Assalamualaikum...
Rasanya ni biskut terakhir yg saya wat utk raya tahun sbb oven suma dah cuci bersih dah selimut bungkus dh hehehe.Boleh dikatakan setiap biskut kuaci ada dalam list,cuma kali ni saya gunakan resepi biskut kuaci yang duberikan oleh seorang kawan.Memang sedap sebab ada guna macam2 bahan seperti croquant, nestum dan juga macam2 tepung.Tapi sukatan bahan2 agak kurang kurang tepat.So, saya tak berani nak letak resepi.Takut ada yng mencuba dan tak menjadi.marah pulak nnt.kalau sesiapa berminat dgn rsepi biskut kuaci.Boleh cuba resepi CMG yg saya gunakan tahun lepas.Sila klik kat SINI ya.
Sementara ni silalah jamu mata dulu ngan biskut kuaci.Minta maaflah gambar agak berterabur sbb biskut ni siap cun2 time nak pose.Jadi snap lebih kurang sbb nak hidang juadah berbuka plak.
Selamat berhujung minggu semua.Alangkah seronoknya kalau time cuti ujung minggu boleh dok golek2 santai kat umah sambil layan tv.Boring layan tv bleh sambung layan mata plak.Hari ni tak boleh nk santai2 sebab masih ada keje yg blum beres.Jap lagi nak kuar pi shop'g sedikit barang untuk hari raya.Hmm belum abes2 lagi menyoping selagi tak raya hahaha.
Projek mengukis ni saya wat malam tadi.Kalau ikutkan hati dah malas nak ngukis sbb rasa tak larat sangat sebab seharian pi mengukur BJ Komplek cari baju melayu ngan baju kuring utk kami semua.Penat, lenguh kaki memang complet set la.Tapi disebabkan anak2 asyik tanya bila mama nak wat biskut kuning yang guna kastad tu...kugagah jugaklah godek2 wat kukis ni.Memang sedap Biskut Dahlia ni.Pestaim jumpa resepi ni, terus melekat ngan resepi.Masih stick ngan resepi CMG.Saya tepek resepi kat sini.Kalau sesiap yang berminat, bolehlah mencuba:
Bahan-Bahan: (anggaran 120biji)
300 g mentega
160 g gula aising (linapg gn gula castor)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Putar mentega dan gula aising/gula castor hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.(Linapg gn kaedah kaub balik gn spatula sj)
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit .(sy bako 120'C selama 10-12min)
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Tips: Lina_pg guna api atas dan bawah supaya biskut masak sekata dan tahan lebih lama (itupun kalau tak abes la hik3)
Sedar tak sedar, Ramadhan hampir meninggalkan kita.Syawal bakal menjelang tak lama lagi.Bagaimana persediaan menyambut Syawal?Dah ready ke suma?Dah stat mnegukis ke?Saya baru warm up je ni.Ekceli projek ngukis ni time cuti Nuzul al-Quran hari Rabu lepas.Geram sungguh tengok biskut kaknor yang montot dan nampak sangat rangup.Memandangkan resepinya gak senang, godek2 gaklah wat biskut ni.Hasilnya memang sedap..tak tau sempat beraya ke tak biskut ni, memandangkan hampir separuh sudah dingap anak2 n my laling.Takpelah lagi seronok kalau suma suka.Terima kasih kaknor atas resepi dan tips yang diberikan.Izinkan saya kongsikan kat sini pula ya..
hasilnya tidaklah sejelita sifu nor buat,tapi bagi amatur macam saya ni sudah cukup berpuas hati hehehe
Bahan-bahan
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum (linapg gn tepung rose)
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang
1/2 sk emplex (linapg tambah)
Cara-cara
Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate,garam dan emplex. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap (bakar dlm oven kejap pun boleh), tp jgn sampai hangus.
Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ...
Assalamualaikum...
