TEMPAHAN KEK UNTUK HARI RAYA AIDILFITRI (PULAU PINANG) LAST DAY PICK UP 25th JULY 2014 26hb nak balik kg dah yeayyyyy..raya
Ini merupakan sticky post, sila scroll ke bawah untuk n3 terbaru.Terima Kasih TEMPAHAN KEK RAYA SUDAH DITUTUP
Assalamualaikum...
Tempahan kek untuk Hari Raya Aidilfitri kini dibuka.Kepada yg ingin menempah bolehlah menghantar e-mail (adrss ada kat side bar) boleh juga PM saya di fb (PM kek yg ingin ditempah sahaja) Hanya KEK BUAH, KEK MINYAK dan KEK GULA HANGUS SAHAJA YG BOLEH DIPOS yang lain2 tu kena self pick up.Tempahan akan ditutup pada bila2 masa apabila sudah memenuhi koata kemampuan saya.So, apa tunggu lagi cepat2 buat tempahan...Jangan ada yg kempunan nnt hehee
KEK COKLAT MOIST (SELF PICK UP)
RED VELVET CAKE (SELF PICK UP) TEMPAHAN RVC SUDAH DITUTUP
KEK KARAMEL COKLAT MOIST (SELF PICK UP)
KEK KARAMEL (SELF PICK UP)
KEK GULA HANGUS (SELF PICK UP / POS)
KEK MARBLE MINYAK (SELF PICK UP / POS)
KEK BUAH KUKUS (SELF PICK UP / POS) (ADA SLOT 6 4 BIJI LAGI - LPS NI NK TTP DAH)
Assalamualaikum...
Hari ni tadak n3 masak2..just nk letak tempahan hari ni dan 2-3ari lepas..Nak order..sila riger2 hehee
Buat pertama kalinya mendapat tempahan karot cake...ini kali kedua wat carrot cake..pestaim dulu tu buat dalam cuppies..kastemer req nk kek yg sebijik..gamble jugak la buat..Alhamdulillah..menjadi gak..walaupun deco tu ntah pape kan hihiii...Feed back dari kastemer..katenya mereka sekeluarga suka kan kek ni..suka..suka..suka
Tempahan hari ni punya..belum ambil pun lagi..kek buah dan kek karamel coklat moist
ini tempahan kemarin..emergency req ni..nk bagi kat cikgu katenya...buat laju2..deco pun seadanya
Assalamualaikum...
Daging Masak Hitam ni peberet kami sekeluarga. Bila buat nasi berperisa selalunya Nasi Beriani saya akan merajinkan diri buat Daging Masak Hitam ni.Kali ni saya kawenkan Dgg ni dengan Nasi Minyak Jus Oren..mmg gabungan mantap.Sedap sangat.Tambah lak dah banyak tahun tak buat Dgg Masak Hitam ni.Sangat berbaloi masak lama hingga daging empuk.Daging Masak Hitam ni, bila diperangat lagi sedap...Jom kite semak resepi.
Sedap ni kuah pekat2 camni.Memang sesuai untuk juadah raya nnt.Nak makan ngn ketupat lemang pun boleh ni...
Assalamualaikum...
Tempahan kek Jumaat lepas dan hari ni punya..Alhamduilillah..Pertama kali Caramel Cis kek mendapat tempahan dan respon dari kastemer sangat memberangsangkan..Alhamdulillah.
Pertama kali dapat tempahan caramel cis kek ni..suspen gak ngan respon...bila dia cakap semua suka..apa lagi hepi la tukang pembuat kek ni hihiii
Teringin nak merasa..cepat2 PM or hantar e-mail ya...Perlu diingatkan serius kastemer sahaja.
Tempahan hari ni punya..katanya nak amil dalam kol 5pm nnt..semoga berpuas hati
Assalamualaikum...
Minggu ni agak bz sket sbb MIL n mak saudara ada datang bertandang sbb nk attand konvo SIL kat Sei Iskandar.So, masak spesel sket la untuk tetamu...nasi ni saya masak sekali ngan caramel cis kek tu tp versi lambat update hihiiii..
Saya gunakan resepi nasi Minyak Jus oren supaya iaya tak muak dan boleh makan banyak..Alhamdulillah licin semuanya...
Picas ni saya snap ngan enpon jer..tak sempat nk snap Nasi Minyak secara solo..ni pun curi2 snap hihiii..
Assalamualaikum...
Caramel cis kek again..Kali ni buat untuk besday s.i.l dan juga sempen konvokesyen dia...Smbil tu buat makan2 Nasi Minyak Oren,Dgg Masak Hitam, Gulai Ayam dan Acar Timun.Tp sayangnga tuan badan besday ada urusan di Seri Iskandar, Jadinya kami sekeluarga dan M.I.L serta bonda saudara la yg kendurikan semua ni...
