Rindunya pada kawan2 semua, lama tul tak update blog ni, 'umah' pun dah berhabuk, bersawang segala bagai. Terima kasih yang tak terhingga kepada kawan2 tersayang masih lagi sudi singgah umah ni walaupun dah lama terbiar. Wat masa ni saya xleh nak menghadap lappie ni lelama atau dengan kata lain xleh nak bertenggek depan komputer bukan disebabkna kebizian melampau tapi kesihatan tak mengizinkan..tengok blog sekejap pun mula la pening paler segala bagai, pastu mesti ada 'gelombang tsunami' tu yg xleh nak update hu..hu..Mesej2di cbox mmg dah baca akan sy balas satu persatu nnt..InsyaAllah sy akan update lagi bila ada berita terbaru insyaAllah..Love u all muah..
Salam suma,
Bubur kacang hijau ni wat petang tadi, terlambat sket update sebab banyak keje nk wat petang tadi. Tak mo bebel panjang lebar, meh la layan bubur kacang ni.Masih ada lagi ni, meh la kalau ada yang nak joint. Nak resepi ke? Xyah la kot, xde apa spesel pon, sama cam yang korang wat jer. Jom...
Salam suma, korang kenal tak bunga @ pokok apa ? Pic ni aku snap masa kat balik kg rasa haji dulu, sambil dok tggu lembu nak 'tumbang'..aku jenjalan la belakang umah tuan punya lembu. Snap je lah apa2 yang aku rasa menarik. Saja nak tepek dlm blog sbb aku tak tau nak tayang apa hu..hu..
Ha..yang ni pon sama la..Agak2 bunga apa ya?
Ha..ha..saja jer..ni la pokok kacang botol, wat ulam pon sodap...
Salam ceria di petang sabtu, mesti ada yang bawa family pi jenjalan..emm..Daging Panggang Cicah Air Asam ni menu lunch kami jap tadi...jangan dok minta2 tau dah abes pon...daging panggang ni sedap makan time panas2..
Salam, Hari ni bz sket, pagi2 tadi pi klinik untuk 'sunat' abang long, sebelum pi klinik tu aku bagi dia makan nasi kenyang2 dulu, sian lak lepas 'potong' kena pantang makan..Menu ari ni kari udang ngan timun dan ayam goreng. Tu je la..kelam kabut gak masak sbb nak siap cepat. Ayam goreng tak snap pic la sbb ayam goreng bodoh jer..Meh la layan kari udang ni..psst ni bukan menu pantang tau
Hari ni masak simple jer. Tak de apa istimewa pun sotong goreng kicap ni, boh garam kunyit goreng cam biasa jer, nak bagi menarik sket aku boh kicap pekat dan sos tiram. Campak bwg beso n cili merah. Tu je la..simple sangat..Ada yang lom makan ke? meh la joint
Salam suma kawan2 blogger dan tetamu 'Teratak Mutiara Kasih' yang tak jemu2 berkunjung ke teratak yang tak seberapa ni. Menu dinner kami tersangatlah simple lauk ikan goreng, sayur campak2 dan ulam. Tu jer..malas la nak wat seisi fotografi, memandangkan ikan goreng baru jer tayang 2ari lepas. Untuk tidak menghampakan pengunjung2 blog ni, saya godek2 dlm gobok, terjumpa la gambo puding marble ni..kira sesuai la utk tatapan umum ngee..Puding Marble ni dah lama wat tau. Jangan dok mintak2 memang kompom udah pinish..Meh tengaok resepi. Ops..terlupa lak tuan tanah resepi puding marble ni iezamel78, ieza saya kopi pes resepi kat sini ya..
