Emm...bersepah tul teratak kite ni habuk, sawang, suma ada..maklumlah terbiar selama 4ari. Terima kasih pada para pengunjung yang masih sudi menjengok blog ni walaupun tuan umah xde..dan tentunya xde la n3 terbaru ahaks..n3 masak2 tu nnt2 la dulu, kite nak gantung kad raya pemberian kak atie, sebagai tanda persahabatan walaupun sekadar kenal di alam maya. Terima kasih byk2 kak atie, walaupun agak terlewat menggantung kad ni..
Dikesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha untuk suma kawan2 di alam maya ni dan juga pengunjung2 setia teratak mutiara kasih. Kami sekeluarga akan pulang ke kampung pagi ni (khamis 26Nov) dan akan kembali semua pada petang ahad (29Nov)
Salam,
Yea..yea..dapat kad raya, selalu tuh raya posa yang dapat kad, kali spesel sket, raya haji pon dapat kad. Seronottt...nyer...kad nih pemberian hasue..tenkiu sue, cayang dia. Salam AidilAdha juga untuk semua..ampun maaf dipinta kalau ada salah dan silap
Puding ni sebenarnya wat petang kemarin, tapi disebabkan adik kite dah merajinkan diri wat puff sardin, jadi puding simpan dlm esbok wat spare, lagipun puding kalau mkn sejuk2 lagi sedap..Tak mo bebel pjg lebar, meh la layan gambo2 ni..Ops..sebelum tu nak tepek resepi dulu, resepi ni tgk kat umah kak ummi minta izin kopi pes resepi ya:
Bahan-Bahan
1 paket serbuk agar-agar (11 gm)(sy guna 10g)
2 biji telor
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail
Cara-Cara:-
Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan.
Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih.
Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api.
Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.
Kalau tak cukup, jangan risauu..masih banyak lagi ni. Kalau tuan umah xde kena layan diri yea
Minta maaf banyak2 la kawan2, sehari dua ni bz sket melayan karenah anak2 maklum lah cuti sekolah dah pun bermula..'umah' ni pun dah berhabuk dan bersawang..x sempat nak mengemas pun hu..hu..Ribuan terima kasih saya ucapkan pada kawan2 yang sudi berkunjung ke teratak ni walaupun xde n3 terbaru. Kunjungan anda semua amat dihargai..
Meh la tengok menu minum petang kami sekeluarga ari ni...Sardin Puff..hasil tangan adik kite..kita dok bz wat pudding untuk dessert malam ni..Jangan ada yang tersilap ngan kuih cekmek molek ya, yang ni inti sardin..ala-ala karipap gitu.
Ada yang belom minum petang lagi ke? Meh la...jangan risau, masih banyak lagi..cuma yang lulus untuk tayang umum yang ni jerr ahaks..
Salam,
Hari Jumaat penghulu segala hari, emm..hari ni tayang menu sotong lak. Resepinya sangat simple tapi rasa memang best..Anak2 pun suka hirup kuah sampai licin..Resepi ni skodeng kat dapur hasue. Sue minta izin C&P resepi kat sini ya:
Bahan-bahan ( 2-3 Orang )
400g Sotong (saiz sederhana)-Buang kulit dan dakwat sahaja,potong jika suka.
2 Tangkai cili merah* (boleh letak cili api jika suka pedas)
2 Ulas Bawang Merah*
1-2 Ulas Bawang Putih*
1cm Halia*
4 cm Kunyit Hidup*
1/2 sudu kecil Belacan*
1 Batang Serai (dititik)
3-5 Keping Asam Gelugor(bergantung pd citarasa)
1 Sudu garam,secubit gula,secubit perasa(semuanya bergantung pd citarasa masing2)
2.Panaskan sedikit minyak,tumis bhn dah ditumbuk sehingga naik bau dan agak garing..Masukkan asam gelugor dan serai.Kacau rata..
