Hai semua apa khabar?Lama tak menjengok dapur nan satu ini.Pagi ini ditemani hujan saya cuba mencuri masa untuk menulis dalam blog kesayangan saya ini.Biasanya pagi-pagi begini agak sibuk mendobi, kemas rumah dan sebagainya.Alang-alang hujan kerja mendobi tak boleh dijalankan kita isi masa terluang dengan update blog.Bagi mak-mak dah ada idea ke nak masak untuk lauk tengah hari nanti?Kalau belum apa kata cuba buta sotong singgang ni.Biasanya sotong kita akan masak sambal tumis, kari, goreng kunyit dan sewaktunya.Kali ini cuba buat singgang pulak.Singgang sotong ini kombinasi sotong katok serai (sotong masak serai) dan juga tomyam putih.Paling saya tak sangka si bongsu Maisarah yang cerewet boleh makan sambil hirup kuah sampai licin.Kalau si kakak dan abang long tu memang la semua pun mereka akan makan.
Haa macam inilah rupa sotong singgang, kuah dia lite je mesra kanak-kanak.Sekarang ni harga sotong murah, jadi keraplah masak sotong
Resepi Sotong Singgang Ala Thai
by @malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A
15 ekor sotong
1 labu bawang holland
3 helai daun limau purut
1 batang serai
1 akar ketumbar
1 ulas bawang putih
1 sb sos ikan (atau serbuk perasa)
Garam
Air secukupnya
Bahan B
Cili padi (potong sedikit bahagian hujung)
2 biji tomato
1 biji perahan jus limau nipis
Hirisan daun ketumbar
Cara-Cara
- Sediakan periuk, masukkan semua bahan di atas KECUALI sotong, buah tomato dan daun ketumbar.
- Biarkan kuah mendidih dan masukkan sotong, cili padi, buah tomato dan perahan jus limau nipis.Masak sekejap sahaja supaya sotong tidak liat.
- Akhir sekali tabur hirisan daun ketumbar.Tutup api, siap!
