Pic2 ni snap beberapa minggu lepas, ari tu ada balik kampung jap ada hal sket, tapi sempat gak la snap gambo2 ni suma kat belakang umah bonda kat kampung tuh. Meh la layan gambo2 yg tak seberapa ni
Bunga kantan segar dr ladang..kalau nk msk asam pedas..petik jer kat belakang umah
Ni plak saki baki buah duku yg masih ada..tahun ni menjadi betul buah duku ni..
Pokok katak puru aka pokok nam nam..
Ni lak buah nam-nam..mayb ada yg tak kenal buah ni..rasanya masam kelat sket..
Dah lama blog ni tak update, bukanlah kebizian sangat tapi tuan umah demam, batuk dan selsema.2 ari gak la xlarat nak bangun.Makan pun tak berselera. Kalau dah tak larat tu makan pun main tapau je la.Worait tak stori panjang lebar sebab musabab tak hapdet blog, kali ni nak tayang pemandangan yang sempat kami snap beberapa minggu lepas. Gambo snap kat puncak titiwangsa. Kadang2 kabus tebal kat kawasan ni. Cuaca pun nyaman jer....meh layan gambo2 yg tak seberapa nih
Salam . . .
Tanggal 22hb Oktober 2010 genaplah setahun usia 'Teratak Mutiara Kasih' ni. Rasanya baru sekejap jer saya di alam blogger ni rupanya dah setahun....Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada dayangjack kerana dialah saya mengenal dunia blogger nih.Semangat dan dorongan dari DJ lah yg menjadikan saya bersemangat utkk membuka blog ni.Pada mulanya saya agak ragu2 ada ke pengunjung nak datang bertandang ke blog saya ni,memandangkan saya berkerjaya..nnt tadak apa yang nak ditayang..tapi alhamdulillah ada juga yg sudi mengunjungi blog ini dan sudi menjadi 'follower'terima kasih suma...kepada silent reader juga saya ucapkan ribuan terima kasih..
Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada kakak saya yang tersayang kak rosaliza yg sedang berpantang wat masa ni, hasue, hana dan juga sunkist (ida dah menyepi sekarang ni) mereka inilah yang menjadi pembakar semangat utk membuka blog Teratak Mutiara Kasih ni..
Special Thanks to my laling dan anak2 kerana sangat memahami minat dan sentiasa menyokong apa jua yang saya lakukan.Terima Kasih Semua..Love you all..muah..muah
Salam . . .
Hari ni tuan umah bz mengukur keluasan supermarket..cam biasalah kalau cuti ujung mggu cenggini jalan2 cari makan la hik..Hmm..td time dok shop'g dapat call dt chik mimi..nak anto PC yg kite tempah ngan dia.So jumpa kat supermarket je la..kecik aje chik mimi ni..bab Pressure Cooker tuh nnt update kemudian.Tadi balik dr membeli belah..rajin lak mengodek dapur wat puding coklat neh..ni kes terliuq dok ulang alik dapur DJ..
DJ minta ampun la puding kite xbrapa senonoh sket rupa parasnya (xguna tul anak murid DJ yg sorang neh)..entah lah kat mana silapnya..sos kastad terpekat sangat plak..Pastu bleh tak teringat lak nak adjust tambah air ke susu ke?terus tutup api...walaupun tak berapa senonoh tapi bab rasa memang mabeles..
Nak tengok puding yang pic yg enak menggoda silalah kerumah DJ.Resipi ni jugak DJ dah kongsikan kt myR, bleh tengok katSITUgak ye. DJ minta izin kopi pes ya:
Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar
250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sb susu pekat
2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
1 sb tepung kastard + 2 sb air
1 sb mentega
1 sk esen vanilla
Cara-cara : Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.
Cara-cara : Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.
Seperti yang dijanjikan...sambal tumis sotong ni sengaja nak 'n3'kan berasingan spesel sket..Nasi lemak kemarin tuh resepi bese2 jer..sambal sutun ni cedok umah DJ yg amat femes di alam maya ni.Dia mmg terrer bab masak memask ni..Resepi bleh tgk kat umah DJ atau kat SINI ya.Psst..DJ laporan atas meja myR tuh..lama tul xjengok dapur yg satu lagi tuh..DJ kite c n p rcp kat sini ya..TQ
Bahan-bahan :
5 ekor sotong XL (dibersihkan dan dipotong - tak nak potong pun ok)
1/2 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 biji bawang merah *
4 sb cili kering kisar (sy guna cili giling)
1/2 inci belacan bakar *
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan jus limau kasturi/air asam jawa (sy letak 2sb sos tomato))
1 sudu makan sos tiram
1/2 labu bawang besar (dimayang)
sedikit hirisan daun ketumbar - jika suka(tadak stok)
garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
Rebus sotong separuh masak dan tuskan.
Kisar bahan2 bertanda *.
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.Tumis bahan2 kisar dan cili kering hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan sos tiram, sos cili, garam, gula dan sedikit air. Kacau rata2.
Masukkan sotong, daun ketumbar, bawang besar dan jus limau kasturi/air asam jawa. Gaulkan sebati.
Salam . . .
