Wednesday, March 30, 2022

Resepi Kailan Ikan Masin

 Assalamualaikum...

Lama hilang mulalah lemau nak update blog kesayangan ni.Okey hari ni saya nak share resepi kailan ikan masin yang simple campak campak siap, sedap pulak tu hehe.Tapi sebelum tu saya nak kongsikan sedikit tips cara untuk cuci kailan.Tips ni bagi mereka yang belum tahu, yang dah pandai dan dah tahu tu abaikan sahaja ya.Perasan tak selalunya bila kita beli kailan, macam ada satu lapisan warna putih kat daun kailan.Macam wax atau racun ke apa tak pastilah.Kalau sawi tak ada pulak selaput putih-putih gitu kan?Kebiasaannya bila kita cuci dengan air paip biasa, selaput/layer putih tu masih ada lagi kat daun kailan.Kiranya memang tak hilang dengan mudah.Sedikit tips (yang ni boleh tengok di youtube malina lina pg) mula-mula basuh kailan macam biasa.Basuh guna air paip.Kemudian masukkan sedikit garam ke dalam yang berisi air, lepas tu rendam kailan selama 5min.InsyaaAllah daun kailan akan kelihatan hijau dan segar.Lapisan putih pun hilang.Kalau ada siket-siket lagi tu 'tenyeh'lah/gosoklah siket guna tangan haha.Okey itu sahaja tipsnya senang kan?Cuma rendam dalam air berisi garam.Lepas tu boleh masak macam biasa.

Okey berbalik kepada topik asal iaitu Kailan Ikan masin, menu ni kalau makan kat kedai siam, memang sentiasa order..sedap sungguh tambah pulak portionnya ciput jer lagilah sedap hihi..

resepi kailan ikan masin, cara masak kailan ikan masin yang sedap, tips cuci kailan, tips masak kailan tidak layu, resepi sayur simple,
suka makan kailan yang masih hijau-hijau gini.Kalau yang dah lebam tu kurang selera siket
resepi kailan ikan masin, cara masak kailan ikan masin yang sedap, tips cuci kailan, tips masak kailan tidak layu, resepi sayur simple,
ini dia tips cuci kailan.Pastikan kailan terendam sepenuhnya dalam air garam

Resepi Kailan Ikan Masin Mudah dan Sedap
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
1 ikat kailan (selalunya ada 2 pokok)
3 keping ikan tenggiri jeruk
2 sb minyak dari ikan tenggiri (boleh guna minyak masak)
1 ulas bawang putih (cincang)
3 biji cili padi
1/2 biji cili merah (terpulang selera)
sedikit bawang holland
2-3 sb sos tiram
1 sb sos ikan
sedikit air


Cara-Cara
  1. Kailan dibersihkan, boleh ikut tips yang lina pg berikan sebagai panduan.Kemudian potong mengikut kreativiti masing-masing.
  2. Panaskan minyak (dari bekas/botol ikan tenggiri jeruk) goreng ikan tenggiri hingga masak.Hancurkan isi ikan tenggiri.
  3. Masukkan bawang putih dan cili padi, kemudian tumis hingga garing.
  4. Masukkan batang kailan dan bawang holland.Tumis sekejap.
  5. Masukkan sos tiram, sos ikan dan sedikit sahaja air.Biarkan sekejap supaya batang kailan lembut.
  6. Masukkan daun kailan (besarkan api)Kacau cepat-cepat.Akhir sekali masukkan cili merah.Tutup api.Siap.

Tuesday, March 22, 2022

Resepi Asam Pedas Ayam Sedap

 Assalamualaikum...

Bersua kembali, pagi ini ambil kesempatan untuk update blog.Kalau tidak, memang asyik tertangguh nak masukkan resepi dalam dapur maya nan satu ini.Kat rumah ni asam pedas memang sangat jarang saya ulang-ulang masak, kalau gulai/sup tu memang selalu repeat la.Resepi asam pedas ayam ni saya buat masa cuti sekolah, jadi tak adalah kelam kabut sangat masaknya sempat jugaklah buat video untuk youtube.Sedikit tips dari saya(bagi yang belum tahu, kalau dah tahu abaikan sahaja)Sebelum mula menumis bahan lain, tumis halba terlebih dahulu.InsyaaAllah rasa dan aroma asam pedas akan jadi lebih sedap.Tak kiralah asam pedas haiwan apa hehe..ayam,ikan atau daging.Kalau daging seeloknya guna daging tetel.

