Mee

Mee Rebus Sedap Terangkat Bahan Simple Rasa Mantap Setanding Restoran | Mee Tulang

By LiNa_Pg - Friday, August 02, 2019

Assalamualaikum...
Alhamdulillah dilapangkan sedikit masa untuk update blog.Hari ini saya nak kongsikan resepi Mee Rebus atau Mee Kuah Tulang.Saya suka juga makan Mi Tulang ni tapi selalunya kalau yang kat kedai rasanya agak pedas dan bersepah mungkin sebab ada penggunaan rempah kari ada sesetengahnya meletakkan kacang tumbuk untuk memekatkan kuah.Bagi citarasa saya memadai dengan meletakkan ubi keledek untuk pekatkan kuah sebab manis keledek tu membuatkan kuah bertambah sedap.Kalau di belah selatan pula, menggunakan biskut merie yang dihancurkan untuk pekatkan kuah.Terpulang cara masing2 nak guna kaedah mana dan nak kepekatan yang macam mana.Kalau bagi saya kuah untuk Mi Rebus ni seeloknya sedang2 sahaja kepekatannya.Kalau terlalu pekat agak kurang enak untuk dihirup.
Oh sebelum tu, saya ada sediakan video tutorial di youtube channel.Nanti korang tengok kat sana ok...Bagi yang belum subscribe..Silalah subscribe..ianya percuma sahaja...Kata follower blog TMK support la siket hehee...
Resepi Mi Rebus ni saya tidak menggunakan sebarang rempah kari, memadai dengan bawang2, halia, lengkuas, udang kering dan rasa pedasnya dari cili kering kisar.Manisnya pulak dari keledek rebus.Simple sahaja tapi Alhamdulillah sangat sedap tau...

Plating ke laut dalam..Macam ni la bila dah lapar susun atur pun berterabur, snap lebih kurang terus ngap.Tengoklah tauge berselerak jer huhu.Rupa paras tak penting, asalnya ianya sedap masuk ke anak tekak.
MEE REBUS TULANG | MI KUAH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan A
  • 1 kg tulang rusuk
  • 15 tangkai cili kering (rebus hingga lembut-kisar) 
  • 10 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 cm halia (kisar)
  • 1 cm lengkuas (kisar)
  • 2 sb udang kering (rendam hingga lembut dan kisar)
  • 2 biji buah tomato masak ranum (buang biji dan kisar)
  • 500g ubi keledek oren
  • Garam
  • Kiub pati lembu
  • Air secukupnya
Bahan B 
  • Mi kuning (celur sekejap)
  • Sawi/pak choy (celur)
  • Taugeh (celur)
  • Telur rebus
  • Cili merah
  • Limau nipis
Cara-Cara
  1. Tulang rusuk dibersihkan, kemudian rebus tanpa air selama ~10min (hingga tulang mengeluarkan air) kemudian baru masukkan air secukupnya untuk merebus tulang.Tujuan supaya daging kekal manis.Biarkan mendidih terlebih dahulu.
  2. Kemudian masukkan keledek dan rebus hingga keledek empuk.Keluarkan keledek dan kisar dengan air rebusan tulang.
  3. Dalam periuk berasingan, tumis bahan kisar hingga naik minyak.Masukkan tulang dan gaul rata.Tambah air rebusan secukupnya.
  4. Masukkan keledek yang telah dikisar halus, tambah garam dan kiub pati lembu.Seimbangkan rasa.Reneh sekejap hingga kuah pekat sedikit.Kuah akan semakin pekat apabila telah sejuk
  5. Untuk video tutorial sila lihat paparan di bawah

  • Share:

You Might Also Like

0 comments