Assalamualaikum... Castella Cafe (Dalam Air) merupakan salah satu tempat menarik di negeri Perak.Kalau sebelum ni kami menjamu selera di Nasi Bamboo Sungai Klah, kali ni Castella pulak.Nasinya dalam daun Bemban hehee...Castella Cafe terletak di Kampung Kerunai,Grik Perak.Walapun terletak jauh di pedalaman tapi ramai jugak yang sanggup datang dari jauh untuk merasa keunikan hidangan Bangsawan.Ala-ala berkelah di tepi sungai yang jernih...sejukkkk ya amat..Satu kelainan ianya kita menjamu selera dalam air..kerana kerusi meja diletakkan dalam air...ada jugak meja yang 'di atas darat' hehee.Ok jom kita jamu mata
Bye-bye 2017, welcome 2018...Selamat Tahun Baru semua..semoga tahun 2018 memberi seribu satu keberkatan kepada kita semua...
Satukan tepung pulut,tepung gandum dan garam.Gaul rata
Masukkan air sedikit demi sedikit.Uli hingga doh tidak melekat di tangan.
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.Titiskan pewarna (jika suka)dan uli rata
Gentel doh ikut suka la sebesar mana.LiNa Pg gentel sebesar manik tasbih jer.Boleh jugak dibentuk lonjong seperti biji nangka.
Rebus air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentel tadi.Rebus hingga doh timbul di permukaan.Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.
Bahan B (Kuah)
500ml santan(LiNa Pg gn 1 kotak santan 200ml+300ml air)
1 helai daun pandan
1 ketul nisan/gula melaka
4 sudu besar gula pasir (ikut selera)
Sedikit garam
Halba (jika suka)
Cara-Cara
Satukan semua bahan,masak hingga gula melaka/nisan hancur dan santan mendidih.Kacau sentiasa supaya santan tidak berketul.
Masukkan kuih biji nangka.Masak hingga mendidih dan kuih terapung di permukaan.Tutup api.
Nota:
Jika nak masukkan ubi kayu ke dalam bubur, potong ubi kayu kepada kiub2 kecil dan rebus hingga empuk.Barulah masukkan santan.Dan ikut langkah seterusnya di atas
Cuti sekolah dah pun di penghujung...ekceli karipap ni saya buat masa awal2 cuti lagi.Buat banyak2 dan frozenkan jer.Bila anak2 nak makan, pandai2lah dorang goreng sendiri.Resepi karipap ni saya masih setia dengan versi terdahulu.Bleh klik SINIsebelum ni saya pernah cuba pelbagai rcp untuk doh karipap tapi tak kena dengan selera saya..rasa berminyak.Kalau yang uli guna majerin semata cepat pulak rasa muak.So,yg ni paling menepati citarasa saya.Inti tu boleh di pelbagai ikut selera la..Tapi paling sedap di tekak saya ialah inti ayam+kentang atau nti keledek.
Karipap ni saya panggil Karipap Kampung sebab kulitnya menggerutu dan berjerawat kikiiii...Suka pulak dapat versi camni.Kalau yang licin mulus tu dah biasanya sangat.Cuma saja belajar teknik nak dapatkan kulit macam ni.Sapa suka kita geng
Assalamualaikum... Bila dah nak sampai ke hujung minggu,stok barang basah dan tak seberapa tambah pulak buntu tak tahu nak masak apa.Masak ajerlah sesuatu yang ringkas janji berselera untuk makan.Resepi Kentang Goreng Telur ni mmg sedap taw..Makan pula dengan nasi panas2 mmg terangkat.Masak pun dalam ~15minit ajer.Kali ni ada sedikit kerajinan buat video.Kalau tak mau termiss video masak LiNa Pg
Assalamualaikum... Entry ringkas di pagi Rabu iaitu Ikan Pesmol resepi ni saya pernah buat beberapa kali jugaklah rasanya seakan percik.Cara Buat Ikan Pesmol ni agak ringkas sebab ikannya digoreng sahaja kalau percik kena bakar.Jom kita layan resepi.Dah lama buat ni dah tayang lamaaaa kat IG sinun..Jom follo IGMalina LiNa Pg
Gambar cincai ajer huhu..Ikan Pesmol, Senangin asam rebus, ulam dan senangin goreng.Ala kampung ajerr
Bahan-Bahan: 1 ekor ikan siakap dibersihkan (LiNa Pg gn 4 ekor kembung curut) garam, kunyit dan lada hitam yang baru dikisar 1 batang serai dititik 2 cm lengkuas dititik 5 biji cili padi Sedikit hirisan karot Buah tomato Daun ketumbar 2 helai daun limau purut 2 helai daun salam 2 cawan santan pekat jus limau nipis (dari biji limau) gula Bahan Kisar 5 tangkai cili merah (lina pg gn 2 sb cili giling) 1 labu bawang besar 2 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 10 biji buah keras (xletak) 1/2 sudu teh kunyit serbuk 2.5 cm halia Cara-Cara Lumurkan ikan dengan garam, kuinyit dan lada hitam. Goreng ikan dengan minyak yang penuh sehingga garing. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut, karot (karot terlupa nak letak) Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula Masukkan buah tomato dan daun ketumbar.Kacau rata
Assalamualaikum... White Velvet Cheesecake?Bukan typo memang kek ni warna putih kat dalamnya.Saya menggunakan Butter Cheesecake (light saja) sebagai kek basic.Lapis pulak dengan cream cheese frosting yang masam2 manis.Mewah kan?Cis kek..salut pulak dengan cis.Otomen+batman+ladybird tu mmg req nak letak atas kek..Jenuh jugak cari mainan tu 3 kedai saya meronda.Asalnya nak letak jet wing tapi out of stock.Kek ni seberat ~2kg.