Untuk rasa asam pedas yang lebih padu dan kick saya kisar buah keras (untuk naikkan rasa lemak asam pedas), daun kesum (supaya lebih beraroma) dan juga nanas.Nanas ni menghasilkan rasa masam-masam semulajadi dan memekatkan lagi kuah asam pedas.Untuk resepi korang boleh guna mana-mana resepi yang selalu korang masak, cuma cuba tambah bahan-bahan yang sebutkan di atas dalam bahan kisar.Kalau nak cuba asam pedas ayam versi lina pg boleh semak resepi di bawah atau rujuk video di youtube

resepi asam pedas ayam,  cara buat asam pedas sedap dan mudah, tips asam pedas lebih sedap, asam pedas johor, asam pedas nenas,

asam pedas yang tak berapa pedas hehe...mesra kanak-kanak

resepi asam pedas ayam

by malina lina pg  http://linapg.blogspot.com

https://youtu.be/FMQDq-2RBTY

Bahan kisar (mengikut turutan video)

  • 7 ulas bawang merah
  • 1 sk lada hitam
  • 1 cm kunyit hidup
  • 2 biji buah keras
  • 1 cm halia
  • 1 cm lengkuas
  • 1 cm belacan
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah (buang biji)
  • 15 tangkai cili kering (rebus hingga lembut)
  • 4 hiris nanas
  • sedikit daun kesum
  • minyak dan sedikit air


Note:

kisar semua bahan di atas dengan minyak dan sedikit air.Tips kisar guna minyak supaya bahan kisar halus dan apabila menumis proses pecah minyak menjadi cepat dan sanga menjimatkan masa.

Bahan lain

  • minyak (untuk menumis)
  • 1 sk halba
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 1 sk gula merah
  • 10 ketul ayam
  • 2 bunga kantan
  • 1/2 biji nanas
  • garam dan perasa
  • 1/2 cawan air asam jawa 
  • 2 cawan air (atau secukupnya)untuk kuah
  • 2 biji buah tomato (belah 4)
  • sedikit daun kesum (untuk hiasan)


Cara Cara

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis halba, serai dan bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Setelah pecah minyak, masukkan gula merah/atau gula nisan.Kacau sebentar.Kemudian masuk ayam.Gaul rata ayam dengan bahan tumisan.
  3. Kemudian masukkan bunga kantan dan nanas.Gaul rata dan tutup periuk sebentar untuk kecutkan ayam.
  4. Setelah ayam kecut, masukkan garam , perasa , air asam jawa, air secukupnya untuk kuah dan daun kesum.Tutup periuk dan biarkan hingga ayam empuk.
  5. Akhir sekali masukkan buah tomato dan daun kesum (jika ada lebih).Tutup api dan asam pedas ayam sedia dihidang.Selamat mencuba.Untuk video tutorial sila klik butang PLAY paparan di bawah

Thursday, March 17, 2022

Resepi Gerodok Telur / kuih sekaya telur kelantan

Assalamualaikum...

Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan, kalau di Kelantan semasa bulan puasa kuih gerodok telur atau kuih sekaya telur ni sandat popular.Gerodok telur tekturnya sangat lembut dan fragile gitu.Bila suap memang ngaib gitu aje.Rasanya yang lemak lemak manis sandat sesuai untuk berbuka puasa.Kalau dulu-dulu kuih sekaya telur memang mudah didapati di bazar ramadan.Tetapi sekarang ni macam susat juga nak jumpa.Bagi yang teringin nak merasa keenakan kuih gerodok telur ni, boleh buat sendiri.

kuih gerodok telur, grodok telur, kuih sekaya kelantan, kuih tradisional kelantan, kuih buka puasa, kuih warisan,

Gerodok telur mudah dan sedap

By Malina Lina Pg

Bahan bahan

  • 2 keping gula nisan
  • 1 sb gula merah
  • 2 helai daun pandan
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 cawan air
  • 5 biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • secubit garam

Cara-Cara

  1. Satukan gula melaka/gula nisan , gula merah, air, daun pandan, bunga cengkih dan air ke dalam periuk.Masak hingga gula barut.Tapiskan dan bırakan sejuk.
  2. Dalam bekas yang sesuai, satukan telur dan santan.Gaul sebati.Kemudian masukkan larutan air gula nisan tadı.Kacau sebatı.
  3. Sediakan loyang (linapg guna saia 6in) sapukan dengan sedikit minyak.Tapiskan adunan tadi ke dalam loyang.Cover dengen aluminium foil.
  4. Kukus api besar selama 25-30min (hingga masak)Patikan air mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus.
  5. Setelah kuih masak, bıarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidang.
  6. Selma Mencuba.Video tutorial, klik butaan PLAY paparan di bawah

Thursday, March 10, 2022

Resepi Ikan Siakap Masam Manis Mudah Dan Sedap Sesuai Untuk Berbuka Puasa

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, nampak tak semacam rajin je update blog.Bila terasa agak kelam kabut nak habiskan resepi dalam folder, semangat;ah kejap menghadap laptop, semoga kerajinannya itu berkekalan.Kita tengok jauh mana si lina pg tu boleh pegi hehe.