Dah 2 x buat..this time confident dah nk amek order.Dengan rasminya tempahan caramel cheesecake dibuka...sila PM, email untuk menempah...
Nasi Myk and the geng.Alhamdulillah licin..
selit2 order ari ni.Kek Buah Kukus kali ni akan ke Shah Alam pulak...Alhamdulillah..
Assalamualaikum...
Kek yang jarang2 dapat order..lately sudah mendapat tempat di hati regular kastemer.Walaupun nak buat tu nampak simple tp tetap rasa cuak bukan apa takut tak bersarang jer..Dari segi rasa insyaaAllah rasa kek gula hangus memang menten akan tetap sedap...Kali ni kastemer req potong siap2..hurm apalgi ambil peluang la untuk QA checking tang sarang tu..Alhamdulillah cantik bersarang.Tapi saiz straw vitagen la sarang tu kikiiiii..Takpolah janji hado sarang tu...Sesiapa yg nk order kek gula hangus, meh cepat order ngan cheq..nk pos pun boleh..tadak hal...kek ni lasak punya...Nak order raya pun boleh..
Alhamdulillah...
Tempahan kek nan satu untuk hari ni.Kek Karamel Coklat Moist..Kastemer baru hasil dari feed back kawannya sempena hari ibu...Terima kasih.Sedap bagitau kawan, apa kekurang bagitau saya.So far,Alhamdulillah menepati citarasa semua..
Teringin nak merasa, sila inbox saya di fb atau boleh juga e-mail untuk tempahan.Contact no, saya bagi kemudian ok.Mulai Isnin depan Tempahan Raya untuk semua jenis kek (yg sy ambil order) boleh mula ditempah.Cepat2 inbox sebelum coata penuh.
Assalamualaikum...
Sejak pandai buat asam pedas ni anak2 selalu minta buatkan bila menunya bukan ayam.Kebetulan cuti Wesak gi market byk lah stok ikan segar dibeli...Kali ni saya gunakan ikan tenggiri lak untuk buat asam pedas.Basic resepinya ialah Resepi asam pedas melaka yg memang sangat menepati citarasa.Cuma kali ni saya tambah kiub tom yam.Sebab aritu ada tengok dalam tv rancangan kuali terbalik angah raja lawak kata kalau nak rasa asam pedas ada kelainan letak pes tom yam dalam masakan asam pedas...so apa lagi harus lah dicuba kan?Kuat tul pengaruh tv dalam hidupku hahaaa..Nak tau apa kelainannya kenalah cuba sndiri.
Alahai comot2 lak mangkuk...kucar kacir lak tu...xpo lah..janjji nampak rupa asam pedas
Assalamualaikum...
Alhamdulillah rezeki hari ni.2 biji kek buah order by postage....Terima kasih semua
sebiji ke Kepong dan sebiji lagi ke Subang Jaya.
Kemarin punya order..Kek karamel sempena hari ibu.Ditempah oleh anak yg jauh di perantauan nunnn di Perth Australia sana untuk bonda yg berada di Sg.Ara..Malam td dia PM gtau kata bonda sangat hepi dapat kek yg sedap2.Alhamdulillah dapat menggembira kedua2 belah pihak
Hari Sabtu punya order..untuk besday dan selamat hari ibu...Terima kasih semua.
Teringin nak merasa jangan malu jangan segan sila hantar email.Boleh juga PM saya di fesbuk LiNa Pg
Alhamdulillah..
Rezeki di pagi Jumaat, tempahan dari kawan2 yg berada di Balik Pulau.2 biji yg bertulisan Selamat Hari Ibu tempahan dari regular kastemer (Sangat regular) boleh dikatakan weekly order kek.Kalau tak order tu dia out station hahaaa...Terim kasih banyak2.Kali ni dia tulun pick up sekali untuk kawan2 yg berada di Balik Pulau....Terima kasih atas pertolongan itu...Sangat2 menghargai jasa baik sahabatku nan satu ini...
4 biji kek karamel rezeki hari ni Alhamdulillah...Untuk menempah boleh email or PM saya di fb LiNa Pg
Kek Karamel ni sangat fragile ..tak boleh di pos...Tempahan untuk Penang sahaja.
Assalamualaikum...
Agak lama jugak tak makan cis kek.Nisa dah lama dok request tp mama buat2 tak ingat jer.Ada yg nk kek karamel n cis kek, bila lyn tayang Caramel Cheese Cake terus cuba buat kiranya 2in1 la ni.Dapat memenuhi kemahuan anak2.Maisarah mmg peberet dia la kek ada cis camni.Seronok tengok dia makan..
