Wednesday, October 30, 2013

Resepi Cheese Cake

Assalamualaikum..
Dah lama sangat mendengar rungutan anak2 minta nk makan cis kek.Bila ada kelapangan kena tunaikan jugaklah permintaan anak2.Alhamdulillah bila siap dan potong, anak2 makan bersungguh.Sekejao jer abes separuh kek dimakan oleh 2 beradik tu.Berbaloi buat hehe.Takpolah sekali sekala kite ternak badan ngan lemak huhu.Sekali dah suap ke mulut lupa terus tang lemak tu kih2..sambil pejam2 mata sambil menikmati...sedar2 abes satu slice..
Okeylah cam biasa, xmo bebel panjang.Jom layan gambar dan resepinya
 Ginilah rupa post mortem cis kek ni...cis kek paling sedap pada saya
 Lagi sekeping..lain pose lak hihiii

RESEPI CHEESE CAKE
Sumber : CMG dan Ayunalisa
Sumber : LiNa Pg

BAHAN-BAHANNYA
500 gram cream cheese
50 gram gula halus @ gula kastor
250 ml whipping cream
5 biji telur gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus/gandum/tepung kek
1 camca teh esen vanilla
100 gram gula halus @ gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar

BLUEBERRY filling secukupnya (xletak-LiNa Pg suka yg plain camni)

CARA MEMBUATNYA

  1. Panaskan oven pada suhu 160C, lenser acuan spring-form tin berukuran 9 inci dengan mentega, balut bahagian luar tin dengan aluminium foil. Ketepikan.
  2. Putar cream cheese dan 50 gram gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar. Masukkan whipping cream dan putar rata.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung halus dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  4. Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula galus dan terus memutar hingga putih telur kental. Masukkan ke dalam no.3 dan gaul dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
  5. Tuang dalam tin, ratakan.. ayu taburkan almond nibs.. dan bakar selama 1 jam 30 minit dengan kaedah "water-bath", iaitu dengan meletakkan acuan tadi dalam bekas yang lebih besar dan tuang air panas dalam bekas tadi, dalam anggaran 1/2 inci.
  6. Bila masak biar sekejap dalam oven hingga suam. Kemudian keluarkan dari oven dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Keluarkan dari tin dan hias dengan blueberry filling atasnya...


20 comments:

asyifa mustaffa said... Balas

Sedapnya mkn sejuk2 ni...

LiNa_Pg said... Balas

@asyifa mustaffa
Betul tu, pas sejuk semalaman br sedap makan kan?

syapex said... Balas

salam kak lina..
kalau letak blueberry filling berkeping2 la habis kek cis nie...
heheheee..

ezzyra said... Balas

sedapnya..baby x mkn ke?

LiNa_Pg said... Balas

@syapex
wslm, kalau yang jual memang letak topping..nk makan sendiri anak2 prefer yg plain camni

LiNa_Pg said... Balas

@ezzyra
Time photograhpy n time makan2 tu..maisarah tido..pas bangun tu 2 slice abes kat dia sorang hihihi

myda_ahmad said... Balas

belum ada keyakinan utk membuatnya,tp mulut nk mkn,camner tu?

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

sedapnyer lina...
takut nak buat cheesecake kat rumah skrg.. kena tunggu anak sulung blk baru boleh buat.. hehe.. boleh share2 lemak.. hahaha... husband kurang suka cheesecake ni.. kalau buat mmg kita lah yg mkn lebih.. budak berdua tu pun kurang juga kek mcm ni..

Acik Erna said... Balas

memang nampak sedap ni lina..nak cuba jugak nanti..terima kasih lina

Evelyn Gemina said... Balas

Assalam dear k.lina..salah satu kek pujaan hati ni, simple but nice kan, terliur sudah..lagi2 cheesecake, abislah diet beta,hehehe

Bbwana adienia said... Balas

salam kak lina..

chez kek yang sangat menggoda jiwa!

LiNa_Pg said... Balas

@myda_ahmad
Alang2 dah tingin tu, godek2 ajerlah insyaAllah menjadi heheee

LiNa_Pg said... Balas

@MaDiHaA a.k.a Ratna
owh kurang sambutan yea kat umah akak, kalau kat umag saya semua makan..cuma mama dia jer yg malas huhu

LiNa_Pg said... Balas

@Acik Erna
Paling sedap la kat tekak kami sekeluarga ni acik

LiNa_Pg said... Balas

@Evelyn Gemina
wslm lynn...ciskek lagikk..jom kite share2 lemak hihii

LiNa_Pg said... Balas

@Bbwana adienia
wslm wana...jom pakat ternak lemak

Chik Mimi said... Balas

va va va ade ciskek beh tahan

Sarah Talib said... Balas

salam perkenalan..

EmbunRosaliza said... Balas

Sedapnya cis kek, akk buat spn cis kek ari ni, best juga

zila norazila said... Balas

Lina mmg gebus habis ne..aisshh kecur kita

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...