Sup Ayam Paling Mudah dan Sedap

By LiNa_Pg - Wednesday, October 25, 2023

 Assalamualaikum...

Hai semua kembali bersiaran di pagi Rabu.Apa khabar semua?Semoga semuanya baik-baik sahaja.Rasa macam tak ada idea untuk menulis agaknya faktor usia la kot 😂 .Kita terus sahaja ke resepi untuk hari ini iaitu resepi sup ayam yang sangat mudah.Walaupun ramai yang dah pandai buat sup ayam ni tak apalah mana tau kan time blur tak tahu nak masak apa, terpandang sup ni dapat idea untuk lunch hari ini.Makan pulak dengan ikan masin goreng dan telur dadar hurmm sedap tak terkata, walaupun ringkas tapi cukup menyelerakan.

kalerful gitu sup ayam...baru nampak meriah walaupun sebenarnya cuma kentang dan karot semata

cara masak sup ayam mudah dan sedap
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Tumbuk) 
Sedikit lada hitam
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 cm halia
2 akar ketumbar

Bahan B
10 ketul ayam
1 sb rempah sup
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
Kentang dan karot
Garam dan perasa/seasoning
Daun ketumbar/atau daun sup
Jus limau nipis
Buah tomato
Serbuk lada sulah
Hirisan cili padi
Minyak
Air

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bunga lawang,kulit kayu manis bersama dengan bahan tumbuk.Tumis hingga sedikit garing.
  2. Kemudian masukkan rempah sup, tumis sekejap (masukkan sedikit air jika perlu supaya tumisan tidak hangus).Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, gaul sebati bersama bahan tumisan.Biarkan ayam kecut sedikit (kelihatan pucat/putih).
  4. Masukkan air secukupnya untuk kuah, kentang dan karot.Tutup periuk dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan garam dan perasa (lina pg guna mushroom seasoning),batang ketumbar (bahagian yang keras) dan jus limau nipis.Biarkan ayam empuk.
  6. Setelah ayam empuk, masukkan serbuk lada sulah, buah tomato, daun ketumbar dan hirisan cili.Tutup api.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments