Resepi Ayam Percik Kelantan Mudah dan Sedap (Bakar Guna Dapur Gas)

By LiNa_Pg - Wednesday, August 19, 2020

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, semoga terus dianugerah kerajinan untuk update blog.Ya Allah banyak lagi bahan yang belum sempat dikemas kini kat dapur yang satu ini.Hari ini kita masih dengan n3 'basi' Basi tu sebab dah lama sangat buat tapi tak sempat update kat sini.Walaupun selalu terlambat,insyaaAllah saya akan tetap berkongsi resepi kat blog TMK ni.Okey resepi kita kali ini ialah Ayam percik kelantan.Kalau di Kelantan ayam percik selalunya berwarna putih.Tapi sejak dua menjak ni dah ada yang berjualan di pasar malam atau bazar ramadan ayam/ikan percik yang berwarna merah.Kalau yang kuah merah kat belah utara ni pun berlambak orang jual.Kalau kuah putih 'rare'siket la,Owh ya kalau sebut bazar ramadan tu memang sahlah resepi ni saya buat masa bulan puasa itu hari.Ayam/ikan percik kalau tak silap saya pernah kongsi resepi kat blog ni.Cuma kali ni saya buat video tutorial.Senang siketlah untuk adik2 yang baru belajar nak memasak.Kalau yang dah pro tu mana layan blog masakan kan?

Kalau di Kelantan ayam dibakar menggunakan 'perange' iaitu buluh yang dibelah dua dan ayam/ikan dikepit/kapit di bahagian tengah.Saya cuba untuk buat ayam percik yang authentic la konon, guna 'perange'yang besi tu dan bakar atas dapur gas.Berasap2 satu rumah feeling betul macam bazar ramadan.Al maklumlah puasa tahun ini masa PKP.

RESEPI AYAM PERCIK 

by malina lina pg  http://linapg.blogspot.com/

Bahan Bahan

2 keping ayam (whole leg)

1 cm halia (tumbuk)

7 ulas bawang merah (tumbuk)

1 cawan santan

1/2 cawan air

1 sudu besar minyak masak

2 batang serai (ketuk)

1 asam keping

garam dan perasa


Cara cara

  1. Tumbuk kasar bawang merah dan halia.Perasakan ayam dengan sedikit garam.Ambil separuh bahan tumbuk dan lumurkan pada ayam.Perap selama 15min (lagi lama lagi sedap)
  2. Kemudian kukus ayam hingga masak.Kalau nak rebus pun boleh.Atau nak bakar terus pun boleh.
  3. Sementara itu, boleh sediakan kuah percik putih.
  4. Satukan santan, minyak masak, lebihan bahan tumbuk,serai, asam keping,air, garam dan perasa ke dalam periuk kemudian masak hingga kuah mendidih.
  5. Setelah mendidih keluarkan asam keping (supaya kuah tidak terlalu masam) Reneh hingga kuah percik pekat. (resepi ini tidak menggunakan sebarang tepung)
  6. Setelah ayam yang dikukus tadi, letakkan pada besi pembakar dan bakar sekejap (boleh bakar dalam oven).Tujuan bakar ini supaya ayam garing di bahagian luar dan memberi 'effect' hangus seperti pasar malam.
  7. Sambil bakar bolehlah disapu kuah percik.Balik-balikkan ayam dan sapukan kuah kedua-dua bahagian.
  8. Angkat dan hidangkan.Selamat mencuba.Untuk video tutorial, sila ke youtube lina pg

  • Share:

You Might Also Like

0 comments