3.Kemudian,masukkan sotong dan kacau sehingga sebati..masukkan sedikit air dan semua bahan perasa..
4.Jangan masak terlalu lama. Padamkan api apabila semua bahan sudah sebati dan cukup rasa.. *untuk rasa lebih enak,letakkan daun kunyit yang dimayang halus..
Menu bendi lagi?? jangan ada yang boring ya..maklumlah sayur peberet tuan umah.Resepi asal Kacang botol tumis belacan hak milik love2cook, tapi kacang botol xde stok, saya tuko ngan kacang bendi. Sedaaappp..
Love minta izin kopi pes resepi kat sini ya:
1.5 inci belacan (kurang/ lebih ikut citarasa) - dikisar
Sedikit udang kering - dikisar
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara-cara
1.Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi. Tumis hingga naik bau. 2.Masukkan kacang botol dan garam. Gaul sebati.
3.Dah okey, boleh padamkan api. Sedia dihidangkan.
4.*Jangan masak terlalu lama, nanti lembik..;)
Salam,
Hari ni tak tau nak tayang apa, godek2 dlm gobok terjumpa la gambo ni..kompom udah pinish ya gambo arkib ni..Resepi terung masak sambal ni kepunyaan hasue dok di Mukah Sarawak. Sambal terung ni memang sedap sesangat, anak2 yang tak suka sayur pun makan bertambah2...seronok tul. Tapi yang syoknya lepas makan depa bising2 kata tangan 'busuk' hik3x bau belacan letak kat tangan. Emmm...time makan tuh tak hengattt..Budak2 la katakan..sue minta izin kopi pes kat sini ya.
Bahan2:
2-3 Terung Panjang (buang kulit belang2)
1 cili merah
2 bawang merah
1 ulas bawang putih
Segenggam udang kering
1 sudu belacan
Perasa-garam,pak aji dan gula secukup rasa
Limau kasturi-untuk diperah ketika hendak makan sebagai pembangkit selera
Panaskan dalam 1/3 cawan minyak masak,tumis bahan tersebut sehingga naik bau dan agak garing
Masukkan terung yg sudah dicuci bersih..kacau goreng hingga sekata dan kecilkan sedikit api. Tunggu sehingga terung layu dan berubah warna..kacau jika perlu.
Apabila terung sudah agak mengecut,masukkan air sehingga melebihi paras terung.
Kemudian masukkan semua bahan perasa..
Pastikan terung benar2 sudah masak sehingga ada isi yg tertanggal dari kulit pun tak mengapa..lg sedap sebab lebih lembut..jika belm lembut,tambahkan lagi sedikit air.
Apabila airnya sudah sama paras dengan terung atau kurang,sebatikan semua rasa dan padamkan api..
Salam,
Ha..pencuci mulut ni tak tau la nak boh nama apa, sebabnya adik bongsu kite yang buat..dia main hentam jer..katanya wat puding 3 lapis, tapi kaler dah bercampur lak. Tak pe la kira puding marble la tu hu..hu..hu..Tapi rasa sedap gak. layan je la gambo ni.
Salam
Dah la kemarin tayang sayur bendi tumis berempah, ari ni ayam berempah lak, ni gambo arkib ya..jangan ada yg terliuq udah la..mmg sudah pinish suma. Lauk kegemaran anak2, mudah plak tu nak sediakan..kalau cara saya, selalunya ayam tu saya perap byk ketul, bila nak makan, goreng setakat sekali makan jer. Selebihnya boleh simpan. Lagipun ayam berempah ni, kalau perap lagi lama lagi bagus. Tapi jangan la sampai berbulan..Setakat 2-3ari je la. Lagipun anak2 ni tak reti jemu makan ayam. Dah panjang lebar membebel tu, meh la tengok resepi. Err lupa plak tuan punya resepi ni ialah DJ, tau ke sapa tu? dayangjack la. Dyg minta halal ya C&P kat sini :
Bahan-bahan :
1 ekor ayam sederhana (saya guna chicken wings)
2 sudu makan serbuk kari ayam
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk cili
1 sdt serbuk ketumbar
1 sdt serbuk jintan putih
1 sudu makan tepung jagung
garam secukupnya
Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap sebentar.
