Sambal Kicap Johor Yang Power Dan Tips Sambal Tahan Lama& Lebih Sedap Terangkat

By LiNa_Pg - Thursday, April 30, 2020

Assalamualaikum...
Hari ni saya nak kongsikan resepi sambal kicap johor yang sesuai dimakan bersama pisang goreng, tauhu begedil, soto, bihun sup dan sebagainya.Kiranya serbagunalah sambal kicap ni.
Saya ada buat sedikit olahan supaya sambal kicap lebih padu dan rasa pedas seimbang lemak2 manis iaitu menggunakan gula melaka atau nisan kerek.Selalunya sambal kicap menggunakan gula putih atau gula pasir.Gula pasir memberikan rasa manis yang tajam berbeza dengan gula melaka atau gula nisan ni memberi rasa manis yang lemak.
Okey jom kita terus sahaja kepada resepi sambal kicap.

TIPS Sambal Kicap Lebih Padu
  1. Guna gula melaka menggantikan gula putih
  2. Patahkan cili supaya tidak meletup semasa digoreng
  3. Perahan jus limau kasturi untuk seimbangkan pedas manis dan sedikit masam, barulah sedap sambal kicap.
  4. Masukkan sedikit bawang goreng supaya sambal kicap lebih pekat dan memberi rasa manis semulajadi.
  5. Semasa kisar semua bahan,masukkan sedikit minyak gorengan bawang putih+cili padi.Minyak akan bertindak sebagai pengawet semula jadi dan sambal akan tahan lebih lama.


RESEPI SAMBAL KICAP
By Malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
25-30 biji cili padi
5 ulas bawang putih
2 sb bawang goreng
2 biji limau kasturi
1 sb gula melaka (racik halus)
Kicap manis secukupnya
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara Cara
  1. Panaskan minyak goreng cili padi dan bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam blender.
  3. Masukkan gula melaka, bawang goreng, perahan jus limau kasturi, garam, kicap dan sedikit minyak gorengan bawang+cili tadi.
  4. Kisar dan kemudian seimbangkan rasa masin dan manis.
  5. Sambal kicap johor sedia dihidang.Baki sambal boleh disimpan dalam peti ais.
  6. Untuk video tutorial sila klik butang PLAY paparan di bawah

  • Share:

You Might Also Like

1 comments