Tuesday, March 30, 2021

Nugget Maggi Kudapan Anak Anak Masa Cuti Sekolah

Assalamualaikum...

Cuti sekolah telah pun bermula.Kalau bukan disebabkan covid 19 rasanya dah ramai yang bercuti atau balik kampung.Memandangkan kita semua belum boleh merentas negeri, kami sekeluarga cuma jalan jalan dalam Penang sahaja itupun keluar sekejap cuci mata.

Masa lebih banyak dihabiskan kat rumah.Bila berada kat rumah ni memanjangnya rasa lapar, walaupun baru siap makan tak dan pukul 3pm dak sarah minta lagi nak makan sesuatu...adoilah mama ni bizi juga shoot video untuk bulan puasa.Maklumlah jadi youtuber pun kita kena pandai merancang masa.Kalau semua nak shoot on going masa puasa nanti alamatnya memang tak sempat siap la..mesti terkejar dan kelam kabut.Nak masak nak shoot..uish ambil masa yang lamaaaaa dan agak memenatkan.

Panjang betul intro benda yang tiada kaitan dengan tajuk posting hari ini haha...Okey berbalik kepada tajuk iaitu Nugget Maggi sebenarnya dah lama buat ni masa cuti sekolah bulan Disember lagi. Nampak punya lama dia peram.Dari cuti hujung tahun 2020 membawa ke cuti bulan Mac 2021.

Nugget maggi ni sebenarnya saya pernah kongsikan resepi dalam blog ni tapi dah lamaa sangat dah.Kali ini saya ada buat video tutorial jugak.Tapi sayangnya tak ada gambar untuk thumbnail, kalau yang mengikuti blog ni pasti sudah tau bahawa laptop saya rosak dan semua gambar dari Disember 2020 hingga February 2021 semuanya hilang.Cuma kalau kebetulan saya post ke IG adalah gambar yang boleh diskrinshoot.Untuk nugget maggi ni memang langsung tak ada gambar sebab saya post video tiktok ke IG.

Apa nak buat kan..korang boleh tengok video youtube dan saya cuma guna thumbnail dari YT sahaja untuk paparan dalam blog


NUGGET MAGGI
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
2 bungkus maggi kari
500ml air
1 biji telur
serbuk roti
minyak

Cara Cara
  1. Masukkan air ke dalam periuk, masukkan perencah bersama maggi.Biarkan mendidih.Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan air/kuah kering.
  2. Setelah maggi kembang (air kering) tutup api dan masukkan maggi ke dalam bekas yang sesuai.Tekan padat maggi tadi dan masukkan ke dalam peti ais.Biarkan maggi set (mengeras)
  3. Keluarkan maggi dari bekas dan potong mengikut kreativiti (mengikut saiz nugget)
  4. Celup nugget ke dalam telur kemudian salut dengan serbuk roti.
  5. Goreng nugget maggi dengan api sederhana hingga kuning keemasan.
  6. Nugget maggi sangat sedap dimakan bersama sos cili dan juga mayonis.Selamat mencuba
Note:
lina pg masak maggi sebelah pagi, dan masukkan ke dalam bekas, tekan padat dan simpan dalam peti ais bahagian chiller sahaja.Sebelah petang barulah potong dan celup telur dan salut dengan breadcrumb dan goreng untuk minum petang.
Jika nak buat frozen, lepas salut dengan serbuk roti boleh masukkan ke dalam bekas kedap udara atau plastik zip lock dan frozenkan.kalau sekadar untuk goreng keesokan harinya memadailah simpan di bahagian chiller sahaja.

Friday, March 26, 2021

Cara Buat CIli Jeruk Yang Rangup Mudah dan Sedap Tanpa Air Kapur | Resepi Cabai Jeruk

 Assalamualaikum....

Kembali bersua di dapur maya Teratak Mutiara Kasih.Hari ni saya nak kongsikan satu resepi simple sahaja iaitu Cili Jeruk, selalunya kalau di Penang ni cili jeruk atau nama glemer dia kat sini ialah cabai jeruk sangat popular dimakan bersama char koay teow.Kalau dengan sizzling mee atau hot plate pun memang selalu juga digandingkan bersama.Bercakap mengenai hot plate sebenarnya saya ada buat video dah post di youtube sana.Kalau teringin nak makan sizzling mee boleh check di youtube lina pg ya.Nak menulis kat sini kena tunggu turn dia la.Panjang lagi Q ni hehe.

