Resepi Dan Video Tutorial Puding Karamel Tanpa Telur (Tak Perlu Kukus)
Assalamualaikum...
Selamat bercuti Public Holiday buat semua dan untuk anak2 yang bersekolah dah mula cuti penggal.Kali ini sekejap sahaja cuti penggal.Untuk hari ini saya nak kongsikan resepi yang dah banyak kali ulang siar dalam blog ini iaitu Puding karamel tanpa telur.Resepi puding karamel ini sangat sesuai bagi mereka yang alahan/alergik dengan telur.Bagi yang boleh makan telur tapi tak suka bau dan rasa hanyir telur pun boleh buat puding ini kerana ianya tidak menggunakan telur dan tak perlu kukus pun.Satukan bahan masak atas dapur dan sejukkan...Taraaa dah siap puding karamel paling simple abad ini heheee.Walaupun dah banyak kali ulang siar, kali ini buat lagi n3 dalam blog kerana untuk kali ini (banyaknya ulang kali ini hihiii) saya sediakan video tutorial di youtube channel lina pg.Macam biasalah sudah tentu n3 basi jugak la ni sebabnya saya buat masa bulan puasa lagi.Untuk posting ke blog saya akan cepatkan resepi terbaru atau yang sesuai mengikut keadaan semasa..disebabkan resepi ini banyak kali ulang dah, saya lambatkan sedikit untuk update dalam blog.
Resepi dan bahan2 sama sahaja dengan yang sebelum ini, cuma kali ini saya tersilap guna loyang saiz 9in jadinya puding saya jadi besar dan nipis sedikit tapi tak mengapalah ianya tetap sedap, lembut dan manis secukup rasa.Okey jom kita semak resepi dan cara cara menyediakan puding karamek tanpa telur lina pg
Puding Karamel Tanpa Telur Lina Pg
By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (gula karamel)
2 sudu besar gula (boleh letak lebih jika suka manis)
Note:Untuk gula karamel lina pg tidak menggunakan air
Bahan B (Puding)
10g agar agar serbuk
4 cawan air
1 tin susu cair (400g)
3 sudu besar tepung kastad
1/2 susu pekat manis
1/2 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
Cara Cara
- Sediakan loyang 8in atau 9in.Masukkan gula pasir dan biarkan gula mencair (guna api kecil sahaja) Ratakan keseluruhan loyang.Ketepikan sebentar.
- Satukan agar agar serbuk,air, susu cair,tepung kastad, gula, susu pekat manis dan esen vanila ke dalam periuk.Kemudian masak hingga agak likat.Pastikan adunan sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
- Setelah agak pekat, tutup api kemudian tuang adunan ke dalam loyang berisi gula karamel tadi.Sejukkan.
- Setelah puding mengeras, keluarkan dari loyang dan bolehlah dihidang.Selamat Mencuba.Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY paparan di bawah