Selepas itu, gorenglah dgn minyak yang banyak. Selamat mencuba!
Bendi ni sayur kegemaran saya. Kalau ada jer resepi terbaru sayur bendi ni pasti hati teringin nak cuba. Resepi ni dah banyak kali ulang siaran sebenarnya, dulu tak de blog, malas la nak snap pic. Ni gara2 kak zila66 yg merepot kat dayang dia wat bendi tumis berudang ni, kite pun terliuq gak la.Lama dah x wat. Kali ni versi nak ngabihkan stok bendi yang hampir nk monopouse kat dlm esbok. Sedap ni makan ngan nasi panas2, ratah pun sodap. Tenkiu dyg utk resepi ni, kite kopipes resepi ya.
Bahan-bahan :
7 batang bendi (direndam bersama air garam, tuskan/keringkan dan dipotong menyerong)
8 ekor udang basah (dibuang kulit)
1/2 sudu besar serbuk kari daging (dijadikan pes)
1/2 sk serbuk ketumbar
1 biji cili merah (dihiris)
2 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sk air asam jawa (saya x boh - terlupa la)
garam dan sedikit gula
Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi.
Masukkan pes kari dan serbuk ketumbar. Kacau dan biarkan sampai pecah minyak.
Masukkan udang, cili merah dan sedikit air.
Masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau hingga udang hampir masak.
Sup Tulang ni memang peberet kami sekeluarga, pelan asal nak wat sup tulang pedas masam , cek dalam esbok cabai melaka lak tadak. Err..korang tau ke cabai melaka tu apa? cili padi yea kawan2.Saya guna tulang rusuk, yang best tu, kali ni dapat lak tulang rusuk yang banyak isi, berbaloi rebus lama pun puas hati mkn. Anak2 pun suka makan, hirup kuah sampai licin. Cuma kali ni saya lebihkan seleri memang suka mkn seleri ni krup..krap..best..Meh kita tgk khasiat seleri ni.
Khasiat seleri:
Saya nak kongsikan sedikit info tentang khasiat seleri, bagi yg dah tau tu abaikan je la ya.
Seleri ni memang kaya ngan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, karotin, vitaminA, B-komplek dan C dan magnesium.
seleri dipercayai boleh menurunkan tekanan darah tinggi dgn cara dimasak sup atau rebus
Ia juga melancarkan pengaliran darah dan pusingan haid dan juga mengatasi masalah keputihan.
Menu petang kemarin untuk makan2 petang merangkap dinner. Senang kije sekali harung jer masak. Basic resepi untuk segala bahan mee kuah ni kawan yang bagi, tapi suma main agak2 jer..Anak-anak komen sedap, seronok tengok depa dok ulang makan, hubby lak makan bertambah2. Puas hati masak bila suma suke...
Entah nape la ngan gambo2 ni, sakit jer mata nengok..agaknya sebab boh kuah byk sangat kot, x lawa plak hu..hu.. apa2 je lah..
Dah petang dah pun, baru sempat nak update menu bf, ari ni bz sket ngan keje2 umah. Byk benda nak kena setel dulu.hari ni bf ngan baked bean, chicken cocktail, nugget dan roti bakar. Kenyang lagi ni. May be skip lunch la ari ni..ngelat la tu hik3..
Anak2 kata..wah speselnya bf ari ni, esok bleh wat lagi...sedap la tu..enu ni hasil skodeng umah dayangjack. Resepi bleh tgk kat sini. Jom layan gambo2 ni..
