Assalamualaikum...
Puan blog ni memang suka wat puding.Kalau menu lauk pauk tu jarang2 je lah ada kat TMK ni.Kali menerai agar-agar lapis pelangi lak.Ekceli nama surat beranak dia Agar2 lapis pelangi indah.Tapi agar2 saya ni tak berapa nak indah, so abaikan sajalah tang indah tu huhuhu.Resepi ni saya amek kat blog bro rozan, saya wat setngah adunan jerr.So saya tepek kat sini sukatan yang saya wat.
Agar Agar Lapis Pelangi, bukan sekadar cantik, tapi sedap...lemak2 manis.Kena betul dengan selera LiNa Pg sekeluarga |
AGAR-AGAR PELANGI INDAH
Bahan A
10 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
1000 ml air
6-8 helai daun pandan
Bahan B
10 gm serbuk agar-agar
10 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
1000 ml air
6-8 helai daun pandan
Bahan B
10 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
1000 ml santan (LiNa Pg gn santan kotak Ayam brand 200ml+800ml)
secubit garam
Pewarna kegemaran
Cara-Cara
1000 ml santan (LiNa Pg gn santan kotak Ayam brand 200ml+800ml)
secubit garam
Pewarna kegemaran
Cara-Cara
- Masak Bahan A sehingga mendidih.
- Masak pula Bahan B sehingga mendidih.
- Asingkan 200 ml agar-agar santan dan titiskan pewarna (Bahan B).
- Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 200 ml agar-agar jarang(yang dititiskan warna yg sama dgn agar2 santan tadi(Bahan A).
- Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setitis dua pewarna yang lain plak
- Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.