Persediaan, Panduan Dan Tips Melancong/Bercuti Ke Beijing/China

By LiNa_Pg - Saturday, September 29, 2012

Assalamualaikum... 
Sedikit update mengenai pakej pelancongan ke Beijing untuk dikongsikan bersama.Di harap dapat membantu kepada yg mneghantar e-mail kepada saya.Minta maaf sbb lambat dapat memenuhi permintaan kalian.Saya bukan agen pelancongan.Sekadar berkongsi pengalaman...peace..
Cuti sekolah telah bermula, ada yang ingin membawa keluarga bercuti ke luar negara. Kat sini saya nak kongsikan sedikit tips dan panduan sebagai persediaan untuk sesiapa yang ingin melancong ke Beijing/China.Ini berdasarkan pengalaman dan juga persediaan yang telah saya lakukan semasa bercuti di Beijing hujung musim luruh.Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

PERSEDIAAN, PANDUAN DAN TIPS UNTUK BERCUTI/MELANCONG KE BEIJING/CHINA
  • TIKET FLIGHT - Satu kemestian, mesti ada tiket flight, kalau tadak tiket camana nak naik kapal terbang kan?Saya menggunakan khidmat  AirAsia X.Selalunya kalau booking awal dapatlah harga murah sket.So kenalah rajin skodeng web site AA ok.
  • VISA - Untuk ke negara Tembok Besar ni, memerlukan Visa.Kalau travel sndri kenalah apply Visa sekurang2nya 2minggu lebih awal dari tarikh penerbangan.Saya gunakan agent, so suma tu agent yang uruskan.
  •  LONGJOHN - Cuaca di negara China sangat tidak menentu, dalam sehari suhu boleh berubah2 dgn sgt drastik.Sebagai persediaan kami membeli longjohn sepasang seorang.Mungkin ada yang mengatakan ianya membazir sbb bukan musim sejuk.Tapi apa salahnya menyediakan payung sebelum hujan.Takut pulak kami anak beranak kesejukkan kat negara orang.Percaturan kami adalah tepat, mmg sangat sejuk kat sna. LongJohn yang kami beli ni 3layer, wool material sangat selesa. Sesuai untuk suhu -25 hingga 5 degree celcius.Ada macam jenis, pilih saja ikut citarasa memasing.Boleh beli di Universal Traveller.Kat kotak pun dah nampak kan..
Persediaan bercuti ke Beijing Musim Luruh 
  • PAKAIAN -  Kami tidak membeli/membawa Winter Coat. So kena pakai baju berlapis2 baru rasa selesa. LongJohn, Baju dan sweater. Untuk Maisarah kena xtra care sbb dia tadak longjohn..so kami belikan sweater, topi, sarung tangan dan juga mapla. Stokin pun yang tebal.Sian takut tak tahan sejukk.
 sweater pink dan topi ni beli kat Universal Traveller (UT) Queensbay Mall, sarung tangan lak beli kat (Winter Time) WT Qb Mall gak
 
 tutup kepala aka topi, mafla(kain lilit kat leher) sarung tgn dan stokin ni suma beli kat SoXWorld Qbay mall.
  • STOKIN -  Sentiasa memakai stokin, yang terbaik ialah stokin bulu kambing.
 