Berbalik kepada Cili Jeruk ni, saya dah cuba pelbagai resepi ada yang terus masukkan garam,gula dan cuka, ada yang rendam terlebih dahulu cili dengan air kapur dan ada juga yang cuka dimasak terlebih dahulu dengan garam dan gula.Sebelum saya buat video ni saya dah cuba pelbagai versi, yang paling menepati citarasa saya ialah kaedah memasak cuka,garam dan gula terlebih dahulu sebelum dituang ke dalam bekas berisi cili/cabai yang telah dipotong.Paling best kaedah ini paling cepat boleh dimakan dan hasilnya sangat rangup dan sedap.Apa yang saya suka ialah cukanya tidak terlalu masam dan menepati selera.Kalau campur terus cuka dengaan garam gula tanpa dimasak, Ya Allah peritnya tekak bila makan cabai jeruk tu.Walaupun kita cuma makan cili jeruk tapi kadang-kadang cuka tu terceduk sekali.Ok jom kita semak resepi Cili Jeruk Paling Simple dan Mudah versi lina pg


Cili Jeruk Rangup, Sedap Dan Tahan Lama (Tidak Berkulat)
by Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
15 biji cili hijau
1 cawan cuka makan
1 cawan air
6 sudu besar gula
3 sudu besar rata garam
Sedikit perasa (jika suka)

Cara-Cara

  1. Cili hijau dibersihkan terlebih dahulu, kemudian potong ketebalan yang sesuai (jangan terlalu nipis atau terlalu tebal)Boleh rujuk video tutorial di youtube malina lina pg
  2. Masukkan cili yang telah dipotong ke dalam penapis dan cuci menggunakan air paip.Tujuannya supa biji cili terpisah/terasing.
  3. Masukkan cili ke dalam bekas yang sesuai.
  4. Sementara itu satukan cuka,air,garam,gula dan perasa ke dalam periuk.Kemudian masak sebentar sehingga semua bahan larut.Tak perlu hingga mendidih.
  5. Tuang larutan cuka ke dalam bekas berisi cili (tuang terus semasa masih panas) Biarkan hingga sejuk, barulah tutup bekas tadi.
  6. Apabila cili bertukar warna (paling cepat 3-4 jam)bolehlah dimakan.Simpan cili jeruk dalam peti ais supaya tahan lama.Selamat Mencuba

Memandangkan semua gambar masakan dah wassalam dalam laptop..memang tak adalah gambar thumbnail untuk Cili Jeruk ni.Dah la gambar solo cili jeruk saya tak post ke IG, nasib jugaklah 'beliau' ada enterprem bersama mee celup dan juga mee goreng.Bolehlah tepek gambar kat sini.

Tuesday, March 23, 2021

Sup Ayam Ala Thai Pedas Masam sesedap Rasa Pasti Membuka Selera

 Assalamualaikum....

Kembali bersua, gigih menaip pepagi hari nak siapkan n3 yang tertangguh sekian lama.Hari ni saya nak share idea lauk untuk makan tengahri sup ayam ala thai.Lama sungguh dah buat ni dari bulan Disember tahun 2020 lagi..Tu dia memang basi lamaaaa dah.

Hari tu kan saya ada cerita pasal laptop saya rosak, hurmmm ni nak bagitahulah sinambungannya...gambar dalam laptop memang tak boleh diselamatkan dah...wassalam semua.Nak dijadikan cerita masa saya post ke IG pulak saya buat teaser video pendek so tak adalah gambar sup ala thai ni.Hurmmm nak buat macam mana kan benda dah nak jadi.Sup ayam ni saya cuma akan tepek resepi dan thumbnail dari youtube ajer.Jenuh cari2 dalam hp kot2 saya ada snap guna hp..memang tak ada.Apa nak buek...

Okey jom kita semak resepi sup ayam ala thai, sedap tau pedas masam san sungguh  beraroma.Sepatutnya karot dimasukkan sekali dalam sup ni tapi saya terlupa, biasalah bila shoot video dok kosentrat nak tekan tekan record nak buat itu ini, kadang tertinggal bahan.Tapi tak ada karot pun tak apa tidak menjejaskan rasa, masih sedap dan padu gituuu.