Bahan-bahan ( 8 - 10 orang )
2 gelas air
1 paket agar-agar serbuk (10 gm)
2 Gelas susu segar
3 biji kuning telur
3 sudu besar mentega/majerin
1 sudu besar serbuk koko(sy gn choc emulco)
1 sudu besar tepung kastard
1 gelas gula (sy gna 2/3 gelas)
Cara-cara
Masukkan 2 gelas air didalam periuk. Biar air hingga mendidih. semantara itu, pukul kuning telur bersama mentega, ketepikan.
Bancuh tepung kastard bersama susu segar. Setelah air mendidih, masukkan serbuk agar2 bersama gula. kacau hingga kedua-dua bahan larut.
Setelah bahan tadi larut, masukkan bancuhan tepung dan kacau. Kemudian masukkan pula telur yg telah dipukul bersama mentega tadi. Kacau sebati dan tapis adunan.
Bahagi adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan serbuk koko.(serbuk koko dibancuh dengan sedikit air panas). kacau sebati. 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
Sendukkan 1 bahagian koko ditengah loyang, diikuti 1 bahagian warna asal di atasnya. Ulang hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk. * Acuan loyang terpulang kepada individu.
Note:
Resepi asal menggunakan sukatan gelas.
1 gelas=240ml.Guna gelas yg sama untuk semua sukatan
Salam,
Mi goreng...lagi. Jangan ada yang boring yer..wat mee goreng jer utk dinner. Mi goreng campak2, resepi yang cukup ringkas, janji perut kenyang sudahlah.. Tadi pi jenjalan umah merin, dia pun masak mee jugak, tapi mee udang , cam berjanji lak, siang tadi sama2 wat singgang, mlm lak masak mee hik3. Ada yang nak join tak? meh la...
Salam,
Menu semalam tapi tak sempat nak post, singgang sutun ni resepi org pantai timur, sangat senang dan cepat nak disedakan. Sedap ni hirup kuah sapa licin. Cili padi yang tergolek tuh aksesori jer, rasa pedas2 manja jer ahaks..Anak2 tak tahan pedas. Nak resepi ke? Tak yah la kot..senang sangat..korang suma pun dah tau kan
Bahan-Bahan:
Sotong 300gram
2-3 ulas bawang merah ( dihiris)
1 ulas bawang putih ( dihiris )
2-3 biji cili padi ( diketuk )kalau nak pedas
1 biji cili merah ( dipotong serong)
1-2 batang serai ( dititik )
Garam & serbuk perasa
Air secukupnya
Cara-Cara:
Sotong dibersihkan dan potong. Kalau sotong kecik tak yah potong la
Masukkan suma bahan, tggu hingga mendidih..tutup api
Puding roti ni dihasilkan time aku dok 'conference' ngan kak rosaliza, hasue & sunkist petang tadi. Ni memang puding roti, nape tak percaya?betul puding roti...mesti korang ingat puding karamel kan?Sekali tengok cam puding karamel tapi dari segi rasa ada kelainan. Aku jatuh cinte pandang pertama ngan puding roti ni pestaim skodeng umah merin. Sedap? sudah semestinya..sekali hadap jer dekat nak licin dh. Merin,saya kopi pes resepi kat sini ya;
Bahan-bahan
7 keping roti putih (sy gn 4keping roti + 6keping biskut merie)-roti abes
satu tin susu cair
5 biji telur - gred c ( kalau gred A guna 4 biji pun dah ok )
2 sudu teh esen vanilla ( hilangkan bau hanyir telur)
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
Cara-cara
Carik-carikkan roti dan letakkan dalam bekas
Tuang susu cair dan tekan-tekan roti tadi biar tenggelam dalam susu(rendam selama 30 minit -don't worry..tak lemas punya )
separuh dari sukatan gula dibuatkan gula hangus...Ibu guna loyang yang boleh letak atas api...lagi senang..letak gula dalam loyang..biar dia cair dengan api perlahan...bila dah warna kuning emas tu..padamkan api..kalau lambat nanti dia hangit..pastu biar sejuk
Blend bhn2 lain...telur, gula, esen vanilla, roti dengan susu yang direndam tadi dan juga air (blend halus)
Tuang atas gula hangus dalam loyang tadi..kukus antara 40 minit hingga 1 jam
Bila masak...sejukkan sebentar pastu tonggengkan dalam bekas lain...tu yang nampak bahagian atas tu kaler lain..baru nampak cantik sikit...masuk dalam peti sejuk..apa jenis puding pun makan sejuk-sejuk lagi sedap...
