Nasi Ayam Penyet Terlajak Sedap Resepi Lengkap Berserta Sambal Terasi
By LiNa_Pg - Wednesday, August 28, 2019
Assalamualaikum....
Dah lama berangan angan nak masak Nasi Ayam Penyet ni.Selalunya kalau teringin nak makan nasi ayam penyet, kami akan makan di Rasa Village tapi dah lama kedai tu tutup.Cari kat tempat lain rasa pulak 'kureng sampai' harga mahal siket tu tak apa kalau sedap.Kalau Ayam rasa kosong, sambal pun kurang sedap..Makan pun tak kenyang hahaaa...Terus pasang azam nak cuba buat sendiri Ayam Penyet ni.Ayam whole leg tak tahu berapa kali beli.Sudahnya jadi lauk la..Jadi Ayam Percik la..Tak jadi jadi jugak Ayam Penyet.Haish tak boleh jadi ni.Berbekal semangat nan jitu saya masak jugak Ayam Penyet ni, Alhamdulillah menjadi dengan jayanya.Saja nak habaq ni masak sebelum raya haji lagi tau.Punya lama tunggu Q nak update dalam blog hahaa...sabor jer la kan?
Okey untuk Ayam Penyet ni saya cuma masak ayam dan sambal jer.Nasi tu cuma guna nasi putih jer sebab kebanyakan kedai2/ restoran yang jual Nasi Ayam Penyet ni hidangkan nasi putih jer bukan nasi yang dibuat menggunakan sup.So, ianya lebih ringkas berbanding Nasi Ayam yang biasa kita makan dimana kena sediakan sambal kicap dan sos/sambalnya.
Ajommm kita semak resepi ayam penyet.Owh sebelum tu saya ada sediakan video tutorial untuk Resepi Ayam Penyet ni.Bagi yang belum subscribe, bolehlah melanggan youtube channel LiNa Pg..support la siket.Melanggan tu FREE jer tau.

Nasi Ayam Penyet dihidang bersama tempe dan tauhu goreng, telur masin dan sedikit ulaman.Makan pula dengan sambal terasi yang padu tu perggg enak tak terkata.Cuba tau!
Sebenarnya plate ni boleh makan 2 orang sebab agak banyak.
Tengok sambal tu memang terasa2 kesedapannya.Kalau ada lebih, jangan buang.Boleh buat nasi goreng.
NASI AYAM PENYET
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Sambal)
- 10 biji cili merah (buang biji)
- 10 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- 2 biji tomato (buang biji)
- 2 inci belacan
- Garam dan perasa
- Sedikit minyak
Cara-Cara
- Panaskan minyak, goreng semua bahan (kecuali garam dan perasa) hingga sedikit layu.
- Kemudian masukkan ke dalam pengisar.Kisar kasar sahaja.
- Kemudian masukkan semula bahan kisar ke dalam kuali tadi.Tumis sekejap.
- Masukkan garam dan perasa.Sesuaikan rasa.
- Sambal Ayam Penyet dah siap.Ketepikan sebentar.
Bahan B (Ayam)
- 2 ketul ayam (whole leg)
- 3 batang serai
- 2 cm lengkuas
- 2 cm halia
- 2 cm kunyit
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 helai daun bay
- 1 kiub ayam
- Garam
- Air secukupnya
Cara-Cara
- Kisar serai, lengkuas, halia, kunyit, bawang bersama air.Kisar secara kasar sahaja.
- Masukkan ke dalam periuk dan tambah air secukupnya untuk merebus ayam
- Masukkan daun bay, garam dan kiub ayam.Masukkan ayam dan rebus hingga ayam empuk.Pastikan air rebusan ayam sesedap rasa.Nanti akan memudahkan kerja2 lain.
- Setelah ayam masak, keluarkan ayam dari periuk.Ketepikan sebentar.
- Sementara itu, tapiskan serdak air rebusan (Asing air dan serdak/bahan kisar dalam air rebusan.
Bahan C
- 1 cawan tepung beras
- Air rebusan ayam
- Ayam yang direbus
- Tempe dan tauhu
Cara-Cara
- Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk dan tuang air rebusan ayam sambil kacau supaya tepung sebati.
- Celup ayam (yang direbus tadi) kemudian goreng hingga keemasan menggunakan api yang sederhana.
- Menggunakan adunan yang sama, goreng tempe dan tauhu.
- Note adunan bater ni tak perlu tambah garam kerana air rebusan tadi sudah sesedap rasa.Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam.
Bahan D (Aksesori)
- Telur masin rebus
- Kacang Panjang
- Timun
- Tomato ceri
Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY di bawah
Atau boleh klik pautan berikut untuk paparan lebih jelas