Assalamualaikum..
Pestaim tengok kek ni kat fb Evelyn Gemina, terus jatuh cinta.Memandangkan cream cis memang sentiasa ada dalam simpanan, terus saja ON projek baking kek keju ni.Sangat mudah dan sedap...Tak mo bebel panjang, meh la kita semak resepi...Pas ni TMK bercuti siaran buat sementara waktu ya menghabeskan baki cuti sekolah...
Pestaim tengok kek ni kat fb Evelyn Gemina, terus jatuh cinta.Memandangkan cream cis memang sentiasa ada dalam simpanan, terus saja ON projek baking kek keju ni.Sangat mudah dan sedap...Tak mo bebel panjang, meh la kita semak resepi...Pas ni TMK bercuti siaran buat sementara waktu ya menghabeskan baki cuti sekolah...
nampak tak tektur dia yang lembut dan gubu tuh
peringatan handle with care..sangat fragile..masuk mulut lesap
pas kuar oven..3x cucuk baru masak haha...marble ke laut sebab ada masalah teknikal haha
RESEPI FEATHER LIGHT CHEESE CAKE
Rujukan : Evelyn Gemina , Hana Memories
Sumber : Lina pg
( Sila rujuk pada link sifu2 kat atas yea..resepi kat bawah ni ikut methode saya buat)
Bahan-bahan
- 250ml susu segar/susu cair
- 20g butter
- 125g cream cheese - suhu bilik
- 60g tepung Hong Kong (tepung gandum/tepung kek pun ok)
- 3 biji kuning telur
- 1 tsp esen vanila
- 3 biji putih telur
- 1/8 tsp cream of tartar
- 80gm gula
- 1sk jus lemon
- secubit garam
- 1sk coklat emulco
Cara-cara
- Panaskan oven suhu 175'C. Gris loyang 8in dan taburkan sedikit tepung
- Panaskan susu dan juga butter ke dalam periuk. Masukkan cream cheese. Kacau sentiasa menggunakan whisk sehingga agak likat@pekat.Masukkan jus lemon.Ketepikan dan biarkan suam sebentar.Boleh juga dilakukan kaedah double boiler
- Pukul kuning telur dan juga esen vanila sehingga berkrim. Masukkan tepung dan juga campuran cheese tadi. Kacau menggunakan whisk sebati. ketepikan.
- Mangkuk lain, putar putih telur dan krim tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi hingga soft peak. (terbalikkan adunan tak jatuh)
- Ambil 1/4 bahagian putih telur dan campurkan ke dalam adunan kuning telur dan creamcheese tadi. Gaul menggunakan spatula. Kemudian tuang ke dalam baki adunan putih telur secara perlahan2. Gaul sebati tp jangan sampai over mix.
- Ambil secawan adunan dan campurkan dengan choc emulco.Tuang adunan plain ke dalam loyang. Kemudian marblekan dengan adunan koko.
- Bakar secara waterbath selama 50-60min. Sejukkan baru potong.