Ada yang nak puding roti tak? meh bawa pinggan masing2..sila..sila jangan malu2
Hari ni masak simple jer, sebenornya xde idea nak masak apa..main campak je la..walaupun simple tapi sedap kat anak tekak aku ni.Resepi udang ni sangat ringkas, kalau ada yang berminat boleh mencuba:
Salam ceria di pagi Ahad, selamat berhujung minggu pada kawan2 semua.Kat sini saya nak kongsikan petua 8P dari ustazah nurbayah.
Petua 8P Ustazah siti Nurbahyah (untuk yang dah berumahtangga sahaja)
Ustazah Siti Nur Bahyah berkata,
1) P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. Jangan lah terlebih puji pulak naik tochang nanti susah pulak
2) Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Peluk je jangan lebih2 pulak
3) P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Yang ni lah yang kureng sikit, selalu complain aje
4) ‘Perhatian’ adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda. Setuju sangat.
5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’ amat penting
6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. Sendiri ingat la….. Takut nanti bukan ketiga je, keempat pun boleh jadi…..
7) Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
Ni yang susah sikit ni, ”gerabak” (anak-anak) tu nak tinggalkan kat mana kalau ”kepala” (ibubapa) dia dah tak de?
8] Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Amin. Ini lah yang teramat penting sebagai Hamba Allah.
***Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu:
membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau
membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
***kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga
Menu hari ni 'selera kapung' ikan senangin goreng, masak lemak pucuk paku dan ulam-ulaman cicah ngan budu, perggg...memang sedap tak hengattt..Mula2 tu plan nak wat ikan goreng berempah resepi hana, tapi kunyit hidup lupa beli lak, kalau guna serbuk kunyit rasanya kureng la. Tak pe la wat ikan goreng bodoh jer la. Meh la join kitaorang
Masak Lemak Pucuk paku
Korang makan budu tak? kalau tak kenal budu, yang dalam piring kecil kaler coklat gelaptu ler budu, sedap ni..meh la join...
Kang tercekik lak makan, kalau xde air..jemput minum sirap ros kasturi ni. Kalau tak cukup tuang sendiri yea
Salam semua, menu minum petang ari ni adik bongsu aku yang sediakan, sebenornya dia nak wat puding roti marble (resepi hana), tapi takut tak jadi tang marble tu, sudahnya tuko wat agar2 roti yang lebih senang katanya lah. Rajin betul adik aku yang sorang ni buat dessert..menjadi dan sedap lak tu..aku cuma jadi tukang tangkap gambo jer..memandangkan cameraman profesional haku ada kelas hu..hu..hu..sapa lagi kalau bukan hubby aku yang sgt kebizian skrg ni..Tu ler pasal pic suma jadi ntah hapa2 ntah. Korang layan je la..Ops terlupa lak resepi agar roti kepunyaan hana yang dok kat jepun nun...Hana, saya kopi pes resepi kat sini yea ;
Ada sapa2 nak agar2 tak? Sila angkat pinggan masing2..masih byk lagi ni..Tapi kalau tak cukup gak korang amek resepi kat bawah tu kena wat sndiri la ha..ha..ha.. (kijam tul) pinjam ayat hana jap ahaks
Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 tin susu cair 170ml (1cawan arcopal)
8gram serbuk agar2 (kat mesia agar2 10g)
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
31/2 cawan air (4cawan)
Cara-cara
Didihkan air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat n susu cair. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai agak2 pekat.