Okeylah hari ini saya nak kongsikan satu resepi lauk ala-ala restoran Thai gitu iaitu siakap sweet and sour atau ikan siakap masak masam manis.Saya tak tahulah kenapa, bila buat resepi lauk pauk di youtube, agak kurang sedikit jumlah tontonan.Masa saya survey di community youtube rata-rata bagi feedback minta resepi lauk pauk tapi video dah release krik-krik pulak jadinya.Berlainan sekali bila buat kuih muih terutama kuih tradisional, viewnya memang sangat memberangsangkan.Apabila saya bersembang dengan suami, katanya mungkin ramai yang sangka ikan siakap adalah ikan 'mahal' untuk golongan kayangan sahaja.Padahal ikan siakap berada dalam kelas biasa-biasa sahaja tidaklah mahal seperti jenahak/kerapu dan sebagainya.Tapi tak apalah view itu belakang kira, apa yang penting ialah idea memasak dan resepi yang dikongsikan semoga ianya memberi manfaat kepada mereka di luar sana.Boleh juga dijadikan rujukan untuk anak-anak saya nanti.

resepi siakap masam manis, siakap sweet & sour, resepi ikan siakap mudah dan sedap, ikan siakap nak masak apa, idea lauk berbuka puasa, resepi ikan siakap,

Resepi Ikan Siakap Sweet and Sour
By Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 labu bawang holland (dadu)
  • 2 biji buah tomato (dadu)
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 biji cili padi cincang kasar (jika suka lebih pedas)
  • 5 sb sos cili thai (boleh jg guna soso cili biasa)
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb sos tomato
  • sedikit nenas (linapg guna 1 slice)
  • 1/2 biji epal hijau (dadu) tak de boleh skip
  • tomato ceri/ tomato biasa (untuk hiasan)
  • daun ketumbar dan salad
  • garam, gula, kunyit dan sedikit tepung jagung
  • 1/2 cawan air (atau secukupnya)
  • minyak

Cara-Cara
  1. Ikan siakap dibersihkan dan kelar-kelar.Perasakan dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan taburkan tepung jagung.Ratakan ke keseluruhan ikan.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga masak.Ketepikan sebentar.
  3. Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.Tumis bawang holland hingga sedikit layu, masukkan bawang putih, cili padi dan sedikit daun ketumbar.Tumis sekejap hingga bawang agak garing.
  4. Masukkan tomato yang didadu, kacau-kacau sekejap.Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sedikit gula pasir kemudian tumis sebentar.
  5. Masukkan potongan nenas, epal hijau dan sedikit air.Kacau sekejap dan biarkan mendidih seketika dan kuah pekat.Akhir sekali masukkan tomato ceri dan tutup api.Sos masam manis siap.
  6. Untuk menghidang, letak ikan siakap yang sudah digoreng tadi ke dalam pinggan dan hias dengan daun salad (jika ada, kalau tak ada letak jer ikan tergolek gitu aje, tak ada sapa marah pun haha)
  7. Kemudian siram dengan sos yang dibuat tadi.Hias dengan daun ketumbar.Ikan siakap sweet and sour sedia dihidang.Selamat mencuba

Wednesday, March 9, 2022

Resepi Ayam Ros / ayam masak merah utara dan cerita behind the scene

 Assalamualaikum...

Hi semua, beginilah bila mula tinggalkan blog jadi lemau untuk update, bila kembali insaf bahawa resepi masih banyak yang tertangguh, cepat-cepat capai laptop untuk menulis.Bukan apa, ramadan bakal tiba tak lama lagi.Resepi yang masih berbaki dalam folder belum sempat update tambah pulak resepi-resepi untuk ramadan yang telah siap videonya.Mesti lagi kelam kabut.

Sebenarnya ayam ros atau ayam masak merah ini saya masak bersama dengan nasi minyak jus oren.Video dibuat serentak dan resepi nasi minyak jus oren dah siap posting dalam blog.Maklumlah resepi yang ada penaja kena buat laju-laju siket haha.Bercerita mengenai ayam masak merah utara ini memang lain siket dari ayam masak merah negeri lain.Kalau kenduri kendura di Penang/utara, ayamnya lembut dan berkuah.Kalau di tempat lain ayam masak merah kuahnya ala-ala sambal gitu jer.Kalau di kebanyakan kenduri, ayam merah tidak digoreng, lebur terus dalam tumisan dan dimasak sekali dengan kuah.Kuahnya pulak sedikit berlemak kerana penggunaan santan atau susu cair.Pendek kata pedas-pedas manja dan creamy gitu rasanya.Memang sesuai untuk semua peringkat termasuk kanak-kanak.Bagi citarasa saya pula, saya lebih suka ayam masak merah atau ayam mask ros ini digoreng sekejap.Goreng 1/2 masak pun ok lah.Kalau lebur terus begitu sahaja, agak kureng pada tekak saya.Sendiri yang masak, bolehlah sesuaikan dengan selera sendiri.Kalau kat tempat kenduri, makan ajerlah apa yang terhidang.Itu rezeki depan mata.