Salam,
Hari ni x de tayangan makanan, minuman atau yang sewaktu dengannya. Meh la jamu mata ngan satu-satunya loceng yang saya ada, nak kata koleksi pun..baru nak stat kolek jer hik3, Jom layan
Salam,
Malam ni dinner ngan koay teow goreng jerr, wat satu bungkus kejap jer licin. Tapi nape ntah kesilapan teknikal gambo x brpa clear lak..rasa frust tul la..cuma ni jer la yg bleh tayang..Resepi ni main campak2 jer.Cam biasa la xde sayur segala, boh sayur bebanyak pun, anak2 tolak tepi gak..
Mungkin ramai yang dah tahu tentang khasiat pegaga ni, tapi bagi yang belom tau, meh la saya kongsikan sedikit info. Pokok pegaga juga dikenali sebagai pokok antanan pokok ulaman yang tumbuh subur di negara kita Malaysia dan juga negara2ASEAN.Pegaga yang ada kat Malaysia ni pun byk jenis tau antaranya ialah:
Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil
Pokok Pegaga Daun Lebar
Pokok Pegaga Kelantan
Pokok Pegaga Renek
Pokok Pegaga Salad
Pokok Pegaga Gajah
Pokok Pegaga Brunei
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Antara khasiat lain pegaga ialah:
penawar alahan
anti kanser
melawaskan air kencing
penawar batu karang
penawar kencing berdarah
penawar ulser
merangsang peredaran darah
merawat cirit birit
menurunkan tekanan darah
Emm..bagi sesiapa yang nak cantik dan slim tu kena la amalkan minum jus pegaga atau jadi ulam.pastu kekal jelita sentiasa.Dah tau khasiat pegaga ni, apalagi jom la minum jus pegaga ni.Ada sapa2 nak join tak? Meh la..
Dah citer panjang lebar pasal pegaga, lupa lak nak gitau resepi jus pegaga ni kepunyaan dayangjack, dyg kite copy & paste resepi kat sini ya:
Bahan-bahan (1-2 gelas)
100 gm pegaga (cuci dgn air garam bsama akarnya sekali)
3 camb gula perang (blh tmbah atau kurangkan)
500 ml air masak
5-7 ketul ais
Cara-cara
Masukkan air masak ke dlm periuk bersama gula perang dan masak sehingga mendidih. Sejukkan.
Kemudian kisar daun pegaga bersama air gula td. Tapiskan jusnya.
Masukkan semula jus td ke dlm pengisar dan kisar bersama ketulan ais selama 1 minit.
Sebenornya ari ni tak tau nak boh n3 apa. Kodek2 dlm koleksi jumpa lah gambo ni. Jangan dok mintak2 tau mmg dah tadak. Resepi ni amek umah dayangjack, memang sangat lazat dan berkhasiat. Dayang, kite kopi pes resepi kat sini ya.
Hari ni tuan umah bz sungguh mengukur keluasan suppermarket hu..hu..sebab tu la lambat sket meng'n3' ada yang tunggu ke? minta maaf la kalau ada yang tertunggu2 n3 terbaru. Ari ni wat pudding lychee dangdut. Dah lama sangat berkenan ngan puding ni tapi takut anak2 tak suka, maklumlah tekak budak2 ni susah sket nak jangka kalau pesen ada buah2 cenggini. Tapi puding ni anak2 suka lak, Alhamdulillah siap bertambah2 lagi. Seronok lak tengok depa makan. Resepi tgk kat umah kak ummi .Thxs to kak ummie & kak hanieliza utk resepi ni. minta izin C&P kat sini ya:
Bahan:-
10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa (28 gm)
2 liter air
2 cawan gula (lina pg kurangkan siket )
2 tin laici (asingkan airnya)
1 tin susu cair
Cara-Cara:-
Masak agar-agar hingga mendidih.
Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. (jika guna agar-agar biasa, tapis dulu.)
Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
Kemudian sejukkan dalam fridge.
Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi.