Selamat pagi suma..ops! dah tengahari rupanya..baru bleh update blog. Nasi Lemak dan kawan2 ni menu bf ari ni. Kali ni terajin sket wat 2 jenis.Sambal tumis ikan bilis dan sambal tumis sotong . . .walaupun nampak cam hampir sama dari segi kaler, tapi rasanya berlainan . . .Sambil Tumis Sotong tuh hasil sekodeng umah DJ. Resepinya nanti saya akan update ngan berasingan..(psstt..nak bagi n3 hik3..)
Salam . . .
Ayam masak merah ni menjadi kegemaran anak2..nampak je kaler merah..tapi tak pedas sangat pun..gempak je lebih huhuhu...Resepi biasa2 jer tadak apa yg istimewa pun..tapi saya tepek gak la..
Bahan-bahan:
1 ekor ayam ( potong ikut suka )
1 labu bawang besar ( blend )
5 ulas bawang merah ( blend )
3 ulas bawang putih ( blend )
1 cm halia ( blend )
1 labu bawang besar ( potong bulat - hiasan )
2 batang serai ( ketuk )
3-4 sudu makan cili boh
1-2 sudu makan tomato puri
Minyak
Garam, Gula @perasa
Air
Cara-Cara:
Perasakan ayam dengan garam kunyit, goreng 2/3 masak dan ketepikan
Tumiskan bawang bahan kisar bersama serai hingga wangi dan garing.
Masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak
Masukkan tomato puri. Kacau lagi
Masukkan air (jika ingin sedikit berkuah). Sesuaikan rasa
Masukkan ayam, kacau sebati. Kemudian masukkan bawang besar.Kacau sebentar.
Salam . . . Daging masak hitam@itam ni menu basi sebenornya. Ni geng ngan nasi beriani yang memang dah licin tuh...Resepi ni menjadi kegemaran kami..Kalau kat utara daging masak itam neh mmg femes..dan ada macam2 versi. Selalunya daging ni saya prepare malam, untuk masak esok..daging kalau perap semalaman lagi sedap . . .Daging ni kaler cam coklat gitew..sebenornya mmg itam dh..tp mayb silap setting kot ms snap pic, jadilah cenggini..Gambo asal bleh tgk kat SINI.
Salam...
Pekaba kawan2 suma?Saya ni dah kering idea nak wat karangan panjang2. So layan je la nasi beriani ni...selalunya nasi beriani saya 'gu'kan ngan ayam masak merah, daging masak itam dan acar mentah..Tapi saya post n3 nasi beriani dulu , menu lain2 tu akan diupdate kemudian ya..
Simple jerr nasi beriani saya ni..kalau ada yg berminat bleh la cuba..
BAHAN-BAHAN:
1 kilo beras basmati ( cuci bersih dan rendam +/-30min)
Air (sama ngan sukatan beras )
2 paket rempah beriani maggi ( jadikan pes)
Rempah tumis 4 beradik
Ayam ( ikut suka byk mana nak boh )
1 cawan susu cair
1 labu bawang besar ( blend )
2 kiub ayam maggi
3 helai daun pandan simpul
Daun pudina, kismis, gajus & daun ketumbar ( hiasan)
Minyak sapi / minyak masak / mentega
CARA PENYEDIAAN:
Tumiskan bawang besar & rempah 4beradik hingga wangi ( bawang sedikit layu )jgn sampai garing ya..nnt pahit xsedap lak
Masukkan pes rempah beriani, tumis lagi hgga pecah minyak.
Masukkan ayam, kacau hingga ayam separuh masak
Masukkan beras, kacau sebati ngan rempah2 tersebut
Masukkan air, susu cair, kiub ayam, daun pandan, kismis dan gajus. Simpan sedikit ksmis n gajus utk hiasan
Tunggu hingga nasi kering (kacau sekali sekali).Bila nasi kering kecilkan api tggu hingga nasi masak (seperti msk nasi biasa)
Bila nasi masak, gembur2kan nasi dan masukkan daun pudina. Daun pudina akan membangkitkan aroma nasi beriani ni.
Taburkan kismis, gajus, daun ketumbar sebagai hiasan
Note: Kali ni saya masak guna rice cooker ajer, senang keje hehehe...
Salam . . .
Dah malam baru sempat nak menjengok umah maya ni...puding laici ni mmg menjadi kegemaran kami sekeluarga..mmg dah banyak kali sangat wat..tapi tak snap pic jer..kali ni terajin sket tangkap gambo walaupun siaran ulangan. resepi ni memang cukup femes di alam maya ni.Resepi ni amek kat umah Tq ya kak ummi atas resepinya:
Salam...
Pekaba suma?Lama tak bersiaran...semenjak dua menjak ni bz sket..maklumlah dah stat keje balik ngan baby lagi..nak jengok blog pun tak senang..rindu ngan kawan2 suma. Ni pun curi2 masa sket nak wat pengumuman bahawa kak rosaliza dah selamat melahirkan baby girl pagi kemarin...alhamdulillah ibu dan baby sihat . . sekarang ni kak rosaliza dah discharge dari HKL dansedang berpantang di kL..tunggu lah kak rosa dah sihat sket akan diupdate gambo baby chumel tuh..Okey lah baby maisarah dok jeles tuh mama dia dok blogging..