Ayam Masak Asam Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Sunday, March 01, 2026

 Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu semua, hari ini rancangannya berbuka puasa di rumah atau iftar di luar?Kalau masak di rumah, dah ada ke menu yang bakal dimasak?Kalau belum, apa kata cuba ayam masak asam ini.Resepi ayam masak asam ini sesuai dijadikan juadah berbuka puasa sekali harung untuk sahur.Rasa pedas manja dan masam-masam memang membangkitkan selera.Orang kata pecah liur dan tigger lidah kita bila makan masam masin ketika berbuka puasa.Ayam masak asam ini tidak terlalu pedas, rasa pedas cuma di hujung-hujung lidah sahaja, masih mesra kanak-kanak.Jika suka pedas lebihkan cili padi.Dalam resepi ini saya cuma potong atau torehkan sedikit sahaja di bahagian hujung cili padi.

Kebiasaannya masak asam ini, orang guna ikan tau, tetapi sebenarnya ayam juga sedap buat masak asam macam ni.Kalau kat rumah tak ada ayam, boleh ganti dengan ikan.Ikan tu kalau guna jenis ikan tenggiri, jenahak atau ikan merah yang potong-potong tu memang sedap.Kalau guna ikan kecil seperti kembung pun sedap juga.

Walaupun ada 3 jenis cili dalam gambar tapi tak pedas pun.Cili kering tu saya guna jenis kurang pedas.

Resepi Ayam Masak Asam
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
10 ketul ayam 
5 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 cm halia (hiris)
3 tangkai cili kering potong ~1inci (rendam dengan air panas)
2 sb sos tiram
2 labu bawang holland (potong wedges)
3 bili cili padi hijau
Hirisan cili merah
Sedikit pes asam jawa
Garam, gula dan perasa
Minyak
air

Cara-Cara
  1. Perasakan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.Kemudian goreng hingga masak.Angkat dan ketepikan sebentar.Keluarkan lebihan minyak menggoreng, tinggal sedikit untuk menumis.
  2. Kemudian tumis hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering hingga garing dan terbit bau.
  3. Masukkan sos tiram, garam, gula, perasa, pes asam jawa dan sedikit air.Gaul sebati dan biarkan mendidih.
  4. Pastikan kuah sesedap rasa sebelum masukkan ayam.Boleh tambah apa yang kurang supaya rasa seimbang sesuai selera masing-masing.Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.Gaul sebati.
  5. Akhir sekali masukkan aksesori iaitu hirisan bawang holland, cili padi dan cili merah.Gaul sebentar hingga bawang besar sedikit layu.Tutup api.Dah siap ayam masak asam.Selamat Mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Terima kasih Lina kongsi resipi menarik ni. First time jumpa.

    ReplyDelete