  • KASUT -  Cuca Beijing sangat sejuk, mesti pakai kasut bertutup atau sport shoes untuk mengelakkan kaki daripada cramp. Tambahan pula di Beijing kena selalu jalan kaki, so kasut mestilah selesa utk berjalan kaki dengan jaraj yang jauh.
  • MAKANAN - Bawa sedikit bekalan makanan seperti serunding , biskut , meggie cup dll.Ini boleh dijadikan kudapan semasa kat sana.Cuaca yang sejuk menyebabkan perut cepat lapar.Mana nak cari kedai2 tepi jalan yang menjual makanan halal kat sana. 
serunding ni kami pack kecik supaya senang untuk di bawa.Dah abes makan terus buang palstik tuh.Kalau boh dalam tupperware bagai, malas lak nk angkut balik bekas tuh..Biasalah org malas suma nak senang jerr ahaks.. Serunding jugaklah jd lauk bila tak selera nak mkn msakn China huhuhu.
kami juga bw bubur nasi segera utk Maisarah, biskut pack kecik2.
  • UBAT-UBATAN -  Bawa juga sedikit ubatan seperti panadol active fast(sakit kepala), PCM(dmm), ubat sakit perut (pil chi kit Teck Aun), Vicks dan juga balm.Semua ini penting. Mungkin perut tak boleh menerima rempah ratus masakan kat China, kang terbantut holiday mood bila perut meragam huhuhu. Kalau ada anak kecil bawa juga ubat demam utk baby ya.
  • LOSYEN/LIPS GLOSS -  Kulit dan bibir hendaklah sentiasa disapu losyen dan lips gloss, tak kira lelaki atau perempuan.Cuaca kat Beijing sangat sejuk dan berangin akan menyebabkan kulit dan bibir menjadi kering.Bila kulit kering akan menimbulkan ruam dan gatal2.Bibir lak akan kering dan pecah.Losyen paling bagus veselin sbb ada moisture lock 24jam.
  • MATAWANG - Tukar duit ke matawang China Renminbi (RMB/yuan) siap2 sebelum berangkat.Nilai matawang China adalah lebih rendah dari Ringgit Malaysia iaitu RM100 = RMB200.Sekiranya tukaran wang dilakukan di negara China, kite akan kerugian 2yuan untuk setiap RM10 (Cth: tuko RM100 kita cuma dapat 190yuan)
  • KAD KREDIT - Kalau korang nak gunakan kad kredit masa kat Beijing/oversea. Jangan lupa ACTIVATE OVERSEA's TRANSACTION.Kena call Bank untuk urusan tersebut.Pihak bank akan tanya beberapa soalan, pastu diorang akan activekan urusniaga luar negara.Penting gak ni, mana tau kot2 ada kes emergency.Manalah tau kan??

  •  AKTIFKAN ROAMING - Kalau tingin nak guna enpon time dok obersea kena aktivekan roaming.Kalau korang main redah guna +601**** tu mmg parahlah credit/bil tipon korang.Mahal giler caj telco kat Beijing.Kalau xmo aktifkan roaming, lebih korang beli jerr sim kad baru kat Beijing nnt.Cajnya jauhhhhh lebih murah.
  • TOILET - Toilet di Beijing tidak mempunya paip air.(Hanya di masjid sahaja yang ada air dalam tandas).Air hanya ada di bahagian sinki untuk cuci tangan sahaja.So, kite hendaklah sentiasa membawa botol kosong utk mengisi air dari sinki utk di bawa masuk kedalam  toilet. Seb baik anak2 saya sudah ada experience ni semasa ke Singapore. Lagi satu kebanyakan toilet di sini, kuncinya telah rosak. Bila nak masuk kena tolak slow2, kalau nampak kelibat org dok mencangkung kat dalam tuh, pelan2 tutup balik. Buat2 tak nmpk je lah apa yang korang nampak tadi hehehe.
  •  TIPS MEMBELI BELAH
  1.  Inilah tempat saya membeli rasa cam xmo blah2 dari tempat ni.Seronok sangat shop'g kat sini.Market ni mcm dah nak ttp dan akan berpindah ke tempat lain.So harganya agak murah sbb stock clearance.Biasanya peniaga akan meletakkan harga yang cekik darah. So kenalah pandai tawar menawar.Kalau jenis hot bargain boleh dapat sampai 70-80% dari harga yang depa letak. Bila jejak kaki jer kat tempat shop'g ni..terus di sapa oleh peniaga2 kat sini yang ramah tamah.Amat memeranjatkan apabila mereka menegur dgn bahasa melayu..Apa khabar kakak? mari..mari tengok..murah..murah...wah terasa macam dok kat Mesia jerr.Hmm..kalau ada barang baik, saya mesti masuk kat kedai yang boleh berbahasa melayu.Tapi ada jugak yang yang jenis 'Bukit' sesimple 'how much' pun tercengah2. Kalau berkenan ngan barang tuh, kenalah tawar menawar guna kalkulator.Amoi cantik dalam gambo kat atas tuh nama dia Louisa.Pandai berbahasa melayu.Kalau pandai 'kecek' bleh dapat smpai 80% dari harga yg dia letak.Saya ada beli sebijik beg (luggage xtra large) jenis keras dan beroda empat tuh.Kalau kat mesia ni mau rega rm500-600.Harga yg dia letak 1500yuan,Tp beli dgn rega 250yuan sahaja (RM125)murah kan?yang bestnya Louisa ni siap bagi beg comey percuma kat bby Maisarah..
  2. Korang juga mesti berhati2 dgn peniaga jalanan, biasanya harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari kedai tapi kena sediakan duit yang ngam2 dgn harga barang yg korang beli tu.Kalau bagi 100yuan utk brg 10yuan, duit baki tu mungkin duit palsu.So kena berhati2. 
  3. Kalau jade pulak, tempat yang paling saya suka membeli belah ialah di kedai emas berdekatan ngan Bird Nest Olympic Stadium.Pemilik kedai tu ialah Peter (org M'sia asal dr Penang sekapai ngan cheq tuh).Dia bagi diskaun kaw2 punya.Walaupun tertera besaq2 kat kedai dia 'FIX PRICE'.Kalau korang berminat ngan jade, diamond bleh la beli kat sini.Sy rembat gak jade putih dan beberapa brg lain.
  • BAGASI  - Bila dah shopping tak hengat, maka bagasi pun beranak pinak la kan?Airport kat Tianjin ni lain pesen sket.Bila nak timbang bag kite kena letak kat dalam bakul besar.Berat bakul sendiri dalam anggaran 3kg,Pastu bagasi korang lak berat ngam2 15kg.Huh tak pasal2 kena pasal lebihan bagasi.So pandai2 adjust beg korang ya.Angkut masuk kabin la yang mana patut.Kami pun tak pasal2 kena bayar 200yuan (RM100) kes naya tul 