Okeylah xmo bebel panjang, kite layan mata n semak resepi.
Memang sedappppp sangat Caramel Cheese Cake ni.
disebabkan kejadian kek ni sangat sempurna di mataku, maka rajin la snap gmbr byk sket kikii.Jangan ada yg boring ya
Masak gula dari bahan A dalam loyang 8 inci hingga keperang-perangan. Ketepikan.
Satukan bahan2 B & gaul hingga sebati. Tuang sambil menapis kedalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan.
Kemudian, pukul bahan2 C hingga pekat & bertanduk.
Pukul bahan2 D kecuali kuning telur hingga lembut & licin, masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati.
Akhir sekali, masukkan adunan putih telur (bahan C) yang dipukul kedalam adunan cheese (bahan D) tadi. Pukul sebati selama 1 min.LiNa Pg guna kaedah kaub balik dengan spatula jer
Bakar guna water bath selama 1 1/2 jam pada suhu 160 C (LiNa Pg bakar suhu 150'C)
Bila kek masak, rehatkan selama 1/2 jam baru terbalikkan. Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam baru dihidangkan. Kek sedap dimakan sejuk.
Alhamdulillah...
Syukur atas rezeki dariMu..Tempahan Kek Buah kukus repeat order dari kastemer nun berada di Sri Kembangan.Kali pertama mengorder time Tempahan kek buah yg bertingket2 tu.Boleh tgk Projek Kek Buah Kukusyg by postage tu (Salah satu darinya)Terima kasih banyak2 sudi order lagi.Kali order 2 biji.Katenya nak bagi dekat sedara n sebiji nk bawa balik kampung.Kek buah di gemari oleh M.I.L kena taste agaknya sbb kek hanya manis2 buah jer..Alhamdulillah menepati selera ramai.
Kepada yg berminat untuk mencuba, jangan malu, jangan segan silalah buat tempahan.Boleh pm saya di fb LiNa Pg atau pun boleh e-mail saya..email addrss ada kat side bar.
Assalamualaikum.... Kami berkunjung lagi ke Salak Denai...Family Daya katenya..kali ni rombongan cik kiah tak ramai cuma 2 biji kete jer..tp tetap happening..Paling seronok ialah budak2..memang kejenya berendam jer..Naik ke atas untuk makan2..pastu terjun balik..Kali ni saya kami menginap di Chalet Siti Aisyah pulak.Dulu tu Chalet Siti Saffiya..Yg ni lagi best sebab ada hall dan agak luas..Cuma yg kureng syok ialah TIADA kelengkapan memasak.Cuma ada dapur gas dan peti sejuk jer...Tahun lepas segala periuk belanga, kuali pinggan mangkuk semuanya complete disediakan oleh pemiliknya...Kali ni macam nk camping dalam hutan bila kena usung periuk, gantung kuali gitew huhuuuu..Mungkin pemilik chalet harus mempertimbangkan segala kemudahan ni..Sewa/ambil deposit.
INI MERUPAKAN PERSONAL BLOG LiNa Pg.BUKAN BLOG SALAK DENAI.INI MERUPAKAN PAPARAN AKTIVITI KELUARGA KAMI SEBAGAI PENGUNJUNG.BUKAN PEMILIK CHALET.SEGALA PERTANYAAN SILA CONTACT OWNER CHALET, SAYA TIDAK ADA KENA MENGENA) NO HP SAYA HANYALAH UNTUK TEMPAHAN KEK SAHAJA.DIULANGI TEMPAHAN KEK SAHAJA
Wajah2 ceria walaupun kepenatan..kite enjoy hihiii
Time ni baru sampai..yg dari Penang jer.yg KL lom sampai lagi..terawal pulak...takleh check in lagi..terpaksa la kuar ronda2 dulu huhuuu
Time check in..ujan lebat laj..amek2 gambar dalam umah dulu...alas perut ngan bekal yg ada..nk BBQ pun arangnya dari KL lak hahaa..
Close sket notis tu
Bilik tidur ada 2, ada xtra tilam dan juga ruang tamu..kira okey la..
Pool..tempat BBQ n santai
Malam tu terus acara BBQ..sedap makan ayam panas2..budak2 dah kesejukan dapat yg panas..apalagi tggal tulang jer semua ayam ni hahaa
Gambar mandi manda ni tunggang langgang dah...rasanya ni mandi manda sessi malam ni..gelap jer.Si Adda n Aqil..sampai jer terus terjun kolam kikiii