Tuang dalam acuan. Bleh la letak pewarna apa2 kat atas tuh dan lorek2kan dgn lidi.
Masukkan peti ais beberapa jam sebelum mkn...dah siap...
Salam,
Menu dinner malam ni, ayam beriani tak cukup bahan. Bahan basic jer ada, aksesori suma xde. Maklumlah esbok pun lapang jer, weekend nnt la baru pi market, penuhkan esbok tuh. Gambo pun blurr semacam jer, snap cepat2 sbb anak2 dah lapo..Ayam beriani ni resepi DJ , minta sori la cikgu, byk beno mendurhaka tanpa niat hu..hu..Ayam beriani ni walaupun tak cukup, tapi sedap tau. Kalau korang nak menerai, ikut resepi kat bawah tu...jangan dok menduhaka cam aku lak. Dayang kite kopi pes resepi ya:
Bahan-bahan :
1 ekor ayam (dipotong ikut suka, digaul bersama sedikit kunyit dan garam. Kemudian digoreng hingga 3/4 masak)
70 gm rempah beriyani (dibancuh dgn sedikit air)
5 sb minyak masak (utk menumis)
3 sb minyak sapi (x boh xde stok)
garam secukupnya
sedikit gula
1/3 tin susu cair (terlupa lak nak boh susu cair)
2 sb puri tomato (tuko ngan sos tomato jer)
2 sb madu
Bahan2 kisar :
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 biji cili hijau (xde stok)
Bahan2 dimayang :
daun bawang
daun sup
daun ketumbar
daun pudina
1 biji bawang besar (bawang jer ada yg lain2 tu xde)
Bahan hiasan : kismis, gajus goreng dan bawang goreng
Cara-cara :
Panaskan minyak dan minyak sapi di dlm kuali besar. Tumiskan bahan2 yang dikisar sehingga wangi. Masukkan pes rempah beriyani dan tumis lg hingga pecah minyak.
Masukkan 5 cawan air @ secukupnya. Biarkan ia mendidih dan menjadi pekat.
Masukkan susu cair, puri tomato, dan madu. Kacau rata.
Masukkan bahan2 yg dimayang, garam serta sedikit gula.
Masukkan ayam dan gaulkan.
Masukkan bahan2 selebihnya dan masak hingga sebati.
Salam, Emm..tak tau la nak bebel apa? Bila perut kenyang, mata pun cam nak tertutup jer, tambah lak cuaca sejuk2 ni. Meh la layan Kepah masak lemak. Suma dah tau kan resepi masak lemak ni..
Salam siaran suma, n3 pertama bulan Disember..pejam celik pejam celik dah masuk bulan Disember rupanya..Tak lama lagi kite semua akan melangkah ke tahun baru. Sekejap saja masa berlalu.
Dinner mlm ni kami sekeluarga mkn daging kurma, daging masak merah dan ikan kering goreng. Sayur xde..maklumlah balik dari kampung esbok masih kosong. Daging tuh suma daging korban la..Minta maaf la kengkawan suma mlm ni x sempat lak seisi fotografi memandangkan hubby kite ada klas kol 8pm, so nx time la tayang menu lauk2 ni. Tapi untuk tidak menghampakan pengunjung2 blog ni aku godek2 dalam folder terjumpa gambo koleksi ni..Choc Bread Pudding ni resepi DJ
Kalau ada yang berminat bleh tgk resepi kat bawah, sedap tau..jap jer dah licin..Dayang kite kopi pes ya:
Emm...bersepah tul teratak kite ni habuk, sawang, suma ada..maklumlah terbiar selama 4ari. Terima kasih pada para pengunjung yang masih sudi menjengok blog ni walaupun tuan umah xde..dan tentunya xde la n3 terbaru ahaks..n3 masak2 tu nnt2 la dulu, kite nak gantung kad raya pemberian kak atie, sebagai tanda persahabatan walaupun sekadar kenal di alam maya. Terima kasih byk2 kak atie, walaupun agak terlewat menggantung kad ni..
Dikesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha untuk suma kawan2 di alam maya ni dan juga pengunjung2 setia teratak mutiara kasih. Kami sekeluarga akan pulang ke kampung pagi ni (khamis 26Nov) dan akan kembali semua pada petang ahad (29Nov)
Salam,
Yea..yea..dapat kad raya, selalu tuh raya posa yang dapat kad, kali spesel sket, raya haji pon dapat kad. Seronottt...nyer...kad nih pemberian hasue..tenkiu sue, cayang dia. Salam AidilAdha juga untuk semua..ampun maaf dipinta kalau ada salah dan silap
Puding ni sebenarnya wat petang kemarin, tapi disebabkan adik kite dah merajinkan diri wat puff sardin, jadi puding simpan dlm esbok wat spare, lagipun puding kalau mkn sejuk2 lagi sedap..Tak mo bebel pjg lebar, meh la layan gambo2 ni..Ops..sebelum tu nak tepek resepi dulu, resepi ni tgk kat umah kak ummi minta izin kopi pes resepi ya:
Bahan-Bahan
1 paket serbuk agar-agar (11 gm)(sy guna 10g)
2 biji telor
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail
Cara-Cara:-
Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan.
Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih.
Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api.
Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.
Kalau tak cukup, jangan risauu..masih banyak lagi ni. Kalau tuan umah xde kena layan diri yea
Minta maaf banyak2 la kawan2, sehari dua ni bz sket melayan karenah anak2 maklum lah cuti sekolah dah pun bermula..'umah' ni pun dah berhabuk dan bersawang..x sempat nak mengemas pun hu..hu..Ribuan terima kasih saya ucapkan pada kawan2 yang sudi berkunjung ke teratak ni walaupun xde n3 terbaru. Kunjungan anda semua amat dihargai..
Meh la tengok menu minum petang kami sekeluarga ari ni...Sardin Puff..hasil tangan adik kite..kita dok bz wat pudding untuk dessert malam ni..Jangan ada yang tersilap ngan kuih cekmek molek ya, yang ni inti sardin..ala-ala karipap gitu.
Ada yang belom minum petang lagi ke? Meh la...jangan risau, masih banyak lagi..cuma yang lulus untuk tayang umum yang ni jerr ahaks..
Salam,
Hari Jumaat penghulu segala hari, emm..hari ni tayang menu sotong lak. Resepinya sangat simple tapi rasa memang best..Anak2 pun suka hirup kuah sampai licin..Resepi ni skodeng kat dapur hasue. Sue minta izin C&P resepi kat sini ya:
Bahan-bahan ( 2-3 Orang )
400g Sotong (saiz sederhana)-Buang kulit dan dakwat sahaja,potong jika suka.
2 Tangkai cili merah* (boleh letak cili api jika suka pedas)
2 Ulas Bawang Merah*
1-2 Ulas Bawang Putih*
1cm Halia*
4 cm Kunyit Hidup*
1/2 sudu kecil Belacan*
1 Batang Serai (dititik)
3-5 Keping Asam Gelugor(bergantung pd citarasa)
1 Sudu garam,secubit gula,secubit perasa(semuanya bergantung pd citarasa masing2)
2.Panaskan sedikit minyak,tumis bhn dah ditumbuk sehingga naik bau dan agak garing..Masukkan asam gelugor dan serai.Kacau rata..
3.Kemudian,masukkan sotong dan kacau sehingga sebati..masukkan sedikit air dan semua bahan perasa..
4.Jangan masak terlalu lama. Padamkan api apabila semua bahan sudah sebati dan cukup rasa.. *untuk rasa lebih enak,letakkan daun kunyit yang dimayang halus..
Menu bendi lagi?? jangan ada yang boring ya..maklumlah sayur peberet tuan umah.Resepi asal Kacang botol tumis belacan hak milik love2cook, tapi kacang botol xde stok, saya tuko ngan kacang bendi. Sedaaappp..