(*Agar-agar ini memang sangat lembut seperti taufufa tu..kalau dalam bekas besar, skop aje dengan senduk bila nak makan.)
Ada yang nak makan puding tak? cepat-cepat ambik mangkuk, skop sendiri ya.Ada banyak lagi ni
Hari ni bf ngan mi goreng 'stock clearance' main campak jer apa yang ada lam esbok..Sayur pun xde, seb baik ada sket daun ketumbar ngan cili merah, nampak la meriah sket, kalau tak, tentu tak 'bermaya'la mi goreng ni. Nak jemput makan pun, takut tak sudi, maklumlah mi goreng bodoh je ni.
Ada yang nak joint gak ke? angkat tangan tinggi2 tau, nnt kite tak nmpk hu..hu..
Sementara dapur tuan umah tak berasap ni, kawan2 layan dulu la gambo2 dari 'gobok' ya..silalah jamu mata, jangan ada yang nak ngendeng udahla ye..memang udah pinish suma2 ni. Ikan goreng berempah ni memang sedap. Bila ikan digoreng cenggini baru la 'laku' ikan kan umah ni..kalau tak, minta ampoon la anak2 nak makan ikan. Memang sedap hingga ke keraknya. Tuan punya resepi ni hana yang dok jauh nun..di jepun..Hana minta izin kopi pes resepi kat sini ya:
Bahan-bahan ( 4 orang )
4 ekor ikan - apa2 ikan yang sesuai dgoreng
5cm kunyit hidup
6 ulas bawang putih
1cm halia
sebatang serai - *optional
garam
Cara-cara
Siang ikan cuci bersih. kelar bahagian badan tak putus.
Tumbuk kunyit hidup,bawang putih,halia,serai dan juga garam hingga agak2 lumat.
Gaulkan ngan ikan tadi. perap lebih kurang sejam atau lebih.
Goreng dengan minyak yang panas hingga garing tapi jgn smpi geseng@hangus!. angkat. lebihan rempah2 td jgn buang. toskan dan taburkan ke atas ikan.
Takkan teh tarik je kan? meh la layan kuih ketayap ni, resepi mama kastam tioman. Saya wat setengah adunan jer, dapat lebih kurang 10 biji, mama minta izin kopi pes resepi kat sini ya:
Bahan-bahan ( 22 btg )
3 cawan tepong gandum
1 biji telor
1 1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil perwarna hijau
4 cawan air
1/2 cawan minyak masak*
3 helai daun pandan*
Cara-cara
Satukan semua bahan, kecuali yang bertanda *, kacau sehingga rata. Kemudian tapis.
Masukan minyak dalam mangkuk kecil. Daun pandan di potong 3 bahagian kemudian di ikat dengan getah gelang. Bahagian hujungnya di siat2 supaya senang untuk menyapu minyak pada kuali.
Panaskan kuali. Angkat kuali tadi kemudian sapu minyak dan sendukan satu senduk kecil adunan kedalam kuali tadi dan goyang2 kan kuali supaya adunan menjadi dadar. Letakkan semula kuali di atas api.
Setelah dadar masak, angkat. Isi satu sudu kecil inti kelapa. Susun memanjang, kemudian lipat di kiri dan kanan. Setelah itu gulung dadar tersebut.
Teh tarik pun nak snap pic gak ke? tuh kata my laling la...apa salahnya..okey apa, jawab haku..apa2 je la..malas nak layan gamaknyaa bini dia tengah kemaruk berblogging ni ahaks..Ada yang belom minum lagi ke? Jom la pekena teh tarik kaw-kaw ni ;)
Masih lagi ngan resepi dygjack, dyg jgn boring yer..kite suke resepi dyg ni sbb simple jer..main campak2 jer...senang kije..Meh tgk resepi kat sini atau kat bwh ni (dyg kopi pes ye)
Bahan-bahan :
sedikit kacang panjang (dihiris)
sedikit lobak merah (dihiris)
2 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sdt udang kering
1 biji telur
1 sb kicap manis
1 sb sos tiram
minyak utk menumis
Cara-cara : Panaskan minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk dan udang kering hingga terbit bau. Masukkan sos tiram dan telur. Kacau 10 saat. Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Gaulkan dan akhir sekali masukkan kicap. (jika kurang masin boleh tambah kicap masin atau garam).
