Nasi Goreng Telur Dan Sosej | nasi goreng cili kering
Assalamualaikum...
Lama betul tak bersiaran, cuti sekolah pun dah habis seminggu.Kami tak ke mana-mana pun cuti kali ini.Biasalah kan kalau cuti sekolah ni mak-mak mesti pening kepala memikirkan menu apa yang nak dimasak untuk anak-anak.
Resepi hari ini ialah nasi goreng telur dan sosej, mudah sangat.Sap sap soi saja.Nasi goreng pun tak pedas, versi mesra kanak-kanak.Tapi kalau yang suka pedas, guna cili kering kerinting tu la.Saya guna yang tak pedas.Lepas tu nak masukkan apa-apa bahan pun boleh.Kalau ada dada ayam, pun boleh dadu/hiris masukkan dalam nasi goreng.Saya buat yang simple je.
Resepi nasi goreng sangat mendapat sambutan di TikTok dan IG.Tapi macam biasalah agak krik-krik di YouTube hahaa.Jangan gelak tau nasi goreng ni bukan semalam punya tapi saya buat bulan November 2022 lagi.Adoi gitulah teruk betul dia punya lemau nak update blog
Nasi Goreng Telur Dan Sosej
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
4 cawan nasi
3 ulas bawang putih *
3 tangkai cili kering *(potong dan rendam dalam air panas hingga lembut)
sedikit ikan bilis*
sedikit minyak masak
1 sb butter/marjerin
2 sb sos ikan
2 sb kicap cair
1 kiub ikan bilis
serbuk lada sulah
Cara-Cara
- Panaskan sedikit minyak bersama mentega, tumis bahan kisar/tumbuk hingga garing.
- Masukkan sosej dan goreng sekejap, kemudian masukkan telur.Biarkan telur set/beku sedikit kemudian kacau/gaul bersama bahan tumisan.
- Masukkan sos ikan, kicap cair dan kacau sebentar.Masukkan nasi (sejuk) gaul sebati.
- Rasa dulu nasi goreng, kalau kurang masin letakkan sedikit garam (lina pg guna kiub ikan bilis)
- Seimbangkan rasa kemudian letak serbuk lada sulah.Gaul rata dan tutup api.
- Taburkan hirisan daun bawang untuk hiasan