Love minta izin kopi pes resepi kat sini ya:
1.5 inci belacan (kurang/ lebih ikut citarasa) - dikisar
Sedikit udang kering - dikisar
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara-cara
1.Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi. Tumis hingga naik bau. 2.Masukkan kacang botol dan garam. Gaul sebati.
3.Dah okey, boleh padamkan api. Sedia dihidangkan.
4.*Jangan masak terlalu lama, nanti lembik..;)
Salam,
Hari ni tak tau nak tayang apa, godek2 dlm gobok terjumpa la gambo ni..kompom udah pinish ya gambo arkib ni..Resepi terung masak sambal ni kepunyaan hasue dok di Mukah Sarawak. Sambal terung ni memang sedap sesangat, anak2 yang tak suka sayur pun makan bertambah2...seronok tul. Tapi yang syoknya lepas makan depa bising2 kata tangan 'busuk' hik3x bau belacan letak kat tangan. Emmm...time makan tuh tak hengattt..Budak2 la katakan..sue minta izin kopi pes kat sini ya.
Bahan2:
2-3 Terung Panjang (buang kulit belang2)
1 cili merah
2 bawang merah
1 ulas bawang putih
Segenggam udang kering
1 sudu belacan
Perasa-garam,pak aji dan gula secukup rasa
Limau kasturi-untuk diperah ketika hendak makan sebagai pembangkit selera
Panaskan dalam 1/3 cawan minyak masak,tumis bahan tersebut sehingga naik bau dan agak garing
Masukkan terung yg sudah dicuci bersih..kacau goreng hingga sekata dan kecilkan sedikit api. Tunggu sehingga terung layu dan berubah warna..kacau jika perlu.
Apabila terung sudah agak mengecut,masukkan air sehingga melebihi paras terung.
Kemudian masukkan semua bahan perasa..
Pastikan terung benar2 sudah masak sehingga ada isi yg tertanggal dari kulit pun tak mengapa..lg sedap sebab lebih lembut..jika belm lembut,tambahkan lagi sedikit air.
Apabila airnya sudah sama paras dengan terung atau kurang,sebatikan semua rasa dan padamkan api..
Salam,
Ha..pencuci mulut ni tak tau la nak boh nama apa, sebabnya adik bongsu kite yang buat..dia main hentam jer..katanya wat puding 3 lapis, tapi kaler dah bercampur lak. Tak pe la kira puding marble la tu hu..hu..hu..Tapi rasa sedap gak. layan je la gambo ni.
Salam
Dah la kemarin tayang sayur bendi tumis berempah, ari ni ayam berempah lak, ni gambo arkib ya..jangan ada yg terliuq udah la..mmg sudah pinish suma. Lauk kegemaran anak2, mudah plak tu nak sediakan..kalau cara saya, selalunya ayam tu saya perap byk ketul, bila nak makan, goreng setakat sekali makan jer. Selebihnya boleh simpan. Lagipun ayam berempah ni, kalau perap lagi lama lagi bagus. Tapi jangan la sampai berbulan..Setakat 2-3ari je la. Lagipun anak2 ni tak reti jemu makan ayam. Dah panjang lebar membebel tu, meh la tengok resepi. Err lupa plak tuan punya resepi ni ialah DJ, tau ke sapa tu? dayangjack la. Dyg minta halal ya C&P kat sini :
Bahan-bahan :
1 ekor ayam sederhana (saya guna chicken wings)
2 sudu makan serbuk kari ayam
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk cili
1 sdt serbuk ketumbar
1 sdt serbuk jintan putih
1 sudu makan tepung jagung
garam secukupnya
Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap sebentar.
Selepas itu, gorenglah dgn minyak yang banyak. Selamat mencuba!