Ada cerita sebenarnya behind the scene ayam masak merah ini.Disebabkan kepenatan rekod 2 video dalam satu masa.Sampaikan saya terlupa nak tekan butang record di satu part.Nasib baik la abes scene tu saya nak 'stop' video baru perasan tadi tak record.Ya Allah nasib baiklah cuma part tuang bahan kisar sahaja yang tertinggal.Itu satu hal, ada lagi kejadian yang tak diingini iaitu kacang peas yang dibeli tak cantik pulak..nampak macam expired walaupun date yang tertera belum expired.Dah la masa rekod tu tengah hujan lebat.Dengan muka sedih tunjuk kacang peas kat husband,dia kata awat 'huduh' sangat.Saya pun cakap, nanti masakan tak menarik dah la buat video.Aduh pasrah jer la beliau redah hujan ke kedai runcit beli kacang peas yang baru.Kali ini beli brand lain pulak..

hurmm...ada siket lagi luahan haha..Apabila ada tagline pada masakan contohnya UTARA, maka adalah yang akan bercanggah pendapat.Sebenarnya memasak ini adalah mengikut kreativiti si tukang masak.Terpulang kepada si tukang masak untuk mencorak ke arah mana, asalkan ianya seimbang rasa pedas, masam manis, maka sedaplah hasil masakan tersebut.Penggunaan sos tiram juga tidak salah,pada saya kalau tidak mahu letak sos tiram, seimbangkan saja rasa ayam masak merah itu dengan garam dan gula.Kalau dah aji pun menjadi kesalahan.Pada saya, saya cuma mahu kongsikan cara mudah untuk memasak.Kerana ada yang kurang arif menggunakan garam, masakan sudah nampak cantik tapi terlebih garam,kan dah jadi masalah untuk mereka 'adjust' atau tune semula masakan tersebut.Apabila saya berkongsi resepi yang menggunakan kiub dan sos tiram, ramai yang berterima kasih kata mereka sangat mudah dan masakan menjadi dengan jayanya.Itu sahaja yang saya mahu.Semua orang boleh memasak.

Panjang lebar karangan hari ni.Ada ke yang membaca seisi luahan rasa ni hehe.Okeylah jom kita terus ke resepi kita iaitu ayam masak merah utara style atau ayam ros


ayam ros, ayam masak merah, ayam masak merah utara, yama masak ros, ayam masak merah kenduri,
buah berkuah siket kali ni, sedap juga cicah dengan roti

ini kacang peas yang sepatutnya saya masukkan ke dalam ayam masak merah.Tapi disebabkan nampak tak lawa jer, terpaksa redah hujan beli yang baru dan brand lain.

yang bawah tu husband beli brand lain pulak, nampak la menarik siket bila masuk ke dalam ayam masak merah.

Resepi Ayam Ros
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
16 ketul ayam
3 labu bawang besar (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
1 cm lengkuas
1 cm halia
2 biji tomato (buang biji) (kisar)
4 sudu besar cili giling
2 cm gula nisan
1 sb sos tomato/tomato puri
2 sb sos tiram
1 cawan susu cair
1 cawan air (atau secukupnya)
1 kiub ayam
2 labu bawang holland (hiris)
tomato ceri
kacang peas
2 helai daun pandan
1 bunga lawang
1 buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 kulit kayu manis
2 batang serai (ketuk)
garam
kunyit
minyak

Cara
  1. Perasakan ayam dengan sedikit garam dan kunyit.Goreng hingga setengah masak.
  2. Keluarkan lebihan minyak, tinggal sekadar untuk menumis sahaja.Tumis serai yang telah diketuk, daun pandan, rempah 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, pelada dan kulit kayu manis).Kemudian masukkan bahan kisar.
  3. Tumis sekejap hingga terbit bau.Kemudian masukkan cili giling dan gula nisan.Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram.Jika suka boleh juga masukkan sos cili.Kacau sebentar kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  5. Gaul rata ayam dengan bahan tumisan.Kemudian masukkan susu cair atau santan dan masukkan air secukupnya untuk kuah.
  6. Kacau sebentar kemudian tutup periuk dan renehkan hingga ayam betul-betul empuk.Kemudian masukkan kiub ayam.
  7. Seimbangkan rasa.Tambah sedikit garam (jika perlu)
  8. Kemudian masukkan hirisan bawang holland, tomato ceri dan kacang peas.Ayam masak ros sedia dinikmati.Selamat mencuba.Untuk video tutorial, tekan butang PLAY paparan di bawah