SUP AYAM ALA THAI
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-bahan
800g ayam
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 cm halia (tumbuk)
1 batang serai (titik)
5 ulas bawang merah (belah)
Daun ketumbar 
cili padi merah dan hijau
daun bawang (potong anggaran 2 inci)
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
minyak
1 kiub ayam
2 sudu besar sos ikan
Tomato belah 4
batang seleri
Jus limau nipis 
Garam
Air

cara cara
Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang , bahan tumbuk dan serai.Masukkan bawang merah (belah) ,akar ketumbar, cili padi , daun bawang.Tumis hingga terbit bau dan bawang sedikit layu
Masukkan ayam dan gaul dengan bahan tumisan hingga sebati.Tutup periuk sekejap untuk kecutkan ayam.
Setelah ayam kecut, masukkan air secukupnya untuk kuah.Masukkan garam, sos ikan.Masukkan daun ketumbar (bahagian keras) ,kiub ayam.Kalau nak masukkan karot boleh masukkan.Tutup periuk dan biarkan ayam empuk.
Setelah ayam empuk, masukkan buah tomato, jus limau nipis, batang seleri, daun ketumbar dan hirisan cili padi (jika suka lebih pedas)
Sup Ayam Ala Thai siap...Selamat Mencuba

Tuesday, March 16, 2021

Roti Nak Expired Tak Tahu Nak Buat Apa?Jom Buat Jejari Roti Cornflakes Confirm Licin Sekelip Mata

 Assalamualaikum...

Hai semua...kalau kat rumah ada roti yang hampir expired atau dah dekattt nak tamat tempoh tapi tak habis nak makan, jom kita buat jejari roti cornflakes.Resepi adaptasi dari jejari roti rangup salut nestum.Sebab kat rumah cuma ada cornflakes kita guna jer apa yang ada.Kalau tak ada nestum atau cornflakes biarkan begitu sahaja, lepas celup dalam coklat terus kerepikan hingga coklat mengeras.Nanti rupa parasnya dan rasanya macam kit kat.

Kebelakangan ni, saya macam kering idea untuk berceloteh.Kita terus sahaja semak resepi jejari roti cornflakes ni

jejari roti nestum, roti nak expired nak buat apa,ada roti nak buat apa,

gambar ni saya cuma skrinshoot dari IG sahaja sebab gambar raw yang asal dah innalillah bersama laptop macbook.Habis semua gambar hilang.Tak tahulah macam mana saya nak share gambar dalam blog ni sebab bukan semua gambar masakan saya share kat IG

RESEPI JEJARI ROTI BERSALUT COKLAT

by Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/

Bahan-Bahan
4 keping roti putih
300g dark coklat
25g butter
nestum/cornflakes/coklat urai

Cara Cara

Roti dipotong kepada bentuk jejari dan panjang anggaran 2inci.
Susun roti yang telah dipotong tadi ke atas dulang pembakar.
Bakar api atas dan bawah suhu 150'C selama lebih kurang 12min (atau hingga roti rangup)
Setelah roti siap dibakar, biarkan sejuk/suam sedikit.
Sementara itu,kita sediakan coklat salutan.Satukan dark chocolate bersama mentega dan cairkan secara double boil.
Celup roti ke dalam coklat dan salut dengan nestum/cornflakes.
Biarkan coklat mengeras dan bersalut cantik dengan roti terlebih dahulu.Kalau nak cepat boleh masukkan ke dalam peti ais sekejap.
Jejari roti coklat sedia dinikmati.Selamat mencuba

Wednesday, March 10, 2021

Agar Agar Cermin Buah Sedap Dan Mudah Sesuai Dijadikan Hantaran

 Assalamualaikum...

Asyik tenggelam timbul jer kan? Dah mula sekolah ni bertambah sibuk la. Hari ni curi curi masa sekejap untuk update blog. Walaupun bahan masih banyak, tapi sayangnya semua gambar ada dalam folder laptop yang rosak. Nasib baik gambar agar2 cermin ni saya ada post ke IG... Bolehlah skrinshoot dan buat post ke dapur maya yang satu ini. Kalau gambar blur atau kualiti out hurmmm... terimalah seadanya

agar agar cermin buah, puding buah kaca, fruit cake recipe, agar agar hantaran,puding buah segar,
Agar agar cermin buah segar ni dah agak lama saya buat...Rasanya hujung tahun 2020 lagi ni.Macam biasalah lama betul nak update dalam blog ni.Pagi ni kering idea tak tahu nak karang apa...kita terus semak resepi jer.Resepi agar agar buah ni saya ada buat video tutorial juga.Untuk lebih senang faham boleh refer video di youtube okey