Bendi ni sayur kegemaran saya. Kalau ada jer resepi terbaru sayur bendi ni pasti hati teringin nak cuba. Resepi ni dah banyak kali ulang siaran sebenarnya, dulu tak de blog, malas la nak snap pic. Ni gara2 kak zila66 yg merepot kat dayang dia wat bendi tumis berudang ni, kite pun terliuq gak la.Lama dah x wat. Kali ni versi nak ngabihkan stok bendi yang hampir nk monopouse kat dlm esbok. Sedap ni makan ngan nasi panas2, ratah pun sodap. Tenkiu dyg utk resepi ni, kite kopipes resepi ya.
Bahan-bahan :
7 batang bendi (direndam bersama air garam, tuskan/keringkan dan dipotong menyerong)
8 ekor udang basah (dibuang kulit)
1/2 sudu besar serbuk kari daging (dijadikan pes)
1/2 sk serbuk ketumbar
1 biji cili merah (dihiris)
2 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sk air asam jawa (saya x boh - terlupa la)
garam dan sedikit gula
Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi.
Masukkan pes kari dan serbuk ketumbar. Kacau dan biarkan sampai pecah minyak.
Masukkan udang, cili merah dan sedikit air.
Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau hingga udang hampir masak.
Sup Tulang ni memang peberet kami sekeluarga, pelan asal nak wat sup tulang pedas masam , cek dalam esbok cabai melaka lak tadak. Err..korang tau ke cabai melaka tu apa? cili padi yea kawan2.Saya guna tulang rusuk, yang best tu, kali ni dapat lak tulang rusuk yang banyak isi, berbaloi rebus lama pun puas hati mkn. Anak2 pun suka makan, hirup kuah sampai licin. Cuma kali ni saya lebihkan seleri memang suka mkn seleri ni krup..krap..best..Meh kita tgk khasiat seleri ni.
Khasiat seleri:
Saya nak kongsikan sedikit info tentang khasiat seleri, bagi yg dah tau tu abaikan je la ya.
Seleri ni memang kaya ngan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, karotin, vitaminA, B-komplek dan C dan magnesium.
seleri dipercayai boleh menurunkan tekanan darah tinggi dgn cara dimasak sup atau rebus
Ia juga melancarkan pengaliran darah dan pusingan haid dan juga mengatasi masalah keputihan.
Menu petang kemarin untuk makan2 petang merangkap dinner. Senang kije sekali harung jer masak. Basic resepi untuk segala bahan mee kuah ni kawan yang bagi, tapi suma main agak2 jer..Anak-anak komen sedap, seronok tengok depa dok ulang makan, hubby lak makan bertambah2. Puas hati masak bila suma suke...
Entah nape la ngan gambo2 ni, sakit jer mata nengok..agaknya sebab boh kuah byk sangat kot, x lawa plak hu..hu.. apa2 je lah..
Dah petang dah pun, baru sempat nak update menu bf, ari ni bz sket ngan keje2 umah. Byk benda nak kena setel dulu.hari ni bf ngan baked bean, chicken cocktail, nugget dan roti bakar. Kenyang lagi ni. May be skip lunch la ari ni..ngelat la tu hik3..
Anak2 kata..wah speselnya bf ari ni, esok bleh wat lagi...sedap la tu..enu ni hasil skodeng umah dayangjack. Resepi bleh tgk kat sini. Jom layan gambo2 ni..
Salam,
Hari ni x de tayangan makanan, minuman atau yang sewaktu dengannya. Meh la jamu mata ngan satu-satunya loceng yang saya ada, nak kata koleksi pun..baru nak stat kolek jer hik3, Jom layan
Salam,
Malam ni dinner ngan koay teow goreng jerr, wat satu bungkus kejap jer licin. Tapi nape ntah kesilapan teknikal gambo x brpa clear lak..rasa frust tul la..cuma ni jer la yg bleh tayang..Resepi ni main campak2 jer.Cam biasa la xde sayur segala, boh sayur bebanyak pun, anak2 tolak tepi gak..