*** selamat Bercuti Kepada Semua.Harap Info Ini Dapat Membantu.Info Lebih Lanjut Boleh Cari Dari Sumber Yang Lain Pulak ***

    • Share:

    You Might Also Like

    51 comments

    1. Salam kak....

      Seronok pula follow cite akak dari mula hingga akhir sebab teruja nak gi china hujung bulan depan. hehehehe...

      Nape akak tak letak gambar tempat akak shopping? hehehehe

      ReplyDelete
    2. Wanieyra> wslm..akak malas nk boh picas sbb takut ada yg muntah ijo..picas tmpat shop'g ek??nnt akak cari ek?

      ReplyDelete
    3. Assallamualaikum kak Lina..
      Bagus akak share tips ni.. Ermm..part toilet tu, mengingatkn Naz masa merantau ke Perth dulu. Botol air kosong mmg sentiasa ada bersama khas utk kegunaannya bila ke toilet...

      ReplyDelete
    4. Naz> wslm Naz, bukan apa Naz sbb akak sndri punyalah ssh nak dapatkan info dan tips time nak gi Beijing dulu.Since dah ada experience ni akak kongsikan kat sini.Mesti ada yg wat carian cam akak dulu.Semoga ia dpt mmberi manfaat.

      ReplyDelete
    5. bagus3x kongsi info sebegini, banyak manafaat pada yang akan melancong ke negara sejuk, terutamanya yg nak ke beijing tu..hheh mana tau akk pun kesana gak

      ReplyDelete
    6. kak rosa> hehehe..jom2 kite main ais kepal lak nak??

      ReplyDelete
    7. terima kasih kak...

      Hubby cakap cuaca kat sana sejuk sgt. Kalau nak beli Winter coat rasa macam mahal je, tengah servay nak cari LongJohn spt yang akak cadangkaan. Biasanya baju ni jual kat mana ye kak? tempat jual baju sejuk juga ke?

      ReplyDelete
    8. wanieyra> no problem..ekceli akak ada snap suma persiapan brg2 tuh spt longjohn, stokin tp xtau save kat ne.
      Longjohn bleh beli kat UT/Win Time/SoXWorld..harga berbeza2 mengikut suhu dan material.Paling bagus kalau beli 3layer..wool material

      ReplyDelete
    9. wanieyra> ok..akak dah update.Seb baik jumpa suma picas tuh

      ReplyDelete
    10. TQ kak.. tadi ira ada gi servay baju longjohn kat kedai bajuk sejuk, paling murah RM79 tapi kainnya tak secantik yg harganya rm100 ++++. sekali tgk mcm made in china je.....

      ReplyDelete
    11. Wanieyra> LongJohn tuh eiyra kena tgk gak kn pilih yg non-itchy..kang gatai lak kulit..

      ReplyDelete
    12. Aslmkum Lina
      Bagus Lina kongsi tip utk percutian ke China...boleh manafaat bersama esp ttg pakaian,ubat dan makanan.
      kalau cuaca sejuk mmg selesa pakai long john dlm baju, baru 2 hari lepas beli long john di sini...sbb cuaca dah sejuk skrg.

