Perlis Tempat Percutian Menarik | Visit Perlis 2024-2025
Assalamualaikum...
Hai semua apa khabar?Tuan rumah asyik tenggelam timbul aje.Hari ini kumpul kekuatan untuk menulis, bukan apa kalau lama dibiarkan mesti lupa apa yang nak dikarang.Semasa cuti Deepavali yang lepas, saya sekeluarga ke Perlis.Kami memang suka sangat jjcm ke Perlis sebab banyak tempat menarik.Setiap kali pergi mesti ada juga tempat yang tak sempat nak singgah.Perlis ni yang seronok sebab tak jammed dan makanan pun sedap-sedap.Kalau nak merasa suasana jem pun sekitar Padang Besar itu pun sebab ramai rakyat Malaysia yang nak ke negara jiran, agak crowded la dekat pintu sempadan.Tempat-tempat lain Alhamdulillah sentiasa lancar sahaja perjalanan.Sambil memandu (tapi saya dok sebelah aje 😜)bolehlah kita nikmati pemandangan yang cukup indah.Perlis ni sekeliling gunung atau bukit-bukit yang cantik dan langit sentiasa membiru (kecuali kalau hari nak hujan la hehe)
Coretan kali ni bukanlah saya buat secara rangkuman sahaja sebab berterabur bukan style vlog yea.Jadi lokasi atau tempat-tempat yang saya kongsikan dalam blog ini lokasi mungkin berjauhan antara satu sama lain.Untuk kali ini kami tidak mengunjungi Gua Kelam sebab sudah beberapa kali ke sana.Tambahan pulak musim hujan (kadang cerah kadang hujan)Jadi untuk keselamatan kami tidak ke Gua Kelam takut air naik.Dan dalam entry kali ini tidak dimasukkan Padang Besar, sebab kami ke sana sekadar shopping pes tomyam sahaja sebab orang terlalu ramai tak sempat nak snap apa-apa.Selalunya kalau ke Padang Besar sempat jugak minum-minum atau makan untuk alas perut.
Tak sampai sebulan sahaja lagi dah nak cuti sekolah, mungkin ada yang bercadang untuk bercuti ke Perlis, jadi bolehlah masukkan lokasi-lokasi yang menarik ini sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025.Gambar-gambar dalam posting kali ini saya guna hp sahaja dan agak malas nak edit sebab banyak sangat 😆 .Jadi terimalah seadanya..
sampan-sampan peniaga di Pasar Terapung.Di sini disediakan tempat/meja makan yang selesa.
Mama tukang snap gambar, abang long tak msuk frame sebab kena beli kopi hehe..Penampakan 3 ketoi sahaja