Mungkin ramai yang dah tahu tentang khasiat pegaga ni, tapi bagi yang belom tau, meh la saya kongsikan sedikit info. Pokok pegaga juga dikenali sebagai pokok antanan pokok ulaman yang tumbuh subur di negara kita Malaysia dan juga negara2ASEAN.Pegaga yang ada kat Malaysia ni pun byk jenis tau antaranya ialah:
Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil
Pokok Pegaga Daun Lebar
Pokok Pegaga Kelantan
Pokok Pegaga Renek
Pokok Pegaga Salad
Pokok Pegaga Gajah
Pokok Pegaga Brunei
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Antara khasiat lain pegaga ialah:
penawar alahan
anti kanser
melawaskan air kencing
penawar batu karang
penawar kencing berdarah
penawar ulser
merangsang peredaran darah
merawat cirit birit
menurunkan tekanan darah
Emm..bagi sesiapa yang nak cantik dan slim tu kena la amalkan minum jus pegaga atau jadi ulam.pastu kekal jelita sentiasa.Dah tau khasiat pegaga ni, apalagi jom la minum jus pegaga ni.Ada sapa2 nak join tak? Meh la..
Dah citer panjang lebar pasal pegaga, lupa lak nak gitau resepi jus pegaga ni kepunyaan dayangjack, dyg kite copy & paste resepi kat sini ya:
Bahan-bahan (1-2 gelas)
100 gm pegaga (cuci dgn air garam bsama akarnya sekali)
3 camb gula perang (blh tmbah atau kurangkan)
500 ml air masak
5-7 ketul ais
Cara-cara
Masukkan air masak ke dlm periuk bersama gula perang dan masak sehingga mendidih. Sejukkan.
Kemudian kisar daun pegaga bersama air gula td. Tapiskan jusnya.
Masukkan semula jus td ke dlm pengisar dan kisar bersama ketulan ais selama 1 minit.
Sebenornya ari ni tak tau nak boh n3 apa. Kodek2 dlm koleksi jumpa lah gambo ni. Jangan dok mintak2 tau mmg dah tadak. Resepi ni amek umah dayangjack, memang sangat lazat dan berkhasiat. Dayang, kite kopi pes resepi kat sini ya.
Hari ni tuan umah bz sungguh mengukur keluasan suppermarket hu..hu..sebab tu la lambat sket meng'n3' ada yang tunggu ke? minta maaf la kalau ada yang tertunggu2 n3 terbaru. Ari ni wat pudding lychee dangdut. Dah lama sangat berkenan ngan puding ni tapi takut anak2 tak suka, maklumlah tekak budak2 ni susah sket nak jangka kalau pesen ada buah2 cenggini. Tapi puding ni anak2 suka lak, Alhamdulillah siap bertambah2 lagi. Seronok lak tengok depa makan. Resepi tgk kat umah kak ummi .Thxs to kak ummie & kak hanieliza utk resepi ni. minta izin C&P kat sini ya:
Bahan:-
10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
2 liter air
2 cawan gula (lina pg kurangkan siket )
2 tin laici (asingkan airnya)
1 tin susu cair
Cara-Cara:-
Masak agar-agar hingga mendidih.
Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
Kemudian sejukkan dalam fridge.
Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.
(*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)
Ada yang nak makan puding tak? cepat-cepat ambik mangkuk, skop sendiri ya.Ada banyak lagi ni
Hari ni bf ngan mi goreng 'stock clearance' main campak jer apa yang ada lam esbok..Sayur pun xde, seb baik ada sket daun ketumbar ngan cili merah, nampak la meriah sket, kalau tak, tentu tak 'bermaya'la mi goreng ni. Nak jemput makan pun, takut tak sudi, maklumlah mi goreng bodoh je ni.
Ada yang nak joint gak ke? angkat tangan tinggi2 tau, nnt kite tak nmpk hu..hu..