Minta maaf banyak2 buat semua pengunjung TMK.Beberapa hari ni TMK tidak bersiaran, bukan tadak n3 tapi tak berkesempatan nk wat posting.Malam ni pun nak tayang minuman yang menjadi peberet my laling.Ekceli sunquick asam boi ni agak femes di Penang ni.Cuma saya jer tak pernah minum.So, member2 tulun promote kata depa sedap sangat.Memandangkan sangat mudah nak sediakan, saya try gak lah..So time lunch ajak besfren gi Giant beli asam boi.Balik kije terus wat. Wow rasanya sungguh sedap..ada rasa masam sunquick dan manis masam asam boi tuh..Kalau nak tau camana rasanya kenalah cuba sendri ya.
Assalamualaikum...
Ayam Kicap Pedas madu Karipulai@daun kari ni memang tersangatlah sedap...ekceli rcp ni telah dipromote oleh kekandaku secara offline.Kak rosa dah wat 2-3x rasanya resepi ni, tapi dok tinjau2 kat Embun tu tadak n3 pun lagi.Kite pun terjahlah umah kak ina Terminal Hijrah tu.Resepi simple tapi hasil cukup mmengujakan.Sampai licin suma segala yang dlam pinggan ngan daun2 kari kami ngap...finger linckin' good hahaha...Terima kasih utk resepinya..minta izin CnP kat sini ya..pasni mesti ada siaran ulangan
minta maaflah bulan2 pose ni gambo asyik kucar kacir jerr..suma nk cepat..
1 ekor ayam dipotong 14 bahagian (linapg gn 5ketoi kepak ayam)
1 bawang besar di hiris2 nipis
3 tangkai daun kari
2 biji buah tomato dibelah 4 setiap satunya(xboh tadak stok)
10 ulas bawang merah dikisar
6 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
2 batang serai ketuk (linapg tambah)
2 sudu besar cili kering kisar (linapg gn cili giling)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
1 sudu besar kicap mee (linapg tambah)
1 sudu besar gula (xboh)
1 biji cili merah - potong serong (linapg tmbh)
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA
Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan
Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar,serai & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili kering dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
Masukkan sos tiram dan madu, kacau2kan lagi diikuti dengan sedikit garam dan gula, kacau lagi
Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
Terakhir baru masukkan buah tomato/cili merah dan kacau2kan lagi
Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.
Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik..sedar tak sedar dah masuk hari ke-14 umat Islam berpuasa.Terasa terlalu cepat masa berlalu.Macam mana persediaan menyambut lebaran?Baju anak2 dah beli ke?Biskut raya dah stat buat ke?saya bab baju raya anak2 kemarin dan beli sket2..tapi baju kurung n baju melayu belom beli lagi.Tak pe masih ada masa lagi.Ngukis pun mood belom mai lagi..
Ok lah berbalik kepada n3 hari ni, ni kira menu wajib gak bulan pose ni..kalau agar2 ni anak2 suka..lagipun makan tak kenyang..pas laling balik masjid masih boleh ulang makan sampai abess..Rasanya resepi agar2 santan suma org dah tau kan.Tapi xpelah saya tepek gak kat sini.Manalah tau ada yang google cari terjumpa kat blog TMK..tetiba tadak resepi..kesian la plak kan??Resepi saya ni tidak menggunakan telur.Simple jerr
ni nama dia posing upside down..asyik sebaris jer ..hahaha
Menu wajib bila puasa menjelang.Selalu mendapat request anak2 untuk sahur.Roti puri ni versi malas, campak jer dalam bibik melayu.Pastu tekan ON.Esok bangun sahur, baru buat bulat2 dan gelek2.Roti amat lembut.Yang penting licin suma.Seronok tengok anak2 selera makan.Kalau menu nasi ngan lauk tu, mesti ada aksi lentuk2 kat meja makan sambil lenyek2 nasi.Hmm tak selera la tu..Meh layan roti puri ni.Kali ni roti puri makan ngan gulai daging. Sedap..Rsp sila klik kat SINI
Assalamualaikum...
