar dan kemudian seimbangkan rasa masin dan manis.
  5. Sambal kicap johor sedia dihidang.Baki sambal boleh disimpan dalam peti ais.
  6. Untuk video tutorial sila klik butang PLAY paparan di bawah

Wednesday, April 29, 2020

Resepi Asam Rebus Paling Simple Mudah Sedap

Assalamualaikum...
Hai apa khabar semua...nampak tak betapa rajinnya lina pg, hari ni buat n3 lagi hahaa...insyaaAllah saya cuba habiskan n3 yang tertangguh (yang dah buat sebelum puasa)sebab nak buat post untuk puasa pulak.
Okey hari ni saya nak share resepi asam rebus yang sangat mudah.Asam rebus ni paling mudah disuai padan.Kalau nak letak ikan kembung/selar pun boleh.Tapi untuk resepi kali ini saya cuma letak ikan talang + kurau masin jer.Memang sedap sangat kalau buat berbuka hirup kuah yang pedas masam tu memang sedap terangkat ada pulak ulam+sambal tempoyak lagilah padu.Jom kita semak resepi asam rebus.
asam rebus ni tak perlu daun kesum atau bunga kantan...tapi kalau kebetulan ada stok dalam peti ais,boleh jer masukkan.Tapi kalau tak ada jangan susah2 keluar pergi beli musim PKP ni..simple macam ni pun dah sedap tau

RESEPI ASAM REBUS PALING SIMPLE DAN SEDAP
By Malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
ikan talang / ikan kurau / apa2 ikan yang sesuai
1 cm belacan (kisar)
2 inci kunyit (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
5 ulas bawang merah (kisar)
1 biji tomato - buang biji (kisar)
7 biji cili padi-boleh guna cili merah (kisar)
1/2 biji nenas (potong ikut suka)
1-2 asam keping
1 kiub ikan bilis
garam jika perlu
Air secukupnya

Cara-Cara
  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan tambah air secukupnya.Reneh hingga mendidih supaya hilang pijar/bau bawang.
  2. Kemudian masukkan nenas dan ikan talang dan masak hingga nenas lembut.Kalau kuah kurang masam,letak asam keping dan kiub ikan bilis.
  3. Reneh sekejap lagi, sesuaikan rasa (tambah garam jika perlu)
  4. Tutup api, asam rebus sedia dihidang.Selamat mencuba.
  5. Untuk video tutorial, klik butang PLAY paparan di bawah

Tuesday, April 28, 2020

Telur Rebus Air Asam Resepi Viral

Assalamualaikum...
Hari ni saya buat n3 pendek sahaja, nak share idea untuk berbuka ringkas atau boleh juga kalau nak buat bersahur.Kalau makan yang masam2 macam ni terbuka selera.
Sebenarnya dah lama saya buat telur rebus air asam ni cuma agak lambat update dalam blog.
Okey tanpa buang masa, jom kita semak resepi
walaupun simple tapi berselera makan masa berbuka atau bersahur.Tambahan dah puasa beberapa hari ni tekak pun dah terasa payau kan
RESEPI TELUR REBUS AIR ASAM
By Malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
2 inci asam jawa (secukupnya)
1 inci belacan
1 sk kerisik
3 ulas bawang merah (mayang halus)
1 biji tomato dadu
7 biji cili padi hijau
1 sk maggi cukuprasa/garam
air suam
3-4 biji telur rebus

Cara-Cara
  1. Ramas asam jawa bersama belacan dan air suam.Tapiskan air asam jawa ke dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan kerisik,hirisan bawang,cili,tomato dan maggi cukuprasa.Gaul sebati dan simpan dalam peti ais sebentar supaya mesra.
  3. Telur rebus dibelah dan tuang ais asam tadi.Selamat mencuba.
  4. Untuk video tutorial , sila klik paparan di bawah

Saturday, April 25, 2020

Ikan Stim Sos Asam Jawa Ala Thai

Assalamualaikum...
Selamat menyambut puasa buat semua.Walaupun kebizian saya cuba untuk update blog memandangkan bazar ramadan tahun ini telah dibatalkan.Semoga blog yang serba sederhana ini dapat memberi idea untuk kawan2 di luar sanan memasak hidangan berbuka puasa.
Okey hari ni saya kongsikan resepi ikan stim  bersama sos asam jawa.Resepi ni saya adaptasi dari youtube Thai resepi asal menggunakan ikan tilapia yang digoreng garing dan dicurah sis ke atasnya.Saya menggunakan kaedah stim sebab masa ni saya mencuba steam function Migu Rice Cooker.Alhamdulillah menjadi dengan jayanya dan ikan masak dengan sempurna.Saya guna kepala ikan yang agak besar juga.Resepi ikan stim ni sangat sesuai jika dibuat juadah berbuka puasa.Rasanya masam2 manis dan memang sangat sedap.
Untuk resepi ikan stim ini saya sediakan video tutorial di youtube lina pg.Okey tanpa buang masa,jom kita semak resepi.
simple jer tapi rasanya memang awesome.Kalau guna ikan seekor, boleh jugak digoreng.Untuk stim, boleh kukus macam biasa ika tiada Migu Rice Cooker

IKAN STIM SOS ASAM JAWA
By Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1 ketul kepala ikan (boleh guna apa2 jenis ikan)
5 ulas bawang putih (tumbuk kasar) 
5 biji cili padi merah (tumbuk kasar) 
2 biji cili padi hijau (tumbuk kasar) 
1/2 air asam jawa 
1 sudu besar sos ikan
1/2 kiub ikan bilis 
1 inci gula melaka 
Buah tomato ceri 
Daun ketumbar/daun pudina (hiasan) 
Minyak untuk menumis
sedikit garam

Cara-Cara
  1. Kepala ikan dicuci bersih dan perasakan dengan sedikit garam.Kukus hingga masak.
  2. Sementara menunggu ikan masak, boleh sediakan sos.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga terbit bau.
  4. Masukkan gula melaka atau Thai palm sugar.Tumis lagi hingga garing.
  5. Masukkan air asam jawa, sos ikan dan kiub ikan bilis.
  6. Seimbangkan rasa masam pedas masin dan manis.Reneh sekejap hingga sos pekat.Masukkan tomato ceri dan daun ketumbar (jika ada)Tutup api.
  7. Tuang sos ke atas ikan yang telah siap dikukus.Letakkan daun pudina/ketumbar sebagai hiasan.Selamat Mencuba
  8. Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY paparan di bawah

Wednesday, April 22, 2020

Maggi Goreng Basah Terlajak Sedap

Assalamualaikum...
Beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan puasa.Suasana yang sangat berbeza untuk Ramadan tahun ini.Pada tahun ini tercipta sejarah bila mana bazar ramadan dibatalkan.So, kaum ibu kenalah sediakan sendiri juadah berbuka dan bersahur untuk keluarga tersayang.InsyaaAllah saya akan cuba update blog dan berkongsi idea semoga dapat memberi inspirasi kepada kawan2 di luar sana.
Owh ya sebelum tu saya nak berkongsi berita gembira, Alhamdulillah youtube channel lina pg sudah mencecah 50K subscriber dan saya mengadakan giveaway di youtube.Boleh baca di video Nasi Beriani.
Okey untuk hari ini saya nak kongsikan resepi maggi goreng basah yang sangat simple.Video ni mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan ramai yang telah mencubanya.Pada awalnya saya cuma share gambar di community youtube saja bagi idea untuk sarapan, resepi pun tersangat simple, malas la nak buat video atau taip resepi.Tapi bila ada follower yang request resepi katanya nampak sedap.Saya pun buatlah video dalam hati ada ke yang nak tengok video simple2 ni.Tapi tak apalah anak2 saya suka makan maggi goreng ni...nanti bolehkah dorang refer video mamanya kalau nak buat sendiri.Rupanya tekaan saya meleset sama sekali, video maggi goreng mendapat 100K view.Ramai peminat maggi rupanya hehee..
Okeylah dah panang membebel...jom kita semak resepi
Simple jer tak letak pun...cuma sedikit isi ayam

RESEPI MAGGI GORENG BASAH
By Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
4 bungkus maggi kari (guna 2 perencah)
2 ketul dada ayam (potong kecil)
4 ulas bawang putih (cincang/tumbuk)
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
Sedikit minyak
Sayur sawi
Daun kucai
Hirisan cili merah, cili hijau

Cara
  1. Didihkan air, setelah mendidih tutup api.Masukkan maggi dan biarkan selama 2-3min (agak2 maggi lembut jer)
  2. Keluarkan dan lalu di bawah air paip mengalir (untuk hentikan cooking proses)dan maggi tidak terlalu lembek.Toskan
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga garing.
  4. Masukkan isi ayam dan kacau sebentar.
  5. Masukkan perencah maggi (Lina Pg guna 2 sachet sahaja).Kacau rata ayam dan perencah tadi.
  6. Masukkan sos tiram dan kicap manis.Masukkan juga bahagian batang sayur sawi.Gaul sebentar.
  7. Masukkan air dan biarkan mendidih terlebih dahulu.
  8. Setelah mendidih,masukkan maggi yang telah dicelur tadi.
  9. Masukkan sayur sawi (bahagian daun) dan gaul rata.
  10. Setelah sebati dan sawi sedikit layu, tutup api.
  11. Tabur daun kucai, hirisan cili.Maggi goreng basah sedia dihidang.Selamat Mencuba.
  12. Untuk video tutorial, klik paparan di bawah.

Saturday, April 18, 2020

Resepi Agar Agar Coklat Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran setelah sekian lama menghilang.Asyik tenggelama timbul jer kan?Sekarang ni saya lebih banyak di youtube, saya sentiasa update video terbaru kat sana.Kalau nak cari idea terus sahaja ke youtube lina pg okey.
So,hari ini saya nak kongsikan resepi agar agar yang sangat sedap iaitu Agar Agarr Coklat...agar agar ni lebih kepada rasa puding la jugak.Rasanya lemak lemak manis kerana saya menggunakan sedikit santan serbuk.Sesuai dimakan time cuaca panas sekarang ni.Kalau nak masuk list untuk juadah berbuka puasa pun sesuai.Kalau tak ada santan serbuk boleh ganti dengan susu tepung.
Tanpa buang masa,jom kita semak resepi.

 sedap sangat u olls harus cuba ni

RESEPI AGAR AGAR COKLAT
By Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
10g agar agar serbuk 
4 1/2 cawan air
2 sb santan serbuk 
1 cawan gula pasir 
1/2 cawan serbuk koko 
4 sb tepung jagung  
2sb mentega 
1/2 sk garam 
1/2 esen vanilla

Cara-Cara
  1. Dalam periuk, satukan semua bahan kecuali mentega.Kacau/gaul rata terlebih dahulu, baru buka api.
  2. Masak hingga hampir mendidih (hingga buih kecil kelihatan di tepi periuk)
  3. Masukkan mentega (mentega menjadikan agar agar lebih terasa lemak, berkilat dan rasa lebih sedap)Kacau sebentar hingga mentega larut.Tutup api.
  4. Tuang ke dalam loyan/acuan.Biarkan sejuk dan sedia dihidang.
  5. Mudahkan sahaja kan.Untuk lebih jelas, sila layari video tutorial di youtube Lina Pg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...