Inilah rupa kek basic Butter Cheesecake...Dugaan betul...masa dok bako ni oven Pensonic saya rosak.Heater element dia blown out.Trip satu rumah...Sudahlah spare heater dah abes dah..Cepat2 saya pindahkan kek ke oven lain..Jenuh pulak dok tunggu kek depan oven sebab tak begitu familiar dgn oven back up ni.Alhamdulillah..mejadi gak kek eksperimen ni
Yang ni pulak Kek Coklat Moist...Lupa dah tempahan hari apa..
Dengan ini tempahan kek 2017 telah ditutup.
Tahun depan belum tahu lagi bila nak buka/stat ambil tempahan semula.Kalau ada semangat dan kerajinan nan jitu, saya ambil tempahan..Kalau semanganta yang hilang (cam lagu XPDC plak) saya dok dendiam jer lah...Bahan kek pun mahal nak bertingket2 penat mak nak..nak buat costing
Assalamualaikum... Pernah makan Nugget Maggi tak?Kalau Murtabak Maggi tu biasa sangat kan?Resepi Nugget Maggi ni sangat senang, bahan pun tak banyak..boleh buat bersama anak2 bab nak celup2 telur dan golek2 dalam breadcrumb tu si kecil saya sangat suka tolong..So,mama bagi ajerlah kan..kalau time membaking memang zon dapur adalah kawasan larangan hahaa.. Ekceli sebelum ni saya pernah buat jugak Nugget Mi Segera ni tapi dah agak lama.Boleh tengok SINIni pun saya buat masa cuti sekolah jugak.Memang resepi nuget ni time cuti panjang jer la kan hihi.Okeylah jom kita layan resepi.Kali ni LiNa Pg cam rajin siket siap snap gambar lagi.Kongsi idea minum petang anak anak
Nugget ni sangat sedap dimakan panas2 cicah sos cili dan mayonis
Bahan-Bahan: 2 paket maggi/mi segera (bersama perencah)LiNa Pg gn 1 paket perencah 3 cawan air 1 biji telur (pukul manja2) Sedikit oat/bread crump Minyak Cara-Cara:
Masak maggi bersama 3 cawan air dan perencahnya.Masak hingga air kering (macam masak nasi).Maggie jgn patah2kan..masuk camtu jerr
Setelah air kering, tuangkan maggie ke dalam bekas jangan tebal sangat.Agak2 jer lah (Refer pada gambar)
Masukkan dalam freezer supaya membeku.Senang nak potong petak2 (LiNa Pg buat sebelum lunch, so petang dah keras dan boleh potong2)
Setelah beku.Potong kecil2 macam saiz nugget tu.