Salam, Resepi asal sambal tumis sotong, tapi sebab xde sotong, tuko jadi sambal tumis udang resepi dyg jack, resepi ni bleh tgk kt myR..sori la cikgu x anto repot sebab dh mendurhaka hik3. Sedap nih, kalau tak caya kena la try wat sendiri, kepada yang berminat, bleh la mencuba..dyg kite kopi pes ya..
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
5 ekor sotong XL (saya guna udang sdrhana 300g)
1/2 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 biji bawang merah *
4 sb cili kering kisar
1/2 inci belacan bakar *
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan jus limau kasturi/air asam jawa
1 sudu makan sos tiram
1/2 labu bawang besar (dimayang)
sedikit hirisan daun ketumbar - jika suka
garam dan gula - jika perlu
Cara-cara
Rebus sotong separuh masak dan tuskan.
Kisar bahan2 bertanda *.
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.Tumis bahan2 kisar dan cili kering hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan sos tiram, sos cili, garam, gula dan sedikit air. Kacau rata2.
Masukkan sotong, daun ketumbar, bawang besar dan jus limau kasturi/air asam jawa. Gaulkan sebati.
Salam,
Tayangan amal untuk hari ni ayam masak padang lak, x sempat nk make up segala bagai, siap jer masak, snap pic cepat2 terus nak ngap. Sedap nih makan ngan nasi atau cicah ngan roti. Kalau rajin tuh bleh la wat roti jala, roti puri ke? Kalau maless roti gardenia pun jadilah. Jangan ada yang sakit mata ye, gambo ni x brapa clear sebab snap ngan hp jer uhuks. Resepi ni kepunyaan dayangjack, dyg kite c & p kat sini ya:
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
300 ml santan rendah lemak
100 ml susu cair
garam dan sedikit gula
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam gelugur
Bahan-bahan kisar :
4 tangkai cili merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
sedikit kunyit hidup
10 biji cili api
Cara-cara :
Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan2 kisar hingga terbit bau.
Masukkan ayam dan biarkan mendidih sebentar.
Masukkan santan dan susu cair. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak (boleh tambah air jika perlu).
Jangan ada yang pelik yer kenapa n3 biskut raya lak, emm..jangan tak tau raya haji hujung bulan ni tau. Mana la tau kot2 ada yang nak menerai 'cookies' ni. Resepi ni saya amek dr blog Mat Gebu. CMG minta halal yer kopi pes resepi kat sini:
BAHAN A :-)
250 g mentega
140 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen lemon (mat letak esen vanilla) BAHAN B :-)
60 g kuaci labu, dikisar halus
100 g cornflakes, dikisar halus
40 g coffeemate
60 g tepung jagung
400 g tepung rose (kalau tak de, guna tepung gandum saja) BAHAN C :-)
Kuaci labu, untuk hiasan
Kuning telur untuk disapu
CARA MEMBUATNYA :-)
Pukul bahan A hingga sebati dan rata (jangan pukul hingga kembang, nanti biskut jadi "gedabak"). Masukkan bahan B satu demi satu dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Kalau macam lembik, biarkan 10 - 15 minit (bila cornflakes kembang, doh jadi OK).
Canai doh 1/2 cm tebal, terap guna acuan kegemaran, susun atas dulang pembakar, sapu dengan kuning telur dan hias dengan kuaci labu. Buat hingga siap.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit.( sy bako 120'C selama 10min shj)
Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...
he..he..yang ni lak versi kedekut, tak cukup kuaci nak wat bentuk munge..silap budget hu..hu..hu