      ReplyDelete
    13. Mamasya> wslm, sekadar berkongsi pengalaman yg boleh memberi manfaat.Kat tmpt mamasya mesti murah je kan longjohn tuh..kalau kat Mesia ni mmg agak mahal

      ReplyDelete
    14. gud info...sonot lk bc info nih..meluap2 mau melancong ke obersea..hihi

      ReplyDelete
    15. ayu> Jom arr..Winter Sonata hahaha

      ReplyDelete
    16. Wah, banyak info berguna ni..che mid tak gi beijing pun.. pegi baling ada la.. he he

      ReplyDelete
    17. assalam kak Lina, apa khabar? lama tak singgah sini. best tgk gambar akak bercuti tu...memang menarik teringin juga nk ke sana satu hari nanti:)

      bagus akak share info ni.ya kak ...cuaca sejukx2 kat sini pun buatkan selalu lapar.:)

      ReplyDelete
    18. Che Mid> hehehe bunyi nak dekat2 dah tu..Beijing ngan baling hehehe.Mandi kolam air panas best gak kat sana

      ReplyDelete
    19. Nieza> wslm nieza, akak sihat alhmdulullah..picas hentam kromo je nieza, tak dan setting beriya..suma nk kena cepat.

      Sekadar berkongsi info ngan kwn2 di luar sana..

      ReplyDelete
    20. Salam,

      Tq... dan bagus sangat tip ni.kalau Kak ros nak pi Cina nanti tak payah la susah2 Kak Ros dok pikir dah nak bawak apa...

      ReplyDelete
    21. Ros> wslm, welcome kak ros, mana yg elok boleh dijadikan panduan kite bersama

      ReplyDelete
    22. Assalamualaikum Lina, lama rasanya tak mai sini..Baguih la buat tips & info camni, senang jd rujukan. Mana la tahu ada rezeki boleh la jln2 kat China..

      Ayam kicap karipulai tu anak2 akak pun x reti jemu, budak2 kalau bab ayam ni hari2 pon xpe kan!! :)

      ReplyDelete
    23. bagus la lina bagi tips mcm ni...nanti kalau lina pi dekat tmpt lain jgn lupa tulis mcm ni lagi even dlm msia sendiri...sgt berguna utk semua org...bagus bagus sgt...keep it up...i like...
      nak tanya sat....lina duk dkt mana...anak sek jln bahru ka...

      ReplyDelete
    24. azlina> wslm..mana yg bagus tu bolehlah dijadikan panduan hehehe

      ReplyDelete
    25. eni osman> thanks..kebetulan time balik dr China ni sy kena paksa bercuti..so,ada lah masa menulis tips ni.InsyaAllah kalau ada rzk ke tmpat dan sy ada masa akan sy buat panduan ni juga utk kemudahan bersama

      ReplyDelete
    26. Assalamualaikum Lina,
      Sy tringin ke China...beli tiket sendiri ngn AA n cari agent @ biar agent uruskan semua..agak2 brp kos tuk sorg (tiket,hotel,transport etc-package la)...agent apa yg lina guna?..hrp2 blh bantu yer...

      ReplyDelete
    27. MakSuSuE> wslm, maksu dah beli tiket ke China ke?Kalau macam tu just amek ground pakej dari agent.Saya gunakan khidmat Al-Quds Travel.Servisnya agak bagus.
      Saya booking fullboard RM2000++ jerr.All in termasuk tiket flight Penang-KL & Kul-Tianjin (round trip),Hotel 4*, makan minum, transport (private coach),Bullet Train dari Tainjin ke Beijing.Tiket masuk ke suma tempat lawatan.Visa negara China dan juga insuran.Rasanya sangat murah pakej kami ni.
      Harap dapat membantu

      ReplyDelete
    28. salam kak..
      long john yg akak beli kt UT (macam dlm gambar kt atas tu) berapa ye harganya? akak beli satu ke sepasang?

      ReplyDelete
    29. Nirhamna> wslm, longjohn tu akak beli sepasang.Harga antara RM179-RM199.Sangat selesa dipakai sesuai ngan cuaca sejuk kat Beijing

      ReplyDelete
    30. Panduan yang bagus.. Semakin suka baca entri2 dalam blog ni. Bekalan ubat tu memang penting..

      ReplyDelete
    31. Nur-nba> saja kongsikan panduan sbb sebelum sy ke Beijing sangat ssh nak dapatkan info..sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa yg nak melancong ke Beijing

      ReplyDelete
    32. tq utk info ni.sbb InsyaALLAH bln9 ni nak g beijing. nak tanya longjohn tu beli katmana eh?

