Assalamualaikum...
Berbaki beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut hari lebaran.Bagaimana dengan persiapan menyambut Aidilfitri?Sudah selesai semuanya?Mesti di rumah masing-masing berbalang-balang biskut raya yang telah siap.Rumah saya ni macam biasalah persiapan seadanya sahaja.
Hari ini saya bukan nak kongsikan resepi biskut raya tetapi puding atau agar-agar yang simple sahaja bahan-bahan pun kita guna yang mana ada kat dapur je iaitu resepi agar-agar milo.Resepi puding milo ini pernah saya kongsikan dalam blog TMK beberapa tahun lepas, tetapi kali ini saya rajin siket buat video untuk tontonan di Youtube.Resepi hampir sama cuma saya guna bekas kecil-kecil (sebelum ini guna loyang)
Kalau nak guna loyang boleh guna saiz 7x7inResepi Agar-Agar Milo Mudah dan Sedap
by @malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
10g agar-agar serbuk
1 cawan milo
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
3 cawan air
Cara-Cara
- Satukan semua bahan di atas.Gaul rata dahulu supaya milo tidak berketul.
- Buka api kecil teruskan kacau hingga adunan mendidih.Tutup api.
- Tuang adunan agar-agar ke dalam acuan kecil-kecil atau masukkan loyang 7x7in dan biarkan agar-agar sejuk selama 3-4jam (hingga agar-agar mengeras)
- Agar-agar milo sedia dinikmati.Selamat Mencuba


0 comments