AGAR AGAR CERMIN BUAH
By malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
10g agar agar serbuk
1000ml air
1 cawan gula pasir (200g)
2 helai daun pandan
1 cm gula batu
pewarna kegemaran atau sirap
Buah-Buahan pilihan

Cara-Cara
  1. Buah-buahan segar dipotong kepada saiz kecil.atau mengikut kreativiti masing masing.
  2. Satukan agar2 serbuk, air, gula,gula batu dan daun pandan, kemudian masak hingga agar agar dan gula larut.Keluarkan daun pandan.
  3. Sediakan loyang 8in dan basahkan dengan air, TIPS supaya senang untuk keluarkan agar2 dari acuan bila telah beku nanti.
  4. Letakkan sedikit adunan agar-agar anggaran 2 senduk, kemudian susun buah-buah segar.
  5. Kemudian tuang agar-agar ke atas susunan buah tadi hingga paras buah sahaja.Masukkan agar-agar ke dalam peti sejuk beku (freezer)selama 2min sahaja dan biarkan mengeras sedikit.
  6. Baki adunan agar-agar, bolehlah diwarnakan mengikut warna kegemaran masing-masing.Lina Pg gunakan sirap.
  7. Setelah agar-agar mengeras sedikit (set di bahagian atas), keluarkan dari peti sejuk dan cucuk dengan garfu supaya lapisan berwarna merah dapat melekat dengan kemas.
  8. Tuang adunan agar-agar berwarna merah tadi ke atas agar-agar buah.Dan simpan dalam peti sejuk hingga mengeras (semalaman atau lebih kurang 4-5jam)
  9. Potong agar-agar mengikut kreativiti dan bolehlah dihidang.Selamat mencuba.

Tuesday, March 2, 2021

Kerabu Kerang Pucuk Paku Ratah Pun Sodapp | Kisah Laptop Rosak.... Dugaan

 Assalamualaikum....

Lama betul tinggalkan dapur maya yang satu ni. Tengah bersemangat nak update blog dengan bahan/resepi yang masih banyak dalam folder, laptop pulak buat hal. Tiba² tak boleh power ON, pengsan terus.. Alahai dugaan betul dah la gambar² masakan banyak yang belum update dalam blog.Nasib baik jugaklah video yang terbaru saya masih selamat sebab tak transfer ke laptop.. kalau tidak semuanya hilang.Jumaat lepas hantar laptop ke set center minta check apa masalahnya... check saja pun katanya RM200 huhuuu... costumer service tu cakap suspect mother board problem.. kalau tukar board cost RM1900 (dangg... nak pitam mak nak) laptop ni pun satu ngam² abes warranty lak dia rosak... ish... ish..... kami ambil keputusan.. check jer dulu dan bayar RM200, kalau betul² motherboard yang rosak memang laptop tu jadi 'tikus makmal' la kat cik abe buat eksperimen hahaaa... dia memang suka la eksperimen macam tu abes dibuka part dan suai padan dengan laptop lain nak bagi lajulah apalah... Apa pun tunggu jer technician call dan update. Katanya ambil masa 7-10 hari berkerja. Sementara tu sabaarrrrr jer la.


Okey berbalik kepada tajuk n3 hari ni kerabu kerang pucuk paku. Bila buat pun dah tak ingat yang pasti tahun 2020 punya la ni haha.. Kebetulan beli kerang yang besar² terus buat kerabu. Kalau saiz kecik, selalunya rebus dan makan camtu jer. Budak sarah suka sangat kerang ni. Bila abah dia beli 1kg, makan yang rebus separuh dan ambil separuh buat kerabu. 

KERABU KERANG PUCUK PAKU
@malina_lina_pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan²
½kg kerang (rebus ambil isi) 
½ ikat pucuk paku (celur) 
3 ulas bawang merah (tumbuk kasar)
5 biji cili padi (tumbuk)
1 cm belacan (tumbuk)
1 biji cili merah hiris
1 labu bawang besar (hiris)
3 ulas bawang merah (hiris)
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar sos ikan
3 biji jus limau kasturi (atau secukup masam)
Garam dan perasa

Cara
Satukan semua dan seimbangkan rasa. Kerabu kena ada rasa pedas, masin dan masam.
Selamat mencuba. 

Kerabu Kerang Pucuk Paku resepi selingan sementara menunggu khabar berita laptop hihii. Nasiblah gambar ni saya post ke IG dapatlah skrinshoot dan post ke blog. 
Kalau ada typo harap dimaafkan sebab update guna hp jer ni. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...