Celupkan ke dalam telur dan salut dengan breadcrumb
Panaskan minyak dan goreng secara deep fry hingga golden brown.Nugget Maggi enak dihidang bersama sos cili dan mayonis.Selamat Mencuba ;)
Nota kecil LiNa Pg 1)Kalau takde bread crump, boleh terus goreng setelah celup ke dalam telur. 2)Kalau nk frozen, lepas golek dalam breadcrumb masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam freezer (Gambar last tu LiNa Pg frozen, nk makan cuma goreng terus jer)
Assalamualaikum... Dah petang baru nak update blog.N3 yang basi plak tu kiki...Ekceli Sandwich Egg Mayo ni saya buat masa first daya cuti sekolah lagi.Sesaja rajin snap gambar w'pun sandwich ni post ke IG Nampak togel jer takde daun salad.Walaupun rupanya kureng,tapi rasanya memang walla...simple yet tasty gitew kekdahnya. Resepi saya buat karangan jer la sebab senang sangat ~ 3 biji telur rebus lecek halus + 2 sudu besar mayonis, sedikit lada sulah.Itu jer bahan dia...pelakon tambahan timun dan tomato..salad kalau ada.
Untuk resepi boleh refer ke youtube (yang ni saya baru buat)
Assalamualaikum... Pernah pergi melawat Pusat Sains Negara?Kalau belum pernah sampai..saya nasihatkan korang pergilah memang sangat berbaloi.Kalau kami tidak mengejar masa, hari tu memang seharian bleh explore Pusat Sains Negara ni.Memang sangat best.Anak2 pun seronok boleh mencuba macam2 eksperimen.Free pulak tu (sehingga akhir tahun ni 2017) Nx year dah kena tiket.Berapa harga tiket tu saya tak pastilah.Saya kongsikan beberapa photo yang sempat dirakam.Ekceli sangat banyakkkkk tapi kami eksaited mencuba pelbagai benda yang disediakan terus simpan kamera dan enjoy menerokai dunia sains...sangat2 seronok.Kalau teringin nak merasai keseronokan ni kenalah rasainya sendiri.Bagi saya kalau dikenakan tiket RM10 pun masih berbaloi..apatah lagi ianya PERCUMA...mana nak dapat?
Menarik kan reka bentuk bangunan Pusat Sains Negara (PSN) ni.kalerful sekali tengok macam UFO pun ada
Apa apa hal pose dulu..memula rajin la sebab ingat area ikan ni jer boleh masuk
Baca apa tuuuuu? Ooo..info
Apollo 13 ke hapa ni
Salah satu room
Ni bukan basikal exercise ya hahaa...tu dok kayuh basikal sebab nak gerakkan train dalam tu
Abang pun nak try jugak..kakak pun try tp yg satu lagi nk rosak kot..xjalan
Budak ni memang segala benda dia nak try..Tu pusing2 'stereng' sebab nak gerakkan bebola dalam roller coaster tu..lepas tu langgar alat muzik..ada lah bunyian muzik hehee...
Tempat ni cam 'Labyrith' siket tengok sama jer..cam nak sesat pun ada
Jom kita explore kat atas plak
Haaa..tu dok tekan petak2 sebab keluarkan cahaya...
Dengan kuasa sakti......
Periodic Table...sesuatu yang sangat sebati dengan diri saya huhuuu
Assalamualaikum.... Kebelakangan ni agak malas sikey nak update blog.Hari tu masa bawa anak2 ke KL sempat jugaklah singgah Jalan Jalan Cari Makan di Nasi Bamboo Sg Klah yang femes tu di Sungkai tu.Agak mudah untuk mencari Restoran ini..kalau dari PLUS arah utara exit Sungkai jer lepas tol belok kanan dah jumpa Restoran.Kami bernasib baik sebab agak lewat tiba di Restoran Nasi Bamboo ni jadi parkingnya mudah dan orang tidak begitu crowded tp still ramai jugak lah walaupun jam dah menunjukkan 3.45pm. Nasi Bamboo ni agak mesra pelanggan sebab setiap kaunter makanan ada cashiernya sendiri.Konsep layan diri yang agak praktikel dan tidak perlu bersesak untuk bayar.Ambil makanan dan bayar terus..Nasi Bamboo didatangkan bersama set ulaman dan sambal.Disebabkan kami sudah agak lewat,so lauk2nya tidak begitu meriah.Antara menu yang kami jamah pada hari tu ialah Ayam Bakar Bunian, Kambing Bakar, Ikan Lampam Masak Lemak dan Kerabu Pucuk Paku.Harganya agak reasonable dengan portion dan tempat.Kira okeylah jugak.Sedap ke tak?Sedap tu agak universal..so,korang kenalah try sendri.
Set Nasi Bamboo
The whole posting belongs to http://linapg.blogspot.my/ copyright reserved...Penyangak/lanun IT jangan cuba2 nak mencuri hasil titik peluh orang lain