Petang2 camni layan mata best gak kan? sebelum layan mata meh la jamu mata dulu ngan agar2 permata ni, minta maaf lah ni menu basi.Agar-agar permata ni saya wat ms weekend aritu, bila time cuti sempat gak la wat experiment bagai hehehe.Bila dekat nak buka selalu kelam kabut.Agar2 ni pun tak sempat nak snap yg dah dipotong,Tak pe lah nnt lenkali wat kite snap cantik2 ya..
Dah lama tak wat sayur bendi goreng cenggini.Memang peberet sangat ngan sayur bendi ni.Sori la gambo kucar kacir sket..almaklumlah kelam kabut. Sayur ni main campak2 jap jer dah siap.Sedap makan panas2. Tu yang snap lebih kurang jerr. Pepon memang sedap.
7-8 batang bendi (direndam dgn air bergaram. Kemudian dibilas dan dipotong menyerong)
2 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
1/2 inci belacan bakar*
1 sudu makan sos tiram (ganti ngan kiub ikan bilis)
Cara-cara :
Tumbuk bahan2 bertanda*.
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.
Tumis bahan2 tumbuk hingga terbit bau. Masukkan sos tiram dan kacau lagi. Akhir sekali masukkan bendi dan kacau sebati(30 saat). Padamkan api dan hidangkan.
Assalamualaikum..
Alahai lama benor tadak n3 masakan.Puan umah agak bz sket.Balik kije kelam kabut amek anak2 kat umah pengasuh n nursery.Tu yang tak sempat nak meng'n3' tuh walaupun ada gak menda yang ditayang huhuhu.Hari ni curi masa mencelah wat n3 ringkas.Meh la layan menu simple main campak2 ikut stok yang ada kat umah je ni.Janji dapat memenuhi selera anak tekak kami sekeluarga.
Selamat menjalani ibadah puasa.Sekejap jer masa berlalu.Dah masuk hari ke-6 umat Islam berpuasa.Hmm..sepanjang seminggu berpuasa ni dapur TMK tiada juadah spesel utk tamu.Masak tu masak juga,cuma tak sempat nak tunggang tonggek amek gambo.Maklumlah sapa umah pun dh kol 6pm lebih.Masak lebih kurang.Itu pun kalau sempat, kalau tak sempat roger jer kat my laling soh belikan menu buka pose.
Light Chese Cake ni pun saya wat ari sabtu lepas, menu basi la ni.Yang ni pun tak sempat nak di 'n3'kan.Meh la layan cis kek yang sedap ni.Tapi agak kejadiannya tidak begitu sempurna.Nanti tggu komen cikgu sue kite tu hehehe.Tapi kami suma suka texture kek yang cenggini.Ekceli dah lama sangat nak wat ciskek ni, memula tengok umah kak rosa tu, terus beli cream cis.Tapi tak terbuat pun.Seb baik tak expired cream cis tu.Sue minta izin CnP rcp kat sini ya.Untuk tutorial sila terjah umah sue ya
Bahan-bahan
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A• beberapa titik esen vanila/jus lemon
Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
Assalamualaikum semua...
Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke-3 kita berpuasa.Semoga kita semua diberi kesihatan supaya dapat menyempurnakan ibadah puasa pada tahun.Dah agak lama TMK tidak bersiaran..agak bizi gaklah dengan keje harian.Hari ni pun bukan n3 makanan.Cuma nak share kegembiraan di hati puan blog mengenai KongsiResepi.com
Malam tadi dkt kol 11pm camtulah..hajat di hati nak beradulah..sesaja gatal tgn on TMK kat enpon, tetiba ternampak visitor on9 punya ramai.Macam tak caye jerr,utk confirmation..refresh sat kat netbook.Memang betul seramai 83 org ngan on9.Rasanya ini satu rekod utk blog saya ni.Mayb blog kwn2 yang lain menda ni dah biasa.Terima kasih Kongsiresepi.com kerana menyumbangkan traffci yang tinggi utk TMK
Sila klik http://www.kongsiresepi.com untuk joint sebagai ahli