      ReplyDelete
    33. Rohani> longjohn sy beli kt universal traveller

      ReplyDelete
    34. Rohani> longjohn sy beli kt universal traveller

      ReplyDelete
    35. hye akak lina....sib baik suami saya jumpa blog akak yg ini.....memang sgt diperlukan tips2 persediaan untuk melancong ke luar negara....coz saya dan suami akan ke beijing bulan 12 hujung tahun ni....first time nk ke sana...honeymoon...tq akak lina....

      ReplyDelete
    36. Lovely Ina> most welcome..dulu time akak nk pi Beijing susah nak dapatkan info..so,bila dah jejakkan kaki kat sana..akak kongsikn apa yg berguna

      ReplyDelete
    37. Bagusnya info ni...jelas sekali ada tak yg dah umur 50an gi time tu.

      ReplyDelete
    38. Salam.. boleh bagi details quotation untuk pakej ke China (destinasi khusus berdasarkan pakej yg ditawarkan) untuk 3 dewasa, sekitar cuti sekolah bulan Mac & Jun..

      e-mail saya: capricorn_melissa125@yahoo.com

      Tq.. :)

      ReplyDelete
    39. @Melissa Rosila

      wslm..minta maaf Melissa, saya bukan travel agen.Say cuma kongsikan pengalaman semasa bercuti kat Beijing.

      ReplyDelete
    40. Info yg amat membantu.minggu depan akan ke china..doakan selamat pergi dan balik..:-)

      ReplyDelete
    41. Salam Kak,

      Thank you for the information :)
      sangat2 berguna walaupun saya berkerja dengan syarikat travel agency tapi info akak nie memang berguna sangat. Saya baru je balik dari thailand selama 4D3N naik Star Cruise Super Star Libra dari penang - Phuket - Krabi - Penang memang best masa atas kapal yang agak besar tuh :) Mohon follow blog saya jugak ye boleh share2 information .

      http://daisyscarlett.blogspot.com/

      Thank you!

      ReplyDelete
    42. baru balik dari beijing pada 8/3/13..cuaca masih sejuk lagi..pi ikut tour..tour guide nama Lily..boleh cakap melayu/indon..awal 2-3 hari depa bawa shopping tempat yang depa boleh earn commission..mahal harga..duit byk abis kat tempat sini..rupanya ada tempat yang lebih murah dan boleh tawar menawar seperti yashow clothing market dan heng qiao market..memang terkena betoi..! penggunaan telefon lebih baik pakai prepaid sana..cakap 15minit lebih baru 5 yuan (rm2.50),kalau roaming maxis 1 minit - rm3.99..bayangkan murahnya..saya pakai prepaid china unicom..tiap kali dial kena pakai code dia (jgn repeat call terus atau history call)..rajin2 la bersedekah bila sampai masjid sana...

      ReplyDelete
    43. menariknya info...bl la nk dpt g china ni

      ReplyDelete
    44. Salam...boleh akak list senarai tempat untuk bershopping.....mid june kami nak kesana...harap dapat membantu...

      ReplyDelete
    45. Salam...boleh akak list senarai tempat untuk bershopping.....mid june kami nak kesana...harap dapat membantu...

      ReplyDelete

    46. Assalamualaikum Tuan/Puan.

      Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
      Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

      KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
      Tour operator & Travel Agency

      Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

      Contact person : Amsyahril
      Mobile : +6285263007445
      E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


      ReplyDelete
    47. Nk tanye kak beli mane longjohn tu..

      ReplyDelete
    48. Salam
      Jom Holiday Jakarta-Bandung Murah!!!
      kami ejen dari Bandung bila tuan/puan yang hendak cuti/holiday Bandung boleh
      kami Bantu keperluan tuan/puan, untuk harga boleh runding tak ada minimal
      orang, 1 orang pun saya layani. ada pakej dan kereta sewa boleh pilih mana
      yang suka.
      perkhidmatan kereta sewa untuk guna City tour jakarta dan Bandung
      kereta : 1. Toyota Avanza
      2. Suzuki APV
      3. Van Isuzu Elf (12 seat, 15 seat, 18 seat)
      bila tuan/puan butuh bilik hotel pun saya sedia dari star 1- star 5

      untuk tempahan sila call/whatsapp : +6281394444490
      www.rentalmobilamirah.com

      ReplyDelete
    49. Thank you for the info :) They are really very informative :)

      ReplyDelete
    50. seronoknyer dapat g melancong... harap2 nanti da la pluang nak merasa cmni gak...

      http://irdinasvitafamily.blogspot.com/2015/03/cara-mengatasi-rambut-gugur